Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Sunday, June 5, 2011

Beautiful Night 15


Aufa sudah berpeluh-peluh berdiri di tepi kanan dewan. Mana pulak diorang ni? Tadi bukan dah janji nak jumpa dekat sini ke? Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Takkanlah tak turun lagi? Rasanya ramai tetamu yang hadir dah keluar dari dewan.

“Nurul Aufa kan?” Tanya seorang lelaki berkaca mata berbingkai hitam. “Tak kenal aku ke?” Tanya lelaki tadi lagi apabila Aufa hanya diam.

Aufa memandang pelik lelaki yang berdiri berhadapan dengannya itu. Aku kenal ke mamat ni? “Kita kenal ke?” Manalah tahu, kawan sekolah rendah dia ke dulu mamat ni.

Refleks lelaki tadi menepuk dahinya. “Ini Ariflah.” Bersungguh-sungguh Arif memperkenalkan dirinya. “Arif, saudara Aqil.” Kalau dah sebut nama Aqil pun tak ingat, memang parahlah si Aufa ni.

Aufa mengerut dahi. Tapi apa pasal muka mamat ni macam pernah nampak je? “Hah!” Aufa terjerit kecil. “Yang photographer masa kahwin dulu tu kan?” Aufa memetik jari dihadapan Arif.

Arif mengangguk laju. “Haa.. ingat pun!” Arif meliarkan matanya memandang sekeliling. “Mana Aqil?” Baru dia perasan Aufa keseorangan sekarang ni.

Aufa mengangkat bahu. “Tak tahu. Tadi janji nak jumpa dekat sini. Tapi, tak nampak pun batang hidung dia.” Sudahlah dia berdiri lagak Tugu Negara sekarang ni, dengan jubah konvo belum dibuka lagi, ditambah dengan cuaca yang panas terik ni, memang terbaiklah!

Arif menyeluk sakunya seluarnya. “Tak cuba telefon dia? Manalah tahu, dia salah tempat ke?” Telefon bimbit jenama HTC dikeluarkan.

Aufa menarik sengih. “Handphone saya, Mak saya yang pegang.” Tadi sebelum masuk ke dalam dewan, dia sempat menyerahkan sling bag kepada Puan Leha.

Arif mengangguk laju. “Kejap, saya cuba call dia.” Arif melangkah menjauhi Aufa   . Selepas beberapa minit, Arif kembali mendekati Aufa   . “Aqil, he’s on his way.”

“Dia sesat ke?” Terpacul terus soalan yang tak sempat diproses itu. “Kenapa awak ada dekat sini?” Apa si Arif ni buat dekat sini? Girlfriend dia konvo jugak ke?

Arif menggaru pelipis kanannya. “Aqil takde cakap apa-apa ke dekat awak?” Takkan Aqil tak cakap dekat Aufa pasal sesi fotografi untuk mereka berdua tu?

Aufa menggeleng perlahan. “Takde. Kenapa ye?” Macam mana nak cakap, kalau berselisih bahu dalam rumah tu pun, takdenya Aqil pandang muka dia. Marah sangatlah tu!

“Aqil, dia suruh saya ambilkan gambar konvo awak.” Jawapan Arif memang berjaya memeranjatkan Aufa   .

“Hah?!” Aufa terjerit kecil. “Ambil gambar yang macam mana ni?” Mati kutulah dia nak fikir pose nanti, sudahlah dia memang sudah membuat temu janji dengan jurugambar dari Shah Alam.

“Gambarlah. Gambar awak dengan jubah ni, gambar baling bunga, gambar senyum dengan kawan-kawan.” Ringan sahaja mulut Arif berceloteh.

Aufa menggaru keningnya. “Banyak ke frame yang awak nak ambil?” Rasanya, kalau Arif tak jawab pun, macam boleh dijangka jawapan yang bakal dia terima. Tengok sahaja album gambar kahwinnya yang melambak dekat rumah tu, semunya hasil kerja tangan Ariflah.

Arif mengangkat bahu. “Ikut suka awaklah.” Lagipun, dia bukannya kenakan apa-apa bayaran pun. “Kalau nak ambil sampai dua ratus pun takpe, nanti kita pilih yang terbaik je lah.”

Aufa rasa macam nak pengsan bila dengar perkataan ‘dua ratus’ tu. Mahunya dia keras kejung depan kamera nanti. “Saya tak pandailah benda-benda macam ni.” Ceh, padahal Aufa ni adalah orang yang paling pantang nampak kamera!

“Alah, semua orang cakap macam tu. Tapi bila dah depan kamera, posing mengalahkan model.” Arif cuba menenangkan Aufa   . Apa pasal yang macam cuak sangat je ni? “Haaa.. Aqil! Sampai pun kau.” Suara Arif terjerit sedikit apabila ternampak Aqil yang melangkah menghampiri mereka.

Sorrylah, bro. Aku tunggu sebelah sana.” Aqil dan Arif berjabat tangan. Sempat dia melemparkan senyuman kepada Aufa   .

Arif menggeleng perlahan. “Takde hal. Aku pun baru je sampai ni.” Memang dia baru sampai pun tadi. Elok je dia naik ke atas dari tempat parkir kereta, dia terus terpandangkan Aufa yang berdiri seorang diri. “Kita nak tangkap gambar dekat mana ni?” Tak sabar rasanya dia mahu merakamkan gambar saudara iparnya ini.

Aqil menjeling jam di pergelangan tangan. Hampir jam dua belas tengah hari. “Kita pergi makan dulu. Lepas makanlah baru tangkap gambar. Boleh kan?” Kesianlah pulak bila mengenangkan Aufa yang sempat menjamah roti sahaja pagi tadi.

Arif tergelak kecil. “Aku takde hal. Janji, kau yang belanja.” Arif menepuk-nepuk perutnya.

“Tapi, saya ada janji dengan seorang photographer ni.” Celah Aufa tiba-tiba. Kini, tiga pasang mata memandang tepat ke arahnya. “Dia nak ambil gambar saya dengan kawan-kawan.” Jelas Aufa walaupun pendek.

“Pukul berapa janji dengan orang tu?” Tanya Aqil sambil memandang Aufa yang berdiri di hadapannya.

Aufa menjeling sekilas jam di pergelangan tangannya. “Sepatutnya, sekarang.” Jurugambar tu cakap, lepas sahaja tamat majlis, dia akan terus ambil gambar mereka semua.

“Aufa   !” Suara seorang gadis memecahkan tegangan suasana di antara mereka berempat. “Orang tu dah sampai.” Ayu menelan liur yang dirasakan pahit. Apa pasal semua orang pandang aku macam nak telan je?

Okay.” Aufa menjawab pendek. “Awak pergilah makan dulu, nanti saya datanglah sana.” Aufa cuba bertentang mata dengan Aqil.

“Takpelah, biar Mak temankan Aufa   .” Celah Puan Leha. Dia sebenarnya perasan, anak dan menantu ini sedikit dingin. “Aqil pergilah makan dengan Arif dulu.” Puan Leha menarik senyum segaris.

Aqil mengalih pandang memandang Puan Leha. “Takpelah, Mak ikut sekali kami makan. Nanti, pandailah Aufa datang sendiri.” Aqil sempat menjeling Aufa yang masih berdiri menekur kaki itu.

Puan Leha menggeleng perlahan. “Takpe, Mak belum lapar lagi. Nanti bila dah sudah, kami datang sana.” Puan Leha cuba memujuk Aqil.

Aqil menghela nafas berat. “Kalau macam tu, ikutlah mana-mana pun.” Aqil sudah mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya. “Kami jalan dululah kalau macam tu. Assalamualaikum.” Pamit Aqil, sempat dia mencuit bahu Arif.

********

“Kau tu, bila nak kahwin? Takkanlah nak kahwin dengan gambar-gambar potret kau tu?!”Sengaja Aqil memerli Arif.

Arif tergelak besar. “Lepaklah, aku muda lagilah.” Padahal, umurnya dah Aqil sebaya. “Kalau aku nak kahwin pun, aku nak cari perempuan macam Aufa   .” Jujur sahaja Arif menjawab.

Aqil mengerut kening. “Apa pasal nak cari yang macam dia pulak?” Pelik juga dia apabila Arif ni merupakan orang kedua yang berkata ‘kalau nak cari isteri, aku nak cari yang macam Aufa’.

“Kau ni, biar betul? Takkanlah dia dah ada depan mata kau ni, kau tak nampak lagi?” Kadang-kadang, dia ada juga merasakan Aqil ni gay, memandangkan Aqil ni macam takde perasaan je dekat perempuan.

“Nampak apa pulak?” Aqil pelik. Pada mata dia, Aufa tu memanglah cantik. Tapi cantik tu sampai bila je boleh bertahan? Kalau umur dah masuk lima puluh, berkedut jugak pipi tu.

Arif rasa maacam nak cekik je Aqil yang duduk di hadapannya itu. “You’re kidding me, bro!” Arif macam tak percaya. “Kau tahu tak, perempuan yang macam Aufa tu, satu dalam sejuta tahu tak?!” Biar betul Aqil ni?

Aqil duduk menyandar. “Kau bagitahu aku, apa yang kau nampak dekat Aufa tu.” Kadang-kadang pandangan orang luar ni, ada bagusnya jugak.

“Kalau nak aku cakap, banyak benda aku suka pasal si Aufa ni.” Jujur sahaja Arif menjawab. Agaknya, kalaulah Aqil ni orang lain, mahu lebam biji matanya sekarang ni.

“Kau nak cakap dia lawa ke?” Aqil bertanya malas. “Ke, kau nak cakap yang dia tu macam bidadari dari kayangan?” Jengkel sahaja Aqil bertanya.

“Takkanlah kau tak pernah seditik pun rasa, Aufa tu lawa?” Arif bertanyakan soalan cepu emas. Hah, jawab jangan tak jawab!

Aqil menjungkitkan keningnya. “Kau dah lari tajuk, kau sedar tak?” Aqil cuba melarikan diri dari menjawab soalan Arif tadi.

“Kau tu, boleh tak jawab je soalan aku tadi?” Kini giliran Arif pula menjungkitkan keningnya. “Kau rasa, Aufa tu lawa ke tak?” Arif mengulangi soalannya tadi.

“Memanglah dia tu lawa.” Akhirnya, Aqil menjawab juga soalan si Arif tu. “Kalau dia lawa pun, kenapa?” Macamlah kalau lawa tu, boleh tutup segala cacat cela.

Arif menggeleng perlahan. Parah betul saudara aku sorang ni! “Dia lawa. Tu, memang tak boleh dinafikan lagi.” Arif berhenti seketika. “Tapi cuba kau tengok dia betul-betul, dia tu lain dari yang lain.”

“Apa yang lainnya?” Aqil masih tak faham. “Kau ni kerja jadi photographer ke sasterawan negara?” Perli Aqil sedas.

“Kau tahu tak, masa kau dengan dia tunang hari tu.” Arif sudah membuka cerita. “Akulah di antara manusia yang cemburukan kau.”

“Memanglah kau jealous sebab aku tunang dulu dari kau.” Potong Aqil sebelum sempat Arif menghabiskan ayatnya.

“Bukan sebab tu lah.” Marah Arif. “Aufa tu, macam jelmaan bidadari kau tahu? Memanglah kau ada cakap, dia tu tak pandai masaklah hape lah, tapi kalau kau tolak semua tu ke tepi, kau akan nampak betapa istimewanya Aufa tu.”

Aqil menggelengkan kepalanya. “Aku tak faham.” Kalau si Arif ni dah bercakap berkias sana, berkias sini, memang sampai hujung tahun depan pun belum tentu dia akan faham.

“Balik ni, kau cuba tenung si Aufa tu. Cuba kau perhatikan gerak-geri dia, nanti kau akan faham apa yang aku cakap ni.” Belum sempat Arif mahu menghabiskan ayatnya, BlackBerry milik Aqil berbunyi tanda ada panggilan masuk.

“Kitorang dekat restoran Arab belakang Masalam tu.” Aqil terus menamatkan panggilannya.