Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, September 17, 2011

Lapan Tahun 2

“Sorang je?” Tanya Apek sambil menarik kerusi yang bertentangan dengan Aida.

Aida mengangkat kepalanya memandang Apek. “Kau memang takkan nampak ada dua malaikat dekat kiri-kanan bahu aku ni, tu tak termasuk syaitan yang bersepah-sepah menari dekat sini.” Monoton sahaja suara Aida.

Apek tersenyum kelat. Dush, kena setepek depan muka! “Mana Qila?”

“Jumpa Fathi.” Biasalah, orang dah ada pakwe, memanglah selalu melekat je. “Mana Ajim?”

Apek angkat bahu. “Jumpa Anis.” Biasalah, orang dah ada makwe, mestilah lepak beramah-mesra dengan makwe. “Kau dah makan?”

“Puasa.”

Apek mengangguk lambat-lambat. Oke, now nak cakap apa lagi? “Kenapa kau tak approve friend request aku dekat facebook?”

Aida angkat bahu. “Aku tak bukak facebook pun lagi.” Ceh, padahal baru malam semalam dia bukak! Memang takdelah dia nak approve si Apek ni.

“Nanti jangan lupa approve tau.”

“Apa faedah kalau aku approve kau?” Aida menongkat dagu pada pensil mekanikal di tangan kiri.

Apek tarik senyum nampak gigi. “Kau dapat menambah kuantiti kawan.”

Aida mencebik. “Tak heran.” Kalau nak tahu, Aida ni cuma akan approve kalau orang tu betul-betul dia kenal. Kalau setakat ada mutual friends ramai, tapi dia langsung tak kenal, memang haramlah dia nak approve.

“Alaa, nanti kalau nak update pasal kelas, kan dah senang.” Apek taknak kalah.

“BBM je lah.”

Apek ikut menongkat dagu. “Kalau takde credit?”

“Kau hantar mail pakai burung hantu lah, macam dalam Harry Potter.”

Apek tergelak kecil. Banyaklah kau punya burung hantu. “Aida…”

Aida dah pelik bila Apek panggil dia tapi dengan tone yang lain macam. “Kau ni, kenapa?”

“Takde siapa yang marah ke, aku lepak dengan kau ni?”

Aida mengangkat bahu. “Maksud kau?”

“Pakwe. Kau?” Apek takut-takut nak menyebut perkataan ‘pakwe’ tu.

“Oh. Tak.”

Apek garu kening. “So, kau memang ada pakwe?”

Aida menjeling Swatch di tangan kiri. “Okelah, aku nak pergi surau. Jumpa dekat kelas nanti.” Helaian kertas A4 di atas meja, disusun kemas di dalam fail. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Apek menyembamkan wajahnya pada meja. Kenapa Aida biarkan soalan dia tanpa jawapan? Tahu tak, benda tu sangat menyeksakan?!

*****

“Kau nak pergi mana?” Tanya Ajim tatkala melihat Apek yang sudah menyarung polo shirt berwarna hijau lumut itu.

Apek mendaratkan cermin mata ala Johny Depp di atas batang hidung. “Makan.”

“Dengan Aida?”

Apek tergelak kecil. “Aida mana nak makan dengan aku.”

“Habis tu, dengan siapa?” Setahu Ajim, Apek ni mana ada awek! “Kau pasang awek, tak bagitahu aku, eh?”

“Dengan ayah Aida.”

Membulat mata Ajim memandang Apek. “What the?! Kau dah hilang akal ke?” Apek ni biar betul, slumber ayam je dia nak pergi makan dengan ayah Aida?!

Apek menggeleng lambat-lambat. “Aku ada terbaca satu artikel ni, dalam internet. Nah.” Sekeping kertas A4 dihulurkan kepada Ajim.

Ajim dah duduk tegak memandang Apek. Apek baca artikel dalam internet?! Memang sangat pelik! Kalau sebelum ni, artikel yang di copy-paste dari Wikipedia pun, mana pernah baca!

“If he’s serious and honest, he’ll go to your Wali and ask for you in a respect and honor way for Nikah, not go straight to you and showering you with sweet dreams and promises, keep you wondering and do nothing.”

Ajim memejam-celikkan matanya memandang Apek. Sesekali matanya kembali memandang helaian A4 di tangannya. “Kau ni, biar betul.”

Apek mengangkat bahu. “Aku tak pernah rasa serious macam ni.”

“Kau memang sukakan dia?”

“I’m really into her, Ajim. Deeply madly in love with her.” Apek dah tak keruan. Kalau dah siang-malam dok teringatkan Aida je, memang masuk kategori parah dia ni.

Ajim bangun dari duduknya. “Go for it, dude!” Bahu Apek ditepuk perlahan. “Aku doakan kau berjaya.” Eventhough tengah terkejut dengan berita yang Apek sampaikan tadi, Ajim still support setiap yang Apek lakukan selagi ia menuju ke arah kebaikan.

“Thanks, dude!”

*****

“Saya mintak diri dulu, uncle.” Apek bangun dari duduknya. Tangan Encik Karim dijabat penuh hormat. “Assalamualaikum.”

Aida memandang Encik Karim yang duduk bertentangan dengan dia. “Baba..”

“Kak Long sukakan dia jugak kan?”

Aida mengangkat bahu. “It’s too early, Baba.”

“Go and confront him. Tell him the truth.”

Aida tunduk menekur jari di atas riba. “Tapi, Kak Long malu.”

“Kak Long, dia dah nak balik tu. Baik kejar sebelum terlambat.”

“Oke.” Aida bangun dari duduknya. Cepat-cepat dia mengatur langkah keluar rumah. “Azfar!” Laung Aida sedikit kuat memandangkan Apek sudah berada di luar pagar rumahnya.

“Hmm..”

Aida berdiri betul-betul di hadapan pagar rumahnya. “Boleh kita cakap sikit?”

“Cakaplah.” Apek tidak jadi membuka pintu kereta.

“Hari nak hujan. Boleh kita cakap dekat dalam?” Jelas, petang itu cuaca agak mendung, semendung hati Apek.

“Kalau nak cakap sikit, dekat sini pun boleh.” Apek dah naik segan nak masuk balik rumah Aida. Nak berdepan dengan Encik Karim sekali lagi, fuhhh memang tidak!

Aida menjulingkan matanya. Tangannya cekap membuka pintu pagar, Aida berjalan mendekati Apek. “Kau serious ke?”

“Apa?” Apek buat-buat hilang ingatan.

Aida tunduk menekur kaki yang hanya bersarung selipar jepun gedabak milik Baba. “Pasal nak lamar aku tu?”

Nafas berat dihela perlahan. “Aku serious. Aku takkan paksa kau.”

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.” Aida bercakap dengan satu nafas.

Berkerut-kerut kening Apek memandang Aida. “Maksud kau?” Sungguhlah si Apek ni bukannya spesies manusia yang pandai dalam hal metafora ni.

“Well, yeah.” Aida menggaru kening kirinya. Macam mana nak cakap ni? “Allah dah makbulkan doa aku.”

“Duhhh.. aku tak faham.” Ini serious! Muhammad Azfar memang tak faham apa-apa!

“Takde pape lah.” Takkan nak suruh aku luahkan segala isi hati ni? Memang buat malu kaum perempuan, oke!

“Tu je, yang kau nak cakap dengan aku?” Apek rasa, Aida ni macam tak habis cakap je since dahi si Aida ni dok berkerut-kerut dari tadi.

Aida mengangguk lambat-lambat. “Yeah.”

“Then, aku balik dulu lah. Jumpa dekat kelas nanti.” Apek dah bukak pintu kereta. “Assalamualaikum.” Sebelah kaki dah melangkah masuk ke dalam kereta.

“Waalaikumussalam.”

Aida memandang bayang kereta Apek yang semakin hilang dari pandangannya. Like seriously, dia tak faham apa aku cakap tadi?! Urrgghh, slow betullah si Apek ni! BlackBerry di dalam poket seluar track dikeluarkan.

****

Apek menongkat dagu di cermin kereta. Tangan kiri mengetuk-ngetuk stereng kereta menanti lampu merah bertukar hijau. BlackBerry yang diletakkan di bawah tempat coins bergetar.

Hai. It’s me, Aida. I know, this might sounds weird but I have to tell you this. I like you. I like you, Muhammad Azfar. Tapi, aku sendiri tak tahu betapa jauhnya dan dalamnya rasa suka ni. I need my own space, my own time to think.

Frankly, aku tak tahu macam mana nak bercinta macam orang lain. And, I don’t do this couple-thingy. I hope you understand this well. Kalau kau betul maksudkan apa yang kau bagitahu Baba tadi, meet me after eight years from today. Exactly same date, same place, and same time.

Apek tergelak kecil selepas membaca ‘karangan’ pendek kiriman Aida tadi. “Aida, kau ni kelakarlah.” Tangan kiri cekap menukar gear apabila lampu isyarat bertukar hijau. “Tapi, aku suka. Jumpa kau lagi lapan tahun, Aida!”

*****

Siapa kata, tempoh lapan tahun tu lama? Eh, tak lama pun! Pejam-celik je dah lapan tahun. Oke, tipu. Lapan tahun tu sangat panjang kalau takde benda berfaedah tapi kalau kau student, lapan tahun tu sekejap je.

Tengok, hari ni dah lapan tahun. Maknanya, dah lapan tahun Aida dan Apek tak berjumpa. Masing-masing dah 27 tahun. Memang sesuai kalau nak kahwin.

“Tunggu siapa?” Faiz melabuhkan punggung di sebelah Aida.

Aida mengesot sedikit apabila dia rasakan Faiz duduk terlalu hampir dengannya. “Takde siapa.” Swatch di tangan kiri dijeling sekilas. Lagi dua minit, tepatlah lapan tahun.

Faiz menoleh sekilas memandang Aida. “Are you sure?”

“About what?”

“Pinangan I.”

“Oh.” Rombongan meminang dari pihak Faiz baru je pulang tapi si Faiz ni tak reti-reti nak balik rumah.

“You memang tengah tunggu someone, kan?”

Aida angkat bahu. “Lebih kurang.” Jawapan yang lebih tepat adalah ‘ya’.

“Am I the last resort?”

Aida memandang Faiz disebelahnya. “Takdelah. I belum bersedia lagi.”

“Tapi, kalau orang yang you tunggu tu datang, you akan terima dia?”

“InsyaAllah.” Swatch dijeling sekali lagi. Lagi seminit! Azfar, kau datang ke tak ni? “Kenapa tanya?”

Faiz angkat bahu. “Kalau you tolak pinangan dia, I masih ada tunggu you.”

Aida menarik senyum segaris. “Ramai lagi orang yang lebih sesuai untuk you. The one yang telah ditentukan Allah.”

“Kalau orang tu, adalah you?”

Aida angkat bahu. “Kalau I lari ke Antartika sekalipun, you tetap akan jumpa I.” Swatch dijeling lagi. Oke, dah genap lapan tahun tapi bayang Azfar langsung tak nampak.

“It’s going to rain, soon.” Langit memang mendung, sama macam lapan tahun lepas.

“Baik you balik sebelum hujan. You bukan boleh kena hujan, nanti demam.”

“You halau I?”

Aida menggeleng lambat-lambat. “Bukan halau.” Aida bangun dari duduknya. “Lagipun, tak manis kita duduk berdua dekat sini.”

Faiz ikut bangun. “Then, I balik dulu.” Kunci kereta dilambung-lambung. “In case, jejaka idaman you tu tak muncul, call me.”

Aida tergelak kecil. “I will.”

*****

“Duhhh.. Mana rumah dia ni?” Rungut Ajim yang duduk di sebelah pemandu.

Apek menggaru kening kirinya. “Aku tak ingatlah.” Tempoh lapan tahun memang mampu memadam segala memori.

“Cuba kau masuk lorong kiri ni, pulak.” Sejak dari sejam yang lepas, mereka berdua berpusing-pusing dekat taman perumahan ni.

Apek membelokkan keretanya ke kiri. “Kita bukan dah masuk ke lorong ni?” Dah boleh termuntah hijau sebab pening dek kerana dari tadi pusing sana-sini.

“Kau berhenti, berhenti sekarang.” Ajim dah keluar arahan mandatori.

“Kenapa nak berhenti pulak?” Takkan nak give up selepas satu jam? No way!

“Berhenti je lah!”

Apek akur. Kereta diberhentikan di bahu jalan. “Kau ni, kenapa?”

“Bak meh sini BB kau.” Ajim menghulurkan tapak tangannya. “Meh sinilah!” Ada jugak yang kena hempuk dengan aku ni nanti.

Apek mengeluarkan BlackBerry dari poket Baju Melayu. “Kau nak buat apa?”

Huluran BlackBerry disambut. “Kau ni lembab sangat. Apa nombor telefon Aida?” Kan, senang kalau telefon je tuan punya badan.

“Tak ingat.”

Ajim menjulingkan matanya. “Apa nama dia kau save?” Tengok, pening punya pasal, si Ajim ni cakap pun dah tak betul.

“Heartbeat.”

Ajim mencebik. “Heartbeat konon. Nombor dia, haram kau tak ingat.” Cemuh Ajim berang. Laju sahaja jarinya berlari di atas qwerty keyboard itu. BlackBerry milik Apek dilekapkan ke telinga. “Aida, rumah kau dekat mana? Jalan berapa? Nombor berapa? Kau ada dekat rumah tak sekarang ni? Parent kau ada sekali lah?” Tu dia, soalan keluar macam peluru machine gun!

BlackBerry kembali dihulurkan kepada Apek. “Hah, senang. Habis cerita.”

*****

“Ingatkan tak datang.” Aida berdiri di tepi pintu pagar. Urusan sudah selesai, Apek dan Ajim pun dah nak balik.

“Kau pergi masuk kereta dulu, panaskan enjin.” Kunci kereta dilambung ke arah Ajim. “Tunggu ke?”

Aida tunduk menekur lantai. “Lebih kurang.” Lidah ni kelu, tak tahu nak guna kata ganti nama yang mana satu. Aku-kau ke? Saya-awak ke? Atau I-you macam denga Faiz?

“Tadi, Baba cakap ada orang datang meminang. Betul ke?”

“A’ah.”

“Kenapa tolak?”

Aida menjulingkan matanya. “Dah janji nak jumpa lepas lapan tahun, kan.”

“So, you still like me eh?”

Aida menggaru kening kirinya. “Entah.”

“Kalau entah, kenapa tunggu?”

Aida berdiri sambil mencekak pinggang. “Kau ni, kenapa?” Hambek, Aida dah mengamuk! “Kan aku dah cakap, aku tunggu kau. Tak reti bahasa lagi?”

“Weh, chill lah.” Terkejut jugak tengok Aida ni mengamuk. “Aku main-main je.”

“Main-main, cancel nanti baru tahu.”

“Eh, janganlah cancel! Barang hantaran, rumah, kereta, semua dah siap. Tinggal nak langsung majlis je ni.” Memang si Apek ni buat persiapan main syok sendiri. Suka hati dia je pergi tempah segala macam kad jemputan dengan hantaran kahwin.

“Serious?”

“Serious lah.” Memang gila. Tempoh lapan tahun yang Aida bagi, memang dia manfaatkan dengan simpan duit. Bila cuti semester, orang lain sibuk bercuti sakan, tapi dia pergi cari duit. Nak kahwin dengan anak dara orang ni, mestilah nak pakai banyak duit!

Aida menarik senyum segaris. “So, bila nak langsung?”

“Bulan depan?”

“Hah?!”

“Awal sangat ke?”

Aida menggeleng laju. “Kenapa tak minggu depan je?”

Apek tersengih nakal. “Kau tak sabar nak kahwin dengan aku, eh?” Hehehehe..

Aida mencebik. “Hello, umur aku dah 27 tahun. Mak aku dah bising suruh kahwin.”

Apek mengetuk dagu. “Hmm.. Kalau macam tu, kita langsung hujung minggu ni je lah. Kita tak payahlah buat kenduri, kita buat mana yang wajib je dulu.”

Membulat mata Aida memadang Apek. “Kau gila ke hape ni?!”

Apek mengangkat bahu. “Aku memang dah lama gilakan kau.”

“Duhh.. cut the crap!”

Apek bersandar pada pagar rumah. “So, lepas kahwin nanti, kau nak panggil aku apa?”

“Panggil apa?” Aida buat-buat tak faham.

“Oke, kau panggil aku, Abang.”

“Euuuwww! Geli, oke!” Ada ke nak suruh panggil, Abang? G-e-l-i.

Apek menjulingkan matanya. “Habis tu, nak panggil apa?” Bukan selalu orang panggil suami dia, Abang ke?

“Kak Long!” Encik Karim sudah berdiri di muka pintu. “Lah, Azfar tak balik lagi?”

Apek tersengih-sengih. “Belum, Baba.”

Encik Karim tergelak kecil. “Kalau dah tak boleh nak berenggang, esok pun dah boleh kahwin.”

Apek angkat-angkat kening sambil pandang Aida. “Tengok, Baba pun suruh kita nikah cepat-cepat.”

Aida mencebik. “Dah lah, aku masuk dulu.” Aida berdehem kecil. “By the way, aku lagi suka panggil kau, sayang.” Aida terus meninggalkan Apek. Bukannya apa, confirm pipinya sekarang tengah merah gila!


- TAMAT -

27 comments:

  1. so sweet .
    kalau la dapat jumpa orang yg sanggup tunggu 8 tahun cam azfar ni .
    best la cik writer !
    good job !
    keep it up ! ^^

    ReplyDelete
  2. fuhhhh,suke yg ketat2 seh!..

    ReplyDelete
  3. sweeeeeeet. HA HA. thanks bulanhijau. :)

    ReplyDelete
  4. cair. cair . cair. ooh! plez buat cite sweet cenggini lagi. hehehe. 8 thaun sggup tggu tu. hebat!

    ReplyDelete
  5. comelnya! sangat sweet and yes, cinta suci itu hanyalah cinta yang terjalin selepas akad nikah :D

    ReplyDelete
  6. best2..sweet je azfar n aida....happy ending....

    ReplyDelete
  7. sweetnye.
    yup..cinta selepas kahwin lagi indah.

    ReplyDelete
  8. aaahhh!!!
    sukanya cik bulan!!!
    hehe...itu je yg dpt komen.x terkata sweetnya aida dan azfar last scene ni. hahaha...

    ReplyDelete
  9. like like like!!nak lagi cerita baru :)

    ReplyDelete
  10. Abg ipar should read thisssss! Hehe =)

    ReplyDelete
  11. Sweet sangat cerita ni.... terbaikkk...

    ReplyDelete
  12. Sweeeetttt sangat apek dan aida ni....

    ReplyDelete
  13. so sweeetttt adam dan aida ni...

    ReplyDelete
  14. alaaa....
    comey sgt citer nie....
    hik hik hik..

    ReplyDelete
  15. kak bulan , quote yang dekat atas tu, akak dapat kat mana eh ?

    ReplyDelete
  16. comel la.....
    nk tanya ni..
    diorg study ni kat uitmpp ea..??
    mcm same aje suasna yg di ceritakan...
    coz sy pon blaja kat situ jugak..n course pon elktrik jugak..
    hehe...
    good job..thniah..

    ReplyDelete
  17. feuw! mujur penamatnya suweeet, okey.

    Lately ni kita banyak sangat baca n tonton cerita2 tragis. Masa nak habis membaca ni, dlm kepala dh terbayang2... janganlah Apek tetiba exicent... lepas tu Ajim call Aida, cakap, " Aida. Apek dah tak ada." pastu Aida jawab, " dia pergi mana?". Laps tu Ajim bgtau Apek terkorban dlm excident tu. Lepas tu Aida terkejut sampai jatuh terduduk. N then Faiz pun dtg tenangkan dia. Lepas tu Aida cakap," Dia dah tak ada Faiz. Dia dah tak ada dalam dunia ni lagi." Lepas tu Aida menangis. huhuhuhu. (Berapa banyak da lepas tu... hahahaha) Oh, okey. Nampaknya, kita masih terbawa2 dgn cerita2 tragik yang dibaca n ditonton.

    Apapun, kita nak kata... Thanks Cik Bulan... untuk sebuah lagi kisah yang manis ini ^_^

    ReplyDelete