Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, June 10, 2010

hope 5

Adam menghempas badannya ke katil Queen size itu. Alangkah leganya apabila dapat baring setelah 2 jam terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Adam baring dengan berbantalkan lengan, udara dingin dari pendingin udara umpama lullaby.

Babak-babak di Subway malam semalam kembali berulang tayang. Bermula dari Subway yang pada awalnya memang dia taknak jejakkan kaki selepas nampak Wye dan Dee, beralih kepada saat mulut celupar mengatakan mahu menemankan Wye ke ladies, trailer ‘Lagenda Budak Setan’ yang mencuri hati Wye, sehinggalah ketika mereka menurunkan Wye dan Dee di depan pagar kolej.


”Okay, dah sampai” ujar JD sambil memakir elok di luar pagar kolej.

Sling bag yang terdampar di atas peha disangkut pada bahu. Tangan kanan dah bersedia mahu membuka pintu kereta. Panas hati apabila terpandangkan muka Adam si bongek tu! “Thanks, JD” ujar Wye sambil menolak pintu kereta

JD tersenyum manis “No sweat pun” jawab JD sambil menoleh ke belakang

Adam sempat memberi jelingan maut buat tatapan Wye. Huh, macam bagus je! Ehem.. ehem.. “Eh, kat tuan punya kereta taknak ucap terima kasih ke?” perli Adam pedas

Wye yang dah separuh badan keluar dari kereta, terus kalih pandang. “Yang kau tak puas hati dengan aku ni, kenapa?” balas Wye geram

Adam tersenyum sinis “Yang kau naik ni, kereta aku. Sepatutnya, berterima kasih dekat aku lah” ujar Adam berlagak

Wye mendengus kuat “Tak haraplah weyh nak naik kereta kau ni” balas Wye geram lalu terus keluar dari kereta. Pintu kereta dihempas kuat, tanda protes.

Adam nampak muka cemberut Wye yang sedang berdiri di hadapan JD sambil memeluk tubuh. Wye ada berkata sesuatu yang membuatkan JD menoleh ke arahnya sekejap sambil mengangguk lalu kembali tersenyum.

“Jumpa lagi” Itu sahaja yang Adam dengar dari mulut JD. Itupun kerana JD bercakap sambil membuka pintu kereta.

Adam pantas membuang pandang ke dada jalan. Wye dan Dee sudah hilang di dalam pekat malam. JD mengenakan seatbelt lalu engine kereta dihidupkan. 

“Wye cakap, terima kasih banyak-banyak” ujar JD sambil tangannya cekap memasuk gear Reverse.

Adam menjungkit keningnya “Yeah right, macam betul dia yang cakap macam tu” sinis Adam bersuara

JD tergelak sambil mengangkat bahunya “Ikut sukalah nak percaya ke tidak. Aku tolong sampaikan pesanan je”


Adam mengeluh berat apabila terkenangkan peristiwa semalam. Kenapa dia tak boleh nak berbaik langsung dengan gadis yang bernama Nurul Yisha itu? Kenapa setiap kali mereka bersuara, pasti akan berakhir dengan perbalahan? Adam sendiri dapat rasakan betapa kuat jantungnya berdegup seakan baru lepas menghabiskan marathon apabila pandangan mereka bersabung.

Rasa seperti baru di simbah sebaldi air, setiap kali dia memandang Wye. Sungguh, wajah gadis itu memang membawa nafas baru buat dirinya tetapi mengapa dia seolah menafikan kenyataan tersebut? Inikah yang dinamakan ego?

Ah, kusutnya! Adam bingkas bangun dari pembaringannya lalu kakinya melangkah ke cermin sebesar dirinya di penjuru bilik. Wajah yang terbias di dada cermin di tenung tajam. Seakan terdengar-dengar suara mengejeknya.

Adam, mengaku je kau dah sukakan Wye. bisik satu suara

Adam menggeleng laju. Tak, aku tak sukakan dia. Dalam hati aku cuma ada Mellisa.

Hahaha.. Mellisa dah lama mati Adam. Perempuan yang kau selalu ingatkan tu bukan Mellisa tapi Wye. Ejek suara itu lagi

Adam mendengus kuat. Aku cakap, TAK! Dan jawapannya akan tetap TIDAK sampai bila-bila!

Jangan tipu diri sendiri Adam. sambung suara tadi

Praaaanngggg..!! Pecah berderai cermin tadi apabila ditumbuk Adam. Puas hatinya apabila suara-suara tadi sudah lenyap. Darah merah pekat yang mengalir keluar dari buku limanya, tidak dihiraukan langsung. Hatinya lebih sakit bila setiap kali perihal Wye menjengah fikiran dari tangan yang sedang berdarah sekarang.

“Astaghafirullah... Adam, kenapa ni?” cemas suara Kamalia apabila melihat serpihan kaca yang berteraburan di lantai bilik.

Refleks Adam menyembunyikan tangannya ke belakang badan. “Haaa? Takde pape pun, Ma” jawab Adam

“Macam mana boleh pecah cermin ni?” tanya Kamalia musykil lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik anak terunanya itu

“Aaaa.. takde, Adam terbaling barang tadi. Nak baling masuk tong sampah tu, tersalah aim pulak” dalih Adam sambil matanya dikalihkan ke tempat lain

Kamalia menggeleng perlahan. Ish, cuai sangat! “Dah, biar je kaca-kaca tu. Nanti, Ma suruh Bibik bersihkan” arah Kamalia apabila Adam mula memungut kepingan-kepingan kaca tadi. “Pergi mandi, nanti Ayah balik bolehlah kita dinner sama-sama” sambung Kamalia.

Adam hanya mengangguk perlahan. Langkah di atur ke almari baju. Pintu gelongsor itu ditolak perlahan lalu tuala di dalam laci paling bawah di keluarkan. “Ma, cinta tu betul-betul wujud ke?” tanya Adam tiba-tiba

Kamalia tergelak perlahan “Cinta tu wujud kalau Adam percaya ia wujud” Jawab Kamalia lalu dia terus meninggalkan Adam tanpa sempat Adam berkata apa-apa.

Adam menghela nafas berat. Wahai kepala, kenapa kau tanya soalan pelik-pelik macam tu ha? Adam melibas kepalanya dengan tuala. Ah, mandi lagi bagus dari melayan kepala yang dah mereng ni!

*****

Wye bermalas-malasan di atas katil single itu. Ceiling berukir indah itu ditenung tanpa rasa. Mata yang tadinya mengantuk, kini sudah segar-bugar. Adam Harith, nama yang acap kali berlegar di mindanya hari ini. Pandangan mata hazel tu.. Click! Like a key turning in a lock. Macam semalam..


Wye memincingkan matanya memandang Adam di tempat sebelah pemandu itu. Rasa macam nak telan je si Adam ni hidup-hidup! Dan apabila Adam berpaling tiba-tiba, dia seakan terkaku sebentar dengan panahan mata tu.Wye memejam-celikkan matanya. Hey, wake up Nurul Yisha!

Wye mendengus kuat bagi menghilangkan debar di dada “Tak haraplah weyh nak naik kereta kau ni” balas Wye geram. Dia tahu, dia agak kasar tapi kalau dah hidup nak menyakitkan hati orang je, siapa yang tahan babe?

Saat pintu kereta di hempas kuat, JD yang sedang berbual dengan Dee menoleh ke arahnya. “Kenapa ni?” tanya JD pelik. Uish, sampai nak tercabut pintu tu dia hempas!

Wye mendengus sambil memeluk tubuh “Kawan kau tu lah” ujar Wye sambil menyepak batu-batu kecil

JD tergelak kecil “Kenapa dengan Adam?” tanya JD walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan yang akan keluar dari mulut Wye

“Dia memang tak boleh nak bagi hidup aku aman eh? Asyik nak sakitkan hati aku je” jawab Wye geram. 

JD mengangkat bahu sambil tersenyum “Dia memang macam tu dengan outsider, tapi lama-lama nanti okaylah tu” jawab JD jujur 

Wye mencebik. Heh, betul sangatlah tu. “Okaylah, kitorang masuk dulu. And, tolong cakap ‘Terima kasih banyak-banyak’ dekat tuan empunya Peugeot ni” Pamit Wye

Adam di dalam kereta di jeling sekilas lalu kepala dianggukkan. “Wye, aku minta maaf bagi pihak Adam” ujar JD cepae-cepat sebelum Wye hilang

Wye menganggat bahu lalu tersenyum manis “Jumpa lagi. Selamat Malam. Assalamualaikum” pamit Wye

JD menghampiri pintu kereta “Selamat Malam. Waalaikumussalam. Jumpa lagi” pamit JD sambil membuka pintu kereta.


Ya ampun, gila ke hape aku ni? Boleh pulak teringatkan si Adam bongek tu? Hah, sah-sah otak aku dah mereng ni. Monolog Wye sambil menepuk-nepuk dahinya. Dah-dah, shuhhh..shuuuhh.. aku taknak ingat kau lagilah!

Pabila mata dipejam, wajah itu muncul lagi. Ya Allah, mangkuk hayun tu dah mandremkan aku ke? Tutup mata je nampak dia, tutup mata je nampak dia. Haish, tak boleh jadi macam ni! Ah, mandi lagi bagus!

Tuala di dalam bag ditarik keluar. Habis berterabur baju-bajunya yang tersusun kemas. Ah, ini semua sebab si Adam bongek tu! Tak pasal-pasal baju yang tak berdosa ni pulak jadi mangsa.

“Wye, turun makan” celah suara Dee di sebalik pintu yang tertutup itu

“Oh, okay. Bagi 5 minit, aku nak mandi sat” jerit Wye kelam-kabut. Ha, padan muka! Siapa suruh berangan ingatkan Adam tu!

Cepat-cepat tombol pintu dipulas lalu pintu di kuak “Kau baru nak mandi?” ambush Dee tiba-tiba

Oppssss.. Cepat-cepat Wye menutup badannya. Censored! “Heee.. aku tertidur tadi, sorry” dalih Wye sambil tersengih. Ahha, tidur ke ingatkan Adam?

Homaigod! Masa-masa macam ni pun boleh ingat nama si bongek tu?! Haa... parah-parah. Malam nanti ada jugak aku tarik si Dee ni pergi jumpa Nenek Kebaya, buangkan mandrem si Adam tu.

Dee menggeleng perlahan “Ish-ish, kalau Ma tahulah anak dara dorang ni tidur lepas Asar, memang berejamlah kau dengar lecture free” sungut Dee “Dah-dah, pergi mandi cepat” arah Dee

Wye mengangguk sambil tangannya membuat sign ‘okay’ “Tolong cover aku, babe” jerit Wye dalam bilik air.

Dee menggeleng lalu tersenyum “Haiii.. macam-macam hal pulak si Wye ni” Langkah di atur keluar dari bilik itu. Tombol pintu ditarik lalu pintu ditutup kemas.

*****

JD memandang kosong orkid-orkid hutan yang tergantung di luar rumahnya. Ibu memang sukakan orkid dari dulu lagi. Kata Ibu, arwah Ayah pun sukakan orkid hutan. Dari berdiri, kini JD duduk di kerusi batu.

Nurul Yisha. Gadis tu macam orkid hutan. Susah nak cari tapi cantik. Tapi dia sukakan Wye bukan sebab Wye cantik tapi sebab Wye adalah Wye. Personaliti Wye yang sempoi tu membuatkan hatinya tertarik untuk mengenali Wye dengan lebih jauh.


“Wye tu memang senyap ke?” tanya JD apabila Wye hilang dari pandangannya

Dee yang tengah mengunyah terus telan cepat-cepat lalu air disedut rakus. “Oh, dia memang senyap dengan orang luar but kalau dah kenal dia.. Ya Allah, mulut dia memang tak boleh senyap” ujar Dee panjang lebar

JD tergelak kecil “She’s funny” ujar JD tiba-tiba. JD nampak kening Dee yang dah bertaut tu. Hahaha.. “Dia nampak kartun bila dia tengah cuak” jelas JD “Macam dalam kelas Linear tadi, muka cuak dia memang kelakar gila” sambung JD lagi

Dee tergelak besar. HAHAHA.. “Dia memang macam tu, nampak macam tough gila padahal takdelah kebal sangat”

JD menghabiskan sisa tawanya “Korang ni dah lama kenallah?” tanya JD

Dee mengangguk “Since sekolah menengah. Kitorang kenal masa Form 1, memang satu kelas. Then bila dah Form 4, masing-masing bersepah masuk sekolah lain. Tup-tup dapat university sama, course sama, memang dah jodoh kitorang kot” jawab Dee panjang

Nak tanya ke tak? Kalau tanya, buat malu je tapi kalau tak tanya, sampai bila-bila pun tak tahu. JD berdehem kecil menghilangkan getar di dada. “Dee.. Wye tu dah ada special?” Fuhhh.. terkeluar jugak soalan tu. Telinga yang dah memerah dibiarkan sahaja. 

Berkerut kening Dee mendengar soalan JD. Dee menelengkan kepalanya ke kiri “Hmmm.. buat masa ni belum ada lagi kot. Tapi, dia pun tak minat nak bercintan-cintun masa belajar” jawab Dee bagi pihak Wye

Membulat mulut JD. Ohhh.. takde lagi. Yay! Ada chance lah nak mengurat dia. “Tapi aku tengok, dia macam rapat je dengan budak Aqif tu” 

Dee tergelak kecil. “Aqif tu memang syok dekat Wye, tapi Wye buat tak layan je” Dee dah mula pecah rahsia

“Sebab?” JD curious nak tahu. Ahha.. berkobar-kobar dah rasa ni

Dee menganggkat bahu. “Aqif tu bukan jiwa Wye” jawab Dee pendek

“Bukan jiwa?” JD tak faham

Dee menepuk dahinya perlahan. “Perempuan kan tulang rusuk lelaki. Wye dapat rasa, dia bukan tulang rusuk Aqif” jelas Dee

“Macam mana dia tahu? Perempuan pun ada mimpi-mimpi macam lelaki ke?” JD memang blur! Huh, tak fahamlah!

Dee gelak besar mendengar pertanyaan JD tu “Instinct. Naluri perempuan lebih kuat dari naluri lelaki” jelas Dee lagi


Agak-agak, Wye tu tulang rusuknya ke? Memang dia ada mimpi, tapi muka gadis dalam mimpinya itu kabur. Perwatakannya macam Wye, tapi itulah muka tak nampak lagi, takkan nak main tembak je siapa-siapa. Alahaiii.. parahnya bila bercakap tentang hati dan perasaan ni.

Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. JD menoleh ke arah tuan empunya tangan. JD tersenyum manis melihat wanita yang berusia awal 40-an itu.

“Haa... anak Ibu ni menungkan apa? Ralit sangat Ibu tengok” ujar Hajah Suraya

JD menarik tangan Hajah Suraya supaya wanita itu duduk di sebelahnya. “Takde pape pun, teringatkan assignment yang melambak dalam bag tu” dalih JD lalu kepalanya direhatkan di bahu wanita tadi

Hajah Suraya tergelak kecil. Anaknya seorang ni, memang manja. “Yeke? Takkanlah teringatkan assignment sampai tersenyum-senyum” Hajah Suraya dah start mencucuk jarum

“Betullah, Ibu..” jawab JD meleret-leret.

“Haaa.. telinga dah merah. JD ingatkan girlfriend ye?” Usik Hajah Suraya

Refleks JD menutup telinganya. Oh my~ Serious ke telinga ni tengah merah sekarang? “JD mana ada girlfriend lah, Ibu” dalih JD

Hajah Suraya mengerutkan keningnya sambil tersenyum “Eh yeke? Takkan takde siapa pun yang tertarik dekat anak Ibu yang handsome ni? Ke JD yang memilih sangat?”

JD menarik senyum. Memilihkah dia? Dia hanya mahukan yang terbaik. “JD nak perempuan yang macam Ibu. Sayang JD no matter what, ada selalu dengan JD bila susah-senang”

“Ahha.. Make sure dia amalkan rukun yang 5 tu” pesan Hajah Suraya

“Itu memang dah masuk top 5 lah, Ibu”

“Ada yang berkenan ke?” teka Hajah Suraya

JD menganggkat bahu sambil tersenyum “Baru kenal dia tak sampai pun sebulan lagi, Ibu” JD main tarik tali

Berseri-seri muka Hajah Suraya. Ibu mana yang tak seronok bila anak bujangnya dah jumpa tulang rusuknya yang hilang? “Taknak bawa dia jumpa, Ibu?”

“Eh, JD dengan dia baru kawan-kawanlah.. Jumpa pun jarang-jarang” jawab JD cepat-cepat.

Kaki yang tadi melunjur di tarik menjadi sila. Ahhhh.. rindunya dia pada Nurul Yisha tu. Masih terbayang-bayang wajah Wye yang sedang tersenyum itu. Manis!

Pehanya ditepuk perlahan “Nanti, ajaklah dia datang rumah masa kenduri Arwah, boleh Ibu kenal-kenal dengan dia” ujar Hajah Suraya member idea

Ahha.. Jari dipetik. Good Idea! “Okay, tapi JD yakin, Ibu mesti sukakan dia” Ujar JD bersungguh-sungguh

“Anak Ibu dah angau ni...” ejek Hajah Suraya

JD tersenyum malu. Ya, dia memang dah angau. Angaukan Nurul Yisha. Dia tak takut cintanya bertepuk sebelah tangan, cukuplah jika Wye sudi berkawan dengannya. Jodoh dan maut itu di tangan Allah, jika memang jodohnya dengan Nurul Yisha, Alhamdulillah.. Tapi kalau Wye bukan jodohnya, mungkin Allah dah tentukan jodoh yang lebih baik buat dirinya di luar sana.

12 comments:

  1. alaaaa
    jgnlah wye
    ngn adam..hekheh
    =))
    luv diz st0ry

    ReplyDelete
  2. huhuhu...mana satukah pilihan hati wye....waaa fenin2..

    ReplyDelete
  3. sangat saspens!
    WYe nak dengan JD ke Adam?

    ReplyDelete
  4. adam is in denial...full of emotions..banyak anger tuh!
    jd is in acceptance...lack of courage pun cam ada gak
    aiman is...aiman mana?
    baik2 wye...teringat-ingat lama2 terlekat di hati

    ReplyDelete
  5. OMG girl! dah de new story
    br ksmptm bca
    best2
    i likeeeee

    ReplyDelete
  6. bez sgt...
    cpt2 smbg ek...
    xsaba nk tau wye ngan sape

    ReplyDelete
  7. semua sudah berangau-angauan,. haha.
    tibe-tibe kan, aku rasa adam cool. HAHA
    tp JD baek. oh aku keliru. HAHAHA.
    *over la kau Addi. ahah*

    sambung ooi sambung!!! :D

    ReplyDelete
  8. seriously, tgn ko ni kne mandrem jgk ke?
    u r so damn talented babe!
    keep up a wonderful work :D

    ReplyDelete
  9. hahaha :D
    aku reserve adam ngn JD kn?
    kau da jnji kn weh?
    aiman tu bg kay wye. haha :D

    *ohh, overnye aku. haha :D

    ReplyDelete
  10. ouhh..aku rasa macam adam hero jee..
    kenapakah??
    tapi dalam teaser jd hero??
    kenapakah??

    ReplyDelete
  11. ahaha.. iluv ur words!! bile u tulis die bukan tulang rusuk aqif.. ;)

    ReplyDelete
  12. sangat curious nak tau, who is the one for wye...=)

    ReplyDelete