Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, June 2, 2011

Beautiful Night 14


Seperti yang telah dirancang lewat malam semalam, hari ini mereka akan makan tengah hari di rumah Ibu Aqil. Aufa dah tak senang duduk sejak dari dalam kereta lagi. Banyak benda yang dirasakan tak kena. Sesuaikah pakaian yang dipakainya? Tidak terlalu ringkaskah?

Aqil menjeling Aufa yang duduk di sofa berangai tiga itu. “Kenapa dengan awak ni?” Resah semacam je si Aufa ni sejak dari dalam kereta lagi.

Aufa menelan liur yang terasa pahit. “Cuak.” Pendek tetapi jujur, itu yang lebih penting lebih-lebih lagi ketika saat genting dan mencemaskan seperti sekarang.

“Dah lama sampai?” Tegur Cik Anom yang baru turun dari tingkat atas. Anggun sahaja wanita yang berusia awal 50-an itu.

Aufa terus sahaja bangun dari duduknya. “Baru je.” Aufa cuba memaniskan wajahnya walaupun dia tahu wajahnya seakan baru disuntik botox; pelik. “Ibu sihat?” Aufa menghulurkan tangannya untu bersalam dengan Cik Anom.

Cik Anom menarik senyum manis. “Alhamdulillah, sihat.” Tangannya menyambut huluran tangan Aufa   . “Menantu Ibu ni, sihat?”

Aufa mengangguk. “Alhamdulillah, sihat.”

“Mentang-mentanglah dah ada anak lain sekarang ni, terus lupa dekat anak sendiri ni ha.” Aqil sengaja menguatkan suaranya memerli Ibunya.

Cik Anom tergelak kecil. “Alah, anak Ibu ni, merajuk pulak!” Cik Anom berjalan menghampirinya Aqil yang duduk di sofa berangkai satu itu. “Anak Ibu ni, sihat?” Ubun-ubun Aqil dikucup mesra.

Aqil mencebik. “Dah jumpa menantu, terus lupa dekat kita.” Aqil sudah memeluk tubuhnya tanda protes. Tiba-tiba hatinya cemburu melihat kemesraan di antara Ibunya dan Aufa   . Ish, mana boleh! Sebelum ini, Ibunya hanya milik dia seorang sahaja.

Aufa mengerut dahi. Pelik dia melihat perangai Aqil yang manja-mengada-ngada itu. Tak pernah pun nampak Aqil berperangai macam tu. Takkanlah Aqil nak manja-manja dengannya pulak kan? Memang mintak pelempang bisulah kalau buat perangai pelik macam tu.

“Ibu ada masakkan makanan kegemaran Aqil.” Cik Anom cuba memancing Aqil yang sedang merajuk itu. “Ibu masakkan Ikan Patin Masak Lemak Cili Api.”

Aqil mencebik. “Entah-entah, Mak Wan yang masak.” Mak Wan tu, pembantu rumah mereka sejak sepuluh tahun yang lalu.

Aufa dah bosan melihat drama anak dan ibu ni, ringan sahaja kakinya melangkah ke dapur. Mak Wan yang berdiri membelakangkannya menyapa mata. Alah, redah je lah! Sebenarnya, Mak Wan dah melarang keras dia menjejakkan kaki ke dapur.

“Ada benda yang boleh Aufa tolong?” Tanya Aufa yang sudah berdiri tegak di sebelah Mak Wan. Ringan sahaja tangannya menyusun potongan buah ke dalam pinggan.

Membulat mata Mak Wan melihat Aufa yang berdiri disebelahnya. “Astaghfirullah. Kan Mak Wan dah pesan duduk diam-diam dekat depan tu.” Mak Wan cuba merampas buah yang berada di tangan Aufa   .

Aufa cepat-cepat melarikan buat di tangannya. “Bosanlah duduk dekat depan tu.” Rungut Aufa sambil menyandar pada kabinet sinki.

“Pergilah duduk depan. Nanti Puan nampak, Mak Wan jugak yang susah.” Sekali lagi Mak Wan cuba ‘menghalau’ Aufa beredar ke ruang tamu. Cik Puannya sudah berpesan awal-awal lagi, jangan benarkan Aufa menjejakkan kaki ke bahagian dapur.

Aufa berdiri memeluk tubuh. “Alah, Aufa bukannya kacau Mak Wan pun.” Ceh, cepat sahaja dia mesra dengan Mak Wan ni! Padahal, ini baru kali kedua mereka bertemu.

Mak Wan mengeluh perlahan. “Aufa janji, Aufa tak kacau Mak Wan.” Susah betul kalau bercakap dengan bakal Peguam ni.

Aufa mengangguk laju. “Aufa janji.” Tangan kanannya sudah diangkat separa bahu. “Mak Wan, Aufa nak tanya sikit boleh tak?”

“Tanyalah, Aufa   . Tak payah minta izin pun.” Mak Wan menerukan tugas memotong buah untuk pencuci mulut sebentar lagi.

Aufa menggaru keningnya. Macam mana nak tanya ni? “Aqil tu memang manja macam tu ke?” Aufa sudah berbisik. Mana boleh cakap kuat-kuat, kantoilah!

Mak Wan tergelak kecil. “Aqil tu, dia memang manja.” Mak Wan berhenti sekejap. “Tapi, dia manja dengan Cik Puan seorang je. Maklumlah, dia seorang je dalam rumah ni.” Mak Wan sudah mula menghias potongan-potongan buah tadi ke dalam pinggan.

“Memang macam tu lah dari dulu?” Peliklah bila tengok Aqil yang sarkastik tu tiba-tiba boleh bertukar jadi manja. It’s unbelievable! Bak kata mat salleh, it’s bananas!

Mak Wan mengangguk. Seingatnya, Aqil memang begitu sejak dia berkhidmat untuk keluarga ini sejak sepuluh tahun yang lalu. “Kenapa Aufa tanya?”

Aufa mengangkat bahunya. “Macam pelik. Tak pernah pulak nampak Aqil tu macam tu.” Kalau Aqil buat perangai gitu, memang pengsan agaknya dia. Seram weh!

Mak Wan tergelak kecil. “Alah, lama-lama nanti bila dah biasa, bolehlah tahan.” Dulu, dia pun macam tak berkenan sangat dengan perangai manja si Aqil tu, tapi bila lama-lama akhirnya jadi lali.

Aufa mencebik. “Kalau dia buat gitu, memang mintak pelempang bisulah.” Serious, kalau Aqil buat macam tu, memang dia sendiri akan bagi Aqil pelempang bisu.

“Siapa nak bagi pelempang bisu?” Tegur Aqil yang sudah berdiri di muka pintu dapur.

Aufa menggaru pelipisnya. Aiseh, dia dengarlah pulak! “Orang tengah cerita dekat Mak Wan pasal kes kena kacau hari tu lah.” Fuhh, cepat betul akalnya berfikir masa ni.

Aqil berjalan menghampiri peti sejuk. “Mak Wan, jangan percaya cakap si Aufa ni. Dia ni bukan boleh percaya sangat.” Aqil mengeluarkan sebotol air sejuk dari dalam peti sejuk.

Aufa mengadah siling. Aqil ni, memang suka cari gaduhlah! “Tengok dia ni, Mak Wan. Sepatutnya dia yang kena pelempang bisu.” Aufa sudah mengadu.

Aqil mencebik. “Haa.. mengadulah dekat Mak Wan tu, bukannya Mak Wan nak menangkan awak pun.” Perli Aqil lalu terus keluar dari dapur sambil tangannya memegang gelas berisi air sejuk tadi.

“Mak Wan tengok, kalau perangai yang macam tu, memang sesuai sangat bagi pelempang bisu.” Rungut Aufa geram. Mentang-mentanglah sekarang ni dekat rumah Ibu dia, bolehlah dia nak kenakan aku!

Mak Wan tergelak kecil. “Aqil tu, dia nak bermanja dengan kamulah tu. Dia segan agaknya.” Orang lelaki ni, cara dia bermanja memang lain sedikit caranya kalau nak dibandingkan dengan perempuan.

“Eh, eh! Mak Wan ni memandai je tau.” Hoi, memang mintak jauhlah Aqil tu nak bermanja-manja dengannya! Geli-geliman je ha. “Mak Wan kerja sini, dah lama?” Aufa cepat-cepat mengubah topik. Seram-sejuk pulak bila bercakap perihal manja-manja ni.

“Lama tak lama, dah nak masuk sepuluh tahun.” Sepanjang sepuluh tahu dia bekerja di sini, dia dilayan seperti ahli keluarga bukannya seperti pembantu rumah.

“Cik kak oi, taknak makan ke?” Aqil berdiri menyilang kaki memandang Aufa yang masih berdiri bersandar pada kaunter itu.

Automatik Aufa mengangkat kepalanya memandang Aqil. “Hah?” Tidak pula dia dengar apa yang dikatakan oleh Aqil sebentar tadi.

Aqil menggeleng. Aufa ni memang suka berangan! “Saya tanya, awak taknak makan ke?” Tadi Aufa juga yang bising bila dia mengajak ke rumah Ibunya selepas menunaikan solat Zohor.

Aufa mengangguk laju. “Eh, nak-nak!” Aufa sudah berura-ura mahu berjalan keluar dari dapur tetapi langkahnya mati apabila Aqil menghadang jalannya. “Apa pasal hadang-hadang ni?” Ingat tengah main galah panjang ke?

“Awak cakap apa dengan Mak Wan tadi?” Lama rasanya Aufa berdua-duaan dengan Mak Wan di dapur sebentar tadi.

Aufa menggelengkan kepalanya. “Girl’s talk.” Jawab Aufa pendek. “Boleh kita makan sekarang?” Aufa menjungkitkan kening kirinya. Kalau dah berdiri macam Tugu Negara ni, memang sampai esok pun dia tak dapat makan.

“Betul ni?” Takkanlah girl’s talk lama sangat?! Atau, ada benda yang Aufa mahu rahsiakan darinya?

Aufa memandang tepat ke wajah Aqil. Kepalanya didongakkan sedikit. “Betullah.” Susahlah bercakap dengan orang yang tak faham Bahasa Melayu ni. “Tepilah, saya nak makan. Lapar.” Perut ni, dah main lagu ska-punk sejak dari rumah lagi.

Aqil mengangkat bahu lalu dia terus menuju ke meja makan. Aufa mengikut langkah Aqil dari belakang . Aufa menarik kerusi di sebelah Aqil. Cik Anom duduk di kepala meja, manakala Mak Wan duduk bertentangan dengan Aqil.