Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, May 19, 2011

Beautiful Night 2

Aufa duduk menongkat dagu di atas meja, rambut yang berjuntaian di dahinya diselitkan ke belakang telinga. Langsung tidak dihiraukan suara penyanyi yang dari tadi sibuk menyanyi tanpa henti.

“Mak, seronok tak kahwin?” Aufa menyuapkan french fries ke dalam mulut. Nasi depan mata tak habis lagi, dia dah sibuk kebas french fries Puan Leha.

“Eh, kamu ni kenapa?” Pelik sahaja Puan Leha dengan perangai Aufa malam ni.

Aufa menjungkitkan bahu. “Aufa tiba-tiba rasa macam nak kahwin.” Slumber ayam sahaja Aufa menjawab.

Puan Leha menolak bakul rotan berisi french fries ke tengah meja. “Aufa dah penat belajar ke?”

Lambat-lambat Aufa menggelengkan kepalanya. “Bukan macam tu.” Aufa menggaru pelipis kepalanya. “Aufa nak berubah.”

“Perkara nikah-kahwin ni bukannya boleh dibuat main, Aufa.” Tegur Puan Leha lembut. “Banyak lagi caranya kalau Aufa betul-betul nak berubah.”

Aufa memberanikan diri memandang Puan Leha. “Macam ni, Mak.” Aufa menarik nafas panjang sebelum dihela perlahan-lahan. “Aufa tengok ramai kawan-kawan Aufa yang belajar dekat oversea yang dah kahwin.”

“Sebab tu, Aufa nak kahwin?”

Aufa menggeleng laju. “Aufa tengok after they get married, they became a better person. Aufa nak jadi macam tu. Aufa nak bahagia macam orang lain.”

Tersentuh hati Puan Leha mendengar ayat terakhir Aufa tadi. “Aufa tak bahagia dengan hidup Aufa sekarang?”

“Bahagia cuma kadang-kadang Aufa rasa kosong. Walaupun Aufa ada Mak, Aufa ada Abang Hakim, hati Aufa kosong.”

“Kalau hati kita kosong, penuhkan dengan zikir-zikir.” Lembut sahaja Puan Leha menasihatkan Aufa.

Aufa tunduk menekur jari di atas riba. “Aufa rindukan kasih-sayang seorang ayah.” Suara Aufa seakan berbisik. Walaupun dia boleh berlagak seperti tiada apa yang berlaku di dalam keluarganya, tetapi jauh di sudut hati kecilnya, dia merindui Encik Norman.

“Aufa perlukan seseorang yang boleh bimbing Aufa. Aufa tak kuat sorang-sorang.” Sambung Aufa.

“Aufa, perkahwinan ni satu tanggungjawab yang besar tau.” Puan Leha memandang tepat anak mata Aufa. “Aufa dah bersedia dengan semua tu?” Puan Leha mahukan kepastian.

“InsyaAllah.” Aufa sendiri kurang pasti apa yang membuatkan dia mengutarakan perkara tersebut pada Puan Leha. Adakah ini semua gara-gara Iskandar?

“Dah ada calon?” Setahu Puan Leha, Aufa tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Kata Aufa, dia mahu menumpukan perhatiannya pada pelajaran dahulu.

Aufa menggelengkan kepalanya. “Takde.”

Jawapan yang keluar dari mulut Aufa tadi buat Puan Leha rasa macam nak pengsan. “Aufa, Mak taknak Aufa buat perkara yang akan rosakkan masa depan Aufa. Perjalanan hidup Aufa panjang lagi.”

“Aufa dah nekad, Mak.” Aufa menggenggam tangan Puan Leha yang berada di atas meja. “Aufa tahu, Mak boleh tolong Aufa.”

Puan Leha menghela nafas berat. “Bukannya Mak taknak tolong Aufa tapi Mak nak Aufa fikirkan perkara ni betul-betul.” Jeda. “Kalau Aufa nak tahu, jodoh ni ada tiga jenis.”

“Hmmm..”

“Yang pertama, jodoh dari syaitan.” Puan Leha cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menjelaskan hujahnya tadi. “Iaitu perkahwinan yang terjadi selepas terlanjur.”

“Yang kedua?” Aufa semakin berminat dengan topik perbincangan mereka malam ini.

“Yang kedua, jodoh dari jin.” Puan Leha membuang pandangan ke arah pentas. “Perkahwinan disebabkan campur-tangan jin. Senang cakap, orang gunakan sihir.”

Aufa mengetuk-ngetuk dagunya. “Kiranya dia guna taktik kotorlah nak kahwin.” Hmm.. kalaulah dia jumpa orang yang macam ni, memang dia cincang lapan belas. “Yang ketiga?”

“Yang ketiga, jodoh dari Allah. Aufa pernah dengar kan, orang kata dari mata turun ke hati?”
Lambat-lambat Aufa menganggukkan kepalanya. “Pernah.”

“Perkahwinan yang terjadi selepas si lelaki tadi masuk meminang si perempuan dan si perempuan menerima dengan tiada paksaan. Mereka berkahwin dulu baru bercinta.”

“Bercinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredai Allah. Kan?” Aufa mahukan kepastikan.

Puan Leha tersenyum pendek. “Pandai anak Mak.” Puji Puan Leha. “Mak tak halang Aufa nak kahwin tapi macam mana Aufa nak kahwin kalau Aufa belum habis belajar lagi?”

“Tak semestinya belum habis belajar tu tak boleh kahwin.” Aufa cuba menyusun ayat di dalam kepalanya. “Kahwin tu kahwinlah, belajar tetap belajar.”

“Mak kalau boleh taknak masuk campur dalam hal jodoh anak-anak Mak. Aufa cari dulu calon Aufa. Kalau takde, barulah Mak carikan. Boleh?”

“Aufa nak cari dekat mana?” Aufa buntu. Kalaulah cari calon suami ni senang macam makan burger, kan best.

Puan Leha tersenyum lagi. “Itu, Mak takde jawapan. Aufa cari yang elok-elok tau. Bawak jumpa Mak, kalau jadi, kita langsungkan terus.”

“Okay.” Aufa menampal senyum di bibirnya.

Mana pulak dia nak cari calon suami ni? Agak-agak, kalau dia tampal iklan ‘HUSBAND WANTED’, boleh tak? Walaupun jodoh kita memang sudah ditetapkan oleh Allah, takkanlah kita nak duduk saje tanpa berbuat apa-apa. Kan?