Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, February 24, 2021

Hai, saya J(odoh) - 2

LILO MENGHEMPASKAN BADANNYA ke atas sofa berangkai tiga. Kedua belah kaki dilunjurkan sambil lengannya didaratkan di atas dahi. Nafas berat dihela. Penatnya hari ni rasa macam nak menangis.

“Lambat balik?” Tanya Naili sambil duduk di hujung sofa. Kaki Lilo diangkat kemudian diletakkan ke atas riba.

Lilo yang baru nak melelapkan mata terus terjaga. Letak tangannya dialih. “Awak dah lama sampai ke?”

“Janganlah dikacau adik tu kan dia baru balik.” Belum sempat Naili nak menjawab, suara Puan Nur mencelah dulu.

“Saya tak kacau dia punnnnnnn…” Betis Lilo ditepuk perlahan. “Awak keluar dinner dengan pakwe, eh?” Kata mama tadi adiknya tak makan malam di rumah.

Puan Nur yang baru melangkah masuk ke ruang tamu terus duduk di sofa. “Awak tu pun sama je dulu. Masa bercinta diam-diam je tup-tup cakap nak kahwin.” Usik Puan Nur.

Naili mencebik bibir bawah. “Ma, kita kan tengah cakap fasal adik sekarang ni janganlah libatkan saya.” Nak kenakan orang lain tapi diri sendiri pulak terkena.

“Laila, bangunlah mandi-mandi lepas tu boleh terus tidur.” Tegur Puan Nur lembut. “Tak eloklah tidur macam ni.”

“Lima minit.” Jawab Lilo dengan mata yang terpejam.

Puan Nur menggeleng perlahan. “Kata nak pergi Jepun tu jadi ke?” Puan Nur saje je nak ajak Lilo berbual takdelah anak sorang ni tertidur.

“Awak nak pergi Jepun?” Naili terus goncang badan Lilo. “Saya nak ikut, pleaseeee.” Pujuk Naili sambil goncang lagi badan Lilo.

“Eeeeee…” Lilo yang geram tidurnya terganggu terus campak bantal di dalam pelukan ke arah Naili. “Janganlah kacau saya penat ni.” Nasiblah kakak sendiri, kalau orang lain dah kena jerkah kut.

“Kenapa saya tak tau pun awak nak pergi Jepun?”

Lambat-lambat Lilo bangun dari baringnya. “Baru pelan ajelah.” Jeda. “Lagi pun, takkanlah awak nak ikut saya pergi jalan-jalan dengan kawan saya.”

“Tapi awak pergi Jepun.”

Lilo menoleh memandang Naili di hujung sofa. “Awak ajaklah suami tercinta awak tu.”

“Farhan tu mana nak pergi Jepun.” Naili pun tak tahulah kenapa suaminya tak nak ke Jepun. Kalau ajak ke Korea tu laju pulak.

“Bila tu nak pergi?” Celah Puan Nur. Lilo pandang wajah mama. “Around mid-January macam tu.”

*********

 

"It takes a strong heart to fall in love"

Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.

Or, I'm one click away via Whatsapp.

 

0 comment(s):

Post a Comment