Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, April 3, 2021

Evangelina 4

Tubuhnya dihempaskan ke atas sofa berangkai tiga. Dia baring beralaskan lengan kiri manakala lengan kanan didaratkan di atas dahi. Matanya tepat memandang bilah kipas yang laju berpusing di atas kepala.

Satu keluhan berat dihela. Baru selesai satu masalah, masalah yang lain pula yang datang. Eva, kau sendiri yang pilih jalan ni. You can stop if you want, it’s your call.

Lamunannya terganggu apabila telefon bimbit di atas meja berdering. Sebaris nama yang tertera di skrin buatkan Eva mengeluh. Just be nice to your baby sister and pick up the phone.

“Hai, Mia.” Suaranya cuba diceriakan walaupun kedengaran pelik di telinga sendiri.

“Kakak tengah buat apa tu?” Sapaan Eva tidak disambut. “Umi tanya kenapa Kakak dah lama tak call.”

Nafas panjang ditarik sebelum dihela lambat-lambat. “Kakak busy sikit. Lagi pun, ni semester akhir kan.” Jeda. “Semua okey ke dekat sana?”

“Tak okey.” Jawab Mia jujur. “Kakak balik cepat, boleh tak? Mia dah fed-up lah duduk sini. Makin lama makin sesak dada ni.”

Eva mengiakan dalam hati. Dia tahu sangat perasaan tu. “Habis je exam, kakak balik okey.” Dia cuba memujuk. “Kakak perlukan Mia untuk jaga Umi.”

“Tapi Kakak…”

“How’s your business?” Eva cuba tukar topik.

“Okeylah.”

“Mia, kenapa ni?” Macam ada sesuatu aje yang Mia sorokkan daripada dia.

Mia di sebelah sana hanya diam.

“Mia?”

“I hate him.” Jawab Mia dengan suara yang serak seperti sedang menahan tangis. “Dia cakap Mia tak kenang budi. Dia cakap Mia kena ingat kalau bukan sebab dia, kita semua takkan dapat apa yang kita ada sekarang ni.” Nafas berat dihela. “Kalau bukan sebab Umi, Mia dah lama terima scholarship tu.”

Eva bangun dari baringnya. Sebelah tangan dibawa meraup wajah. “Mia, Kakak janji lepas Kakak habis dekat sini kita keluar okey dari rumah tu.” Pujuk Eva lagi.

Jauh di sudut hatinya timbul rasa bersalah kerana terlalu ikutkan rasa amarah dia ambil keputusan untuk tinggalkan Umi dan Mia. Tempat yang dipanggil rumah tu ibarat penjara buat mereka bertiga.

“Mia dah tak boleh nak duduk sini.”

“Kakak janji okey Mia. Kakak janji.” Kaki mereka ibarat sudah dirantai dan Eva perlu kuatkan semangat untuk mencari kunci yang disorokkan. “Mia ada jumpa Umi?”

Satu keluhan berat dihela. “Mia dah seminggu tak jumpa Umi. Dia tak bagi.”

Berdesing telinga Eva mendengar ayat terakhir Mia tu. “Tapi Mia ada call Umi, kan?”

“Ada tapi…”

“Mia, Kakak kena letak telefon dulu ni.” Laju Eva memotong cakap Mia. “Nanti Kakak call okey. Bye.” Dia dah tak sanggup untuk mendengar keluhan Mia. Hatinya sakit seperti disiat-siat.

Eva jatuh kesian pada Umi kerana terpaksa memilih antara mereka berdua atau suami. Walaupun mereka berempat duduk di bawah satu bumbung yang sama, ada dinding pemisah di antara mereka.

Dan, percayalah apabila dia katakan rumah tu seperti penjara. Siapa sangka imej keluarga bahagia yang mereka tonjolkan itu semuanya hanya lakonan.

Tuhan, apa yang Kau cuba sampaikan pada aku? Adakah ini semua balasan atas kesalahan yang telah aku lakukan?


**********


Suara Adra kedengaran jelas di telinganya. Apa yang sedang dia rasakan sekarang ni? Tak tunggu lama, aplikasi Skype dia klik sebelum sebaris nama milik sepupunya itu ditekan.

“Aqil.”

“Kau tahu tak, sekarang ni pukul berapa?” Suara Aqil di sebelah sana kedengaran serak.

Arep tahu di German sana hampir menginjak Subuh. “Macam mana kita nak tahu yang kita ni dah move on?”

“Seriously, bro?” Terdengar bunyi seperti Aqil sedang bangun dari katilnya.

“Macam mana?” Desak Arep lagi.

“Fasal Tash ke ni?”

“Sort of…” Sebelah tangan dibawa memegang belakang kepala. “Aku rasa macam dah kurang sakit masa dengar nama dia.” Jelas Arep. Kalau dulu, setiap kali mendengar sebaris nama tu pasti buatkan Arep sebak. Dadanya bagai disiat-siat. “Aku dah move on ke ni?”

“Kau nak move on, kan?” Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

“Aku rasa bersalah dengan Tash.”

“Rep, move on tak semestinya kau terus lupakan dia.” Suara Aqil bertukar lembut seperti sedang memujuk. “Kau cuma teruskan hidup aje.”

“Macam mana kalau satu hari ni nanti aku lupakan dia?” Berdosakah dia untuk melupakan cinta pertama?

“It’s a good thing. That means you’ve grown up.” Aqil di sebelah sana berdeham perlahan. “Mungkin satu hari nanti kau akan jumpa dengan orang lain tapi tu tak bermakna kau lupa terus dengan arwah Tash. Memori dia still ada dalam hati kau.” Sambung Aqil panjang. “Lagi pun, dia mesti nak kau move on.”

“There’s this one girl…” Insiden di kolej beberapa hari lepas kembali berulang tayang. Jelas sekali raut wajah Eva yang sedang marah tu masih kemas di ingatan.

“Haa… I know there’s another girl.” Celah Aqil seperti mengejek. “Mesti hot ni…”

“Kau. Diam.” Arep rasa macam nak hempuk sepupu sorang ni dengan bantal. “Patut ke aku tegur dia?” Selama ni dia hanya memandang Eva dari jauh.

“Budak kolej kau ke?”

“Sama kelas.”

“Huh?”

“I know, I know.” Arep tahu dia lembab. “But we’re not in the same league.” Kepala yang tak gatal digaru perlahan. “Tapi dia macam Tash.”

“Seriously, bro?”

“Maksud aku gaya dia.” Arep tahu Aqil mesti tak setuju dengan dia. “Dia tak macam perempuan lain.”

“Kau sebenarnya nak sedapkan hati je, kan?” Aqil faham sangat dengan perangai sepupu sorang ni. “Kalau kau rasa apa yang kau rasa ni betul just go for it.”

“Okey.”

“Dah lah aku ada kelas pagi ni.” Tak fasal pulak nak kena dengar luahan hati sesubuh hari ni. “Bye.”

Skrin komputer riba yang sudah bertukar gelap tu ditutup. Nafas panjang ditarik sebelum dia mendongak menengadah kipas. Betul ke apa yang dia akan buat ni?

0 comment(s):

Post a Comment