Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Friday, May 27, 2011

Beautiful Night 11


Aufa bangun pagi seperti biasa pagi tu. Alhamdulillah, malam semalam takde berlaku apa-apa antara mereka. Fuhh.. nasib baik! Selepas solat subuh berjemaah, Aufa terus turun menuju ke dapur. Rutin pertamanya pada hari ini ialah menyiapkan sarapan untuk Aqil. Tu dia, kalau Puan Leha tengok dia berdiri dekat dapur macam ni, mahunya Puan Leha buat kenduri kesyukuran tiga hari tiga malam!

Aufa membuka pintu peti sejuk. Lama dia berdiri di hadapan peti sejuk berpintu dua itu. Segenap isi peti sejuk dipandang lama. Aku nak masak apa sebenarnya ni? Nak masak nasi goreng? Macam leceh je memandangkan nasi pun belum ditanak lagi. Alah, sarapan ala Barat pun bolehlah. Beberapa biji telur ayam dikeluarkan, tangannya sempat mencapai sekotak susu segar yang masih belum dibuka itu.

“Masak ke?” Tegur Aqil yang berdiri di pintu dapur.

Aufa mengurut dada. Nasib baik tak terlepas telur ayam yang dipegangnya. “Hmm..” Aufa berjalan menuju ke arah sinki lalu telur ayam dan sekotak susu segar tadi di letakkan di atas kabinet. “Tak pergi jogging pagi ni?” Aufa sekadar mahu menghidupkan suasana.

Aqil mengangkat bahu. “Malaslah.” Aqil sudah duduk di atas meja kaunter bertentangan dengan sinki. “Nak masak apa?” Pelik juga apabila dia melihat Aufa mengeluarkan keju, telur ayam, susu segar dan cendawan butang dari dalam peti sejuk.

“Entah.” Aufa mengangkat bahu. “Benda ni, takde nama.” Aufa memecahkan satu persatu telur ayam ke dalam mangkuk sederhana besar. Garfu di dalam bekas berbentuk silinder itu diambil lalu laju sahaja tangannya memukul telur tadi.

Scramble egg?” Macam nak buat telur hancur je si Aufa ni. Aqil sudah berdiri di sebelah Aufa   .

Aufa mengangkat bahu. “Lebih kurang.” Perlahan-lahan susu segar dituangkan ke dalam mangkuk berisi telur tadi. “Kenapa?” Aufa memandang sekilas Aqil yang berdiri di sebelahnya.

“Nak saya tolong ke?” Aqil menggaru perlahan kening kirinya. Tapi, setakat nak buat telur hancur, takkanlah nak kena tolong juga?

Aufa menggeleng laju. “Tak payahlah.” Aufa sudah memegang pembuka tin. Cekap sahaja tangannya membuka penutup tin cendawan butang tadi. “Awak pergilah depan, buat apa yang patut.” Aufa mengeluarkan beberapa butir cendawan lalu diletakkan di atas papan pemotong.

“Saya tak tahu nak buat apa.” Aqil sudah berpatah-balik duduk di atas kaunter sambil tangannya memegang sebiji epal merah.

Aufa mengerut dahi. Dah tu, yang duduk dekat dapur ni buat apa pulak? Namun soalan itu tidak pula ditanyakan kepada Aqil. “Petang ni, boleh teman saya pergi beli barang tak?” Cendawan yang sudah siap dihiris dimasukkan ke dalam mangkuk telur tadi.

Aqil menggigit sedikit epal ditangan. “Nak beli apa?” Tanya Aqil dengan mulutnya yang penuh. Heh, tak senonoh!

Aufa mengangkat bahu. “Belilah apa yang patut.” Sebenarnya, dia mahu mengelak dari duduk berdua-duaan dengan Aqil di dalam rumah besar ini.

“Tak elok membazir.” Kalau takde benda yang nak dibeli, buat apa nak sibuk perabeh duit? Baik simpan duit tu untuk masa depan lagi bagus.

Keju yang sudah siap diparut dimasukkan ke dalam mangkuk telur tadi lalu bahan-bahan tadi digaul. “Saya rasa, baju-baju saya tu tak macam baju isteri orang.” Secubit garam dan lada hitam dimasukkan juga ke dalam mangkuk tadi.

Aqil menggaru pelipis kiri. “Explain sikit.” Apa maksud ‘baju-baju saya tu tak macam baju isteri orang’? Aufa nak cakap, bajunya kurang feminin ke?

Aufa mengeluarkan frying pan dari kabinet di bawah sinki lalu diletakkan ke atas dapur. “Baju-baju saya tu..” Aufa terhenti seketika untuk berfikir perkataan yang sesuai. “Kurang feminin.” Minyak masak dituangkan sedikit ke dalam frying pan tadi.

Aqil mengerut dahi. “Kalau jadi isteri orang memang kena feminin ke?” Jeda. “Saya tak paksa awak untuk jadi orang lain semata-mata nak memenuhi ciri-ciri seorang isteri.” Ikhlas Aqil berkata. Lagipun, pakaian Aufa bukannya menjolok mata.

“Betul ni?” Lega rasanya apabila Aqil tidak menyuruh dia menukar identitinya. Bukannya apa, dia pun tidak selesa mahu bergaya feminin. Cukuplah sekadar sedap mata memandang dan tidak menjolok mata, itu sudah memadai.

“Lama lagi ke nak siap?” Aqil tidak menjawab soalan Aufa   . Aufa ni memang ada masalah betul nak percayakan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya.

Aufa menghancurkan telur yang sudah separuh masak itu. “Kejap.” Aufa terus mematikan api dapur. Pinggan leper di atas kabinet diambil lalu dalam sekelip mata, telur di dalam kuali tadi telah bertukar tempat. “Dah, siap.” Pinggan leper tadi dibawa ke meja makan.

Aqil cepat-cepat menuju ke meja makan. “Boleh makan sekarang?” Aiseh, terus lapar perutnya apabila melihat telur yang gebu itu.

Aufa tergelak kecil. “Awak nak minum air apa?” Aufa sudah membuka kabinet di atas sinki. “Teh? Milo? Nescaffe? Kopi?” Satu-persatu nama minuman itu disebut.

Fresh orange.” Aqil manjawab sambil kerusi ditarik. “Makan ni je ke?” Takkanlah makan telur je untuk sarapan? Memang mat salleh betul kalau macam ni.
     
Aufa berjalan menuju ke peti sejuk. “Dalam microwave tu ada hotdog.” Sekotak air oren ditarik keluar lalu dibawa ke meja makan.

Aqil bangun dari duduknya. Pintu gelombang mikro itu dibuka, lalu hotdog di atas dulang itu diletakkan ke dalam pinggan kosong. “Nak pergi tengok wayang tak?” Tanya Aqil sambil tangannya sempat mencapai dua biji gelas lalu dibawa ke meja makan.

Aufa mengerut kening. “Saya tak tengok wayang.” Sepatutnya, ayat dia macam ni “Saya tak tengok wayang dengan lelaki”. Aufa mengambil tempat bertentangan dengan Aqil. Pinggan kosong diletakkan di hadapan Aqil.

Aqil mengangkat bahu. “Kenapa tak tengok wayang?” Botol Mayonnaise di hujung meja itu dicapai. “Nak tak?” Sekali lagi Aqil bertanya.

“Entah.” Aufa mula menceduk telur hancur tadi ke dalam pinggannya. Botol Mayonnaise yang tidak bertutup rapat itu dibuka. “Kalau awak nak tengok, saya boleh je temankan.”

Aqil mengangguk. “Lepas zohor kita pergi.” Aqil mula menyuap telur hancur tadi ke dalam mulut. Hmm.. not bad! “Sedap.” Puji Aqil sepatah. Tak boleh puji lebih-lebih, nanti si Aufa ni riak.

Thanks.” Aufa meneguk air oren di dalam gelasnya sebelum menyuap telur hancur tadi. Memang sarapan cara mat salleh mereka pagi ni.

Buat seketika, mereka hanya berdiam diri. Masing-masing ralit menikmati sarapan pagi. Sesekali, Aufa menjeling Aqil yang slumber itu dengan ekor mata. Aufa berdehem kecil apabila kakinya berlaga dengan kaki Aqil di bawah meja.

“Kita tak bincang lagi pasal tugas-tugas dalam rumah ni.” Baru Aqil teringat tentang pengagihan tugas yang perlu dijalankan. Dia ni takdelah kejam sangat nak suruh Aufa buat semua kerja dalam rumah ni.

Aufa mengangkat bahu. “Awak pilihlah. Saya ikut je.” Kalau nak suruh dia yang pilih, memang awal-awal lagi dia dah tolak tugas untuk memasak.

Aqil memandang Aufa dihadapannya. “Obviously, memasak tu memang dah tugas awak.” Tenang sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Aqil.

Membulat mata Aufa mendengar perkataan ‘memasak’ itu. “Eh, mana boleh! Kita gilir-gilirlah masak.” Mahu mati kutu dia kalau kena memasak hari-hari.

“Sementara awak tengah cuti ni, awaklah masak. Bila dah mula kuliah, awak masak hujung minggu je. Boleh?” Eh, boleh pulak si Aqil ni berkompromi!

Aufa mengangguk laju. “Boleh. Tapi, hari-hari ke kena masak?” Parah ni kalau hari-hari nak kena masak!

“Sepanjang saya cuti ni je.” Aqil meneguk air oren yang masih penuh di dalam gelasnya. “Bila saya dah mula kerja, ikut suka awaklah.” Aqil meneguk lagi air oren yang masih berbaki sehingga gelas kosong.

“Hari-hari kena masak nasi ke?” Kalau hari-hari kena masak nasi, memang dia kena selak buku resepi hari-harilah nampaknya. Bukannya dia reti sangat kalau nak memasak lauk tempatan ni.

Aqil mengangkat bahu. “Suka hati.” Jeda. “Saya makan je semua benda.” Kalau nak tarik minat Aufa supaya belajar memasak, macam nilah gayanya.

Aufa sudah tersenyum girang. “Okay.” Sekurang-kurangnya, dia bolehlah masak makanan Barat yang sememangnya kepakaran dia dari dulu lagi. “Kerja rumah yang lain?” Cakap pasal masak ni, terlupa pula rumah ni pun ada kerja lain nak kena buat.

“Saya setakat nak tolong bawa baju kotor turun bawah, tolong basuh baju tu saya boleh je.” Alah, basuh baju tu kerja senang je. Bukannya nak kena basuh tangan pun baju-baju semua tu.

Aufa mengangkat kening kirinya. “Habistu, kerja-kerja yang lain awak nak suruh saya yang buat?” Jengkel sahaja Aufa bertanya. Banyaklah cantik muka dia nak memilih kerja!

“Eh, kira baguslah saya nak tolong basuh baju!” Kalau ikutkan hatinya, memang semua kerja pun dia malas nak buat. Orang dah kahwin, biarlah isteri yang buat semua tu!

“Senangnya awak cakap. Ingat semua kerja tu tanggungjawab saya seorang ke?” Heh, inilah masanya Aufa nak mengeluarkan segala ilmu yang dia telah pelajari. “Kita buat duty list.” Tegas sahaja Aufa bersuara sambil bangun dari duduknya. Sempat dia mencapai pinggan Aqil yang sudah kosong itu.

“Yelah, yelah. Kita buat duty list.” Aqil turut bangun dari duduknya lalu berjalan munuju ke sinki. “Tapi, saya taknak lipat baju.” Gelas yang sudah kosong itu diletakkan di dalam sinki.

Aufa menjeling Aqil dengan ekor mata. “Banyaklah kacak muka awak nak memilih.” Gumam Aufa hampir tidak kedengaran. Giginya diketap rapat menahan geram.

Aqil menyandar pada kabinet sinki memandang Aufa di sebelahnya. “Saya tak pandai lipat baju.” Sebab itulah kebanyakan baju-bajunya hanya digantung. Kalau nak suruh dia lipat baju, baik batalkan sahaja niat tu. Takde rupa baju kalau dia yang lipat.

Aufa menutup pili air. “Apa lagi kerja yang awak tak pandai?” Sengaja Aufa memerli Aqil. Tangan yang sedikit basah dilapkan pada tuala yang digantung di sebelah peti sejuk.

“Oh, saya tak reti pakai tie.” Ini lagi satu kelemahannya. Ramai orang pelik bila tahu dia tak reti ikat tie. Padahal, ikat tie tu adalah benda paling senang lagi-lagi untuk lelaki.

Aufa sudah berdiri mencekak pinggang. “Habistu, saya kena ikatkan tie awak hari-hari?” Banyaklah cekadah si Aqil ni. Bukan ke lelaki kena pandai ikat tie?

Aqil mengangkat bahu. “Apa guna isteri ada dalam rumah kalau saya nak suruh Ibu saya yang ikatkan.” Aqil mula mengelap meja makan dengan kain lembab.

Hambek, setepek kena depan muka! “Tak payahlah nak perli-perli saya.” Aufa sudah memasukkan semula kotak air oren ke dalam peti sejuk.

“Saya tak perli. Orang yang jatuh tergolek, dia lah yang berdarah.” Aqil terus keluar dari dapur setelah selesai mengelap meja makan.

Aufa mencebik. “Suka hati je dia tukar peribahasa tu.” Gumam Aufa yang turut keluar dari dapur. Aqil yang jalan beberapa tapak di hadapannya di pandang lama. Kalau macam ni gayanya, aku yang muda ni pun boleh kena darah tinggi.