Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Tuesday, February 23, 2021

Hai, saya J(odoh) - 1

LOKE MELANGKAH MASUK ke dalam lobi Menara Axiata. Dia berhenti betul-betul di hadapan meja penyambut tetamu. Pandangannya dibuang ke arah sekumpulan manusia yang sedang beratur menunggu giliran untuk naik lif ke pejabat masing-masing.

Tanpa sedar bibirnya menarik senyum lebar. Macam tak percaya hari ini genap empat tahun dia bekerja di sini. Tak sia-sia dia ambil keputusan untuk menerima tawaran bekerja di sini walaupun pekerjaannya sekarang ini lari sedikit daripada bidang yang dia belajar dulu.

“Jauh menung, bro.”

Loke yang tengah melayan perasaan tadi terus menoleh pandang. “Febian Iskandar!” Bibirnya teruk menarik sengih. Bahu jejaka yang dipanggil Febian tadi ditepuk. “Awal kau sampai hari ni.”

Febian Iskandar atau nama sebenarnya Firas Iskandar merupakan salah seorang rakan pejabatnya. Rakan yang sama-sama tak tidur malam, pergi kerja tak mandi dan macam-macam lagi.

Firas tarik sengih. “Aku nampak semalam Kak Sal ada e-mail kata pagi ni ada free breakfast.” Kalau ikutkan, dia ni selagi belum pukul sepuluh pagi memang takkan nampak di pejabat.

“Laju aje kau ni kalau makan free.” “Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.” Jawab Firas jujur. “Eh, jomlah naik atas.” Ajak Firas. “Lambat-lambat nanti kena berebut dengan orang lain.” Lagi pun, dia tak boleh lama-lama memandangkan dia ada meeting dengan klien.

*********

 

"It takes a strong heart to fall in love"

Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.

Or, I'm one click away via Whatsapp.

 

0 comment(s):

Post a Comment