Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, November 14, 2012

Oh Diandra

#Made On Demand. 
Cerita ini dedikasi khas buat Addistry :')

Dia menjengah ke balkoni jiran sebelah. Kosong. Belakang kepala digaru perlahan. Longines di pergelangan tangan kiri dipandang, lama.

Ish.. mana dia ni? Kata nak jumpa lepas Asar? Ni sampai dah nak masuk Maghrib, tak nampak jugak bayang. Memang nak kena tau dia ni! Grrr!

Dia mundar-mandir di dalam bilik tidur. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dah serupa mengukur diameter bilik pun ada. Ahhh.. malaslah nak tunggu lagi. Baiklah dia join mama dengan papa minum petang dekat bawah.

“Addi..!!”

Dia yang baru nak keluar dari bilik, cepat-cepat menoleh. Jelas sekali ada seorang remaja lelaki berdiri di balkoni rumah sebelah.

“Addi..!!”

Malas-malas dia melangkah ke luar. “Kau apasal lambat? Dah tak reti nak tengok jam? Ke nak suruh aku sekolahkan kau, baru reti nak punctual?” Bebelnya sambil memeluk tubuh. “Kalau sehari tak menyusahkan aku, memang tak boleh kan? Sukalah kau tengok aku macam ni kan? Nasiblah kau jauh, kalau dekat memang dah lama aku benam kepala kau dalam kolam ikan belakang rumah ni tau!”

“HAHAHAHAHAHAHAH..!!”

“Kau apasal gelakkan aku?!” Bengang pulak dia tengok mamat tu seronok gelakkan dia. “Aku tak buat lawaklah, Yusuff!”

Mamat yang bernama Yusuff tadi masih belum habis ketawa. Siap ketawa sambil pegang-pegang perut lagi tu.

“Yusuff Adrazin! Shut the hell up!” Nyaris-nyaris dia nak baling kerusi dekat jiran sebelah ni.

Yusuff menghabiskan sisa tawanya. Nafas panjang ditarik. “Diandra Zahran, kau ni kalau membebel memang nombor satu kan? Aku baru cakap sepatah, kau fire aku dengan seribu patah.”

Addi mencebik. Awning tudung yang senget ditiup angin, langsung tidak dihiraukan. “Kau tu.. janji lepas Asar, ni dah pukul berapa?!” Dia bersandar pada bingkai pintu.

“Laaa.. sekarang ni pun lepas Asar jugak apa.” Yusuff duduk di atas lantai. “Apa kau nak cakap dengan aku ni?”

Addi mengangkat bahu. “Esok kau balik pukul berapa?” Dia melangkah beberapa tapak ke depan. Belakang badan disandarkan pada meja bulat.

“Flight aku malam.”

“Siang tu, lepak jom.” Addi tayang senyum. “Aku bosanlah asyik terperap dalam rumah.” Midterm break ni, memang dia terperap dalam rumah je. Tak productive langsung.

Yusuff bangun dari duduknya. Tangan didaratkan di atas penghadang. “Aku dah nak balik esok baru kau nak ajak lepak? Seriously Diandra, you’re soooooooo..”

“Tak payah nak mengutuk akulah.” Addi berdiri sambil memeluk tubuh. “Kau pun tau kan, mama dengan papa aku mana kasi aku keluar kalau bukan dengan kau.”

“Buat-buatlah berkawan dengan orang, Diandra.” Yusuff pandang Addi. “Sampai bila nak bergantung dengan aku?”

Addi tunduk menekur lantai. “Kau dah penat dengan aku ke?”

“Bukanlah..” Jeda. “Kau kena berkawan dengan orang lain.”

“Aku tak boleh..”

“Hey girl, listen.” Cepat sahaja Yusuff memotong cakap Addi. “Kalau kau boleh berkawan dengan aku, kenapa tak dengan orang lain? Aku dengan diorang tu sama je.”

“Diorang tak macam kau.”

“Memanglah.. mana ada orang boleh challenge aku yang kacak lagi bergaya ni.” Yusuff angkat-angkat kening sambil tersengih lebar.

“Jadi keluar ke tak esok ni?” Tanya Addi dengan sebelah kening terangkat. “Kalau kau tak nak keluar dengan aku, aku tak nak hantar kau pergi airport malam esok.”

Yusuff memandang ke atas. “Aku ada pilihan ke?”

“Takde.”

“Nak pergi mana?”

Addi menarik senyum segaris. “Surprise.” Jeda. “Okeylah, aku masuk dulu. Nak tengok apa yang mama dengan papa aku buat dekat bawah tu.”

“Ibu aku kata, mama kau ada buat chocolate cake.” Jeda. “Sedap gila!”

Addi membesarkan matanya memandang Yusuff. “Kau lambat tadi sebab makan kek?! Seriously Yusuff, I wanna kill you.”

“Ibu kata tak baik tolak rezeki.”

Addi memegang kepala kerusi dengan tangan kanan. “Baik kau masuk cepat sebelum kerusi ni melayang dekat kepala kau.”

“Diandra, janganlah garang sangat. No wonder orang takut nak kawan dengan kau.”

“Aku kira sampai tiga, Yusuff.” Dia angkat sedikit kerusi plastik Ikea tu. “Satu..”

“Nasiblah ada aku yang kacak bergaya ni, kalau tak..”

“Dua..” Keempat-empat kaki kerusi dah tak jejak lantai.

“Kau comel sangat kalau marah, Addi.”

“Tiga.” Addi pandang Yusuff dengan kening kiri diangkat tinggi. “You’re dead meat.” Kerusi tadi diangkat melepasi paras penghadang balkoni.

Yusuff mengangkat kedua belah tangan. “Lepaklah, babe.” Yusuff melangkah satu tapak ke belakang. “Aku masuk sekarang.” Dia melangkah lagi beberapa tapak ke belakang.

Addi maintain dengan straight face. Kerusi masih belum diturunkan. Yusuff dan masuk ke dalam rumah, barulah dia turunkan kerusi. Lambat-lambat dia tergelak kecil.

Yusuff intai Addi disebalik langsir sliding door. Dia nampak Addi yang tengah gelak sambil geleng-geleng kepala. Addi.. Addi.. kenapalah kau ni cheeky sangat? Yang aku pun satu hal, takut sangat dengan kau.

“Along!! Diandra datang niii..” Jerit satu suara dari tingkat bawah. Yusuff menepuk dahi. Dia agak dah, Addi mesti datang punya. Ni mesti nak mengadu dengan Ibu!

*******

Addi duduk di kerusi berhadapan dengan Yusuff. Tak ramai orang dalam tren malam ni.

“Sampai bila nak senyap ni, Diandra?”

Addi angkat bahu. Dia bengang dengan Yusuff. Ada ke patut Yusuff tak benarkan dia drive ke KLIA. Yusuff kata dari dia yang drive, ada baiknya diorang naik KLIA Express.

“Bukannya aku tak kasi kau drive tapi nanti kau balik sorang-sorang. Bahayalah.”

Addi mencebik. Selama ni dia berulang-alik dari kampus ke rumah, takde siapa nak cakap bahaya pun.

“Okeylah.” Yusuff beralih tempat duduk ke sebelah Addi. “Kalau kau tak nak cakap, biar aku seorang je yang cakap.” Yusuff keluarkan handphone dari poket jeans. “Ingat tak, budak ni..” Yusuff zoom-in gambar kelasnya sampailah gambar seorang gadis yang bertudung purple tu jelas.

“Dia approached aku jadi pakwe dia.” Yusuff tergelak kecil. “Tapi aku tak tolak..”

Addi menoleh memandang Yusuff. “Yusuff Adrazin..” Jelas sekali, suara Addi dah lain macam. Suara macam nak makan orang, lebih tepat.

“Aku tak tolak.. dan aku tak terima.” Dia menarik senyum segaris. “Aku tahulah batas aku.” Jeda. “Aku cakap dengan dia, tapi tak salah pun kalau dia nak berkawan dengan aku.”

“Dah berkawanlah ni?”

“Hmm..” Yusuff angkat bahu. Handphone kembali disimpan ke dalam poket jeans. “Jangan risau, kau tetap kawan nombor satu aku.”

“Sedar diri pun.” Addi menjeling tajam. “Kalau tak… ada jugak yang jadi arwah malam ni.”

“Tak fasal-fasal nanti keluar headline ‘Seorang Pelajar Kacak Dibunuh Dengan Kejam’. Kau boleh bayangkan tak, berapa ramai budak perempuan akan frust nanti?”

“Perasan.” Addi beralih duduk ke kerusi hadapan.

“Apa cerita mamat Dani yang mengorat kau hari tu?”

Addi angkat bahu. “Takde cerita apa pun.”

“Kau jual mahal eyh?”

“Manede..” Addi jegilkan mata memandang Yusuff. “Bukan taste akulah mamat tu.”

“Kau ada taste ke, Addi?” Yusuff duduk sambil memeluk tubuh. “Android mana ada perasaan.”

Refleks, kakinya terus menendang kaki Yusuff.

“Addi, sakitlah!” Yusuff tunduk menggosok-gosok betisnya. “Kalau garang macam ni, bukan setakat Dani.. dinosaur pun larilah!”

“Kau tu.. suka sangat mengata aku!” Addi menjeling geram. “Apa entah budak Nadia tu nampak dekat kau yang kerek tahap mintak pelempang ni.”

“Kenyataan, Diandra. Kenyataan.”

Addi duduk sambil memeluk tubuh. “Dah lah, aku malas nak cakap dengan kau.” Addi terus memandang ke luar tingkap walaupun bukannya dia boleh nampak apa-apa dengan keadaan gelap dekat luar sana tu. Lagi bagus tengok tingkap dari tengok muka Yusuff yang suka nak menyakitkan hati tu!

“Stesen berikutnya KLIA.”

Suara intercom mengejutkan Addi dari lamunannya. Rasa macam baru saja dia duduk dalam tren ni, cepatnya sampai.

Apabila tren berhenti, serentak Addi dan Yusuff bangun dari duduk. Yusuff menggalas backpack ke bahu sekali gus memberi laluan kepada Addi untuk keluar dahulu.

“Aku dah checked-in.” Yusuff memandang Addi. “Kau tak payahlah tunggu.”

Addi memandang Longines di tangan kiri. “Okey.” Tren ke KL Sentral akan bergerak lagi setengah jam. “Tak nak makan-makan dulu ke?”

“Kenyang lagi.” Yusuff tepuk-tepuk perut. “Kau nak makan ke? Aku temankan.”

Addi menampal senyum. “Takdelah.. aku dah makan tadi sebelum keluar.” Bohongnya. Padahal, dia tak sempat nak jamah apa-apa pun tadi.

“Kalau macam tu.. sampai sini je lah.” Yusuff berdiri betul-betul di hadapan escalator untuk ke tingkat atas. “

“Okey.” Addi masukkan tangan ke dalam poket jeans. “Aku balik dulu.”

“Take care, Diandra.” Pesan Yusuff. “Kalau ada apa-apa, roger aku tau.”

Addi menampal senyum. “Noted.” Addi menarik nafas panjang sebelum berpusing ke belakang. Baru sahaja dia melangkah dua-tiga tapak…

“Diandra!”

Addi menoleh ke belakang.

“Jom temankan aku minum.” Yusuff memandangnya dengan senyuman.

“Kau belanja?”

“Iyeeeee..”

Addi tergelak kecil sambil melangkah menghampiri Yusuff. “Aku nak minum hot chocolate dekat Starbucks.” Addi angkat-angkat kening.

Terjongket sedikit bibir Yusuff. “Milo ais dekat food court dah lah.”

“Kedekut!”

“Bukan kedekut.. berjimat.”

“Ahhh.. takde-takde.” Addi jalan meninggalkan Yusuff. “Kau kena belanja aku minum dekat Starbucks jugak. Penat ni aku hantar kau sampai KLIA.”

Yusuff mengejar Addi dari belakang. “Aku tak suruh pun kau hantar.”

“Ahhh.. aku tak pedulik!” Addi malas nak layan. Yusuff mampu geleng kepala je pandang Addi yang dah naik escalator tu. Addi.. Addi.. 

6 comments:

  1. rindunya kat karya cik bulan....hehehe...boleh buat part 2 tak? ;)))

    along814

    ReplyDelete
  2. cerita terG.A.N.T.U.N.G??..alaaaa....=(

    ReplyDelete
  3. eh, x kn ni je endingnye...huhuhu

    ReplyDelete
  4. hmmmmmmm Diandra ni kenapa garang sakit.sampai kerusi pun nak dibalingnya...haha :D

    ReplyDelete