Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, October 15, 2011

Skyline 2

Opie bersandar pada kepala katil. Galaxy Mini ditangan kiri dipegang erat-erat. Degup jantung semakin laju, seakan mahu melompat keluar dari badan.

“Opie..” Suara Jibek perlahan sahaja.

Opie menarik nafas panjang. “Hmm..”

“Assignment dah siap?” Jibek mati kutu, taktau nak mulakan conversation macam mana.

Opie tergelak kecil. “Dah. Kau dah lunch?”

“Dah, sebelum call kau tadi.”

“Oh..” Kaki dilunjurkan.

“Kau dah nak tidur ke?” Jibek rasa macam ada benda tak kena je dengan si Opie ni.

“Takdelah.” Nafas panjang ditarik dalam-dalam. “Lagipun esok Sabtu, kalau tidur lambat pun takpe.” Ceh, padahal kalau tidur lambat, dia jugak bising mata macam panda!

Buat seketika, mereka hanya diam. Kalau dalam cerita wayang, sekarang ni masa ada bunyi cengkerik. Opie diam. Jibek pun diam. Masing-masing tak tahu nak cakap macam mana.

“Dah baca email?” Tanya Jibek dan Opie, serentak.

“Dah.” Jawab Jibek dah Opie, serentak jugak.

Sekali lagi, mereka hanya diam. Diam bukan sebab tak tahu nak cakap apa tapi diam sebab tengah menahan malu. Hanya Jibek dan Opie sahaja yang tahu apa kandungan email kiriman masing-masing itu.

“Lagu tu, nice.” Opie bersuara kecil.

“Oh, thanks!” Jibek menghela nafas berat. “Lagu kau bagi tu pun, nice.”

“Lagu tu, ada apa-apa ke?” Opie sudah menarik-narik fringe supaya menutup mukanya. Confirm, muka tengah merah gila!

Jibek berdehem, kuat. “Ehem.. Lagu tu.. Lagu tu..” Jibek terus speechless.

“Aku fahamlah.” Opie tergelak kecil. "Radio, huh?"

Jibek menjulingkan matanya. "Dari orang tu, horizon kononnya." Perli Jibek sedas.

“Taufiq Hidayat.” Opie dah keluar aura naga-nak-menelan-orang.

“Safiyyah Abdullah.” Jibek, ikut saje si Opie.

“Iyelah, Iyelah.” Opie surrender. “I’ll be your radio.”

Jibek tergelak kecil. “I’ll share the horizon with you, Safiyyah.”

******

To: safiyyahAbdullah@gmail.com
Subject:

“I only pray you never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I take your hand and pull it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind.”

“Safiyyah, be my radio?”

*******

To:taufiqhidayat@yahoo.co.uk
Subject: :’)

“I keep your picture in my car
I hate the thought of you alone
I’ve been keeping busy all the time
Just to try to keep you off my mind
Trying to figure out the time zones making me crazy.”

“Taufiq, share the horizon with me?”


- the end -


* maaflah, cerita ni serious out of track.

11 comments:

  1. sekejap nye da habis....huhu...but nice....

    ReplyDelete
  2. tkde out of track pon. sweet gile cite ni wak! nak lg! ehehe

    ReplyDelete
  3. ala....
    nape dah hbes cik bulanhijau???
    sob3...(T__T)
    puh3...semoge cik bulanhijau masih dlm mood meroyan menulis lg...
    kihkihkih

    ReplyDelete
  4. perrrggghhh !
    terbaek la cik bulan .
    sangat sweet cite ni .
    asyik tersenyum je sambil baca .
    nak lagi . tak puas . hee~

    ReplyDelete
  5. how come sy baru perasan cerita ni????

    ayat diaorang sgt NICE~

    ReplyDelete
  6. uwaaa, that sweet. really love it. tersengih tau bce cite ni. thumbs to you sys.

    ReplyDelete