Jam menunjukkan tepat jam 2 petang. Wye dan Dee masih berbaring di atas katil masing-masing. Tak sangka, minggu ni merupakan minggu terakhir mereka belajar. Minggu depan dah start Study Week.
“Dee.. study week kau balik rumah?” Ngumam Wye
Dee yang tidur-tidur ayam tadi terus terjaga. “Haa?” Dee sedikit blur.
“Study Week, kau balik rumah?” Ulang Wye.
Pipi dikembung-kembungkan, otak dikerah untuk berfikir. “Tak tahu. Kau?” Soalan dijawab dengan soalan.
Wye mengangkat bahu. Dari posisi terlentang, Wye beralih ke meniarap lalu tangan ditongkat pada dagu. “Macam nak balik tapi…” Sengaja Wye berhenti pada perkataan tapi, memaksa Dee untuk berfikir sendiri.
Dee meniarap mengikut jejak Wye, wajah rakannya dipandang lama. “Tapi Aiman takde, so takde siapa nak layan kau” Teka Dee.
Bull’s eye! 100 markah untuk anda! Wye menarik sengih malu. “Memandai je kau!” Selindung Wye malu-malu. Pipi dah mula memerah. Tu diaaaa.. dah keluar aura kucing gatal, mulalah nak tersipu-sipu tergedik-gedik!
Refleks Dee membaling bantal peluknya ke arah Wye. Pap! Betul-betul kena muka Wye. Wye dah mengangkat kening kirinya menandakan kau-nak-carik-gaduh-dengan-aku-ke.
Dee menjelir lidahnya. Bwwweekk ! “Kau tak payah nak sorok-sorok dengan aku” Ejek Dee. “Kau transparent sangat” Sambung Dee lagi.
Wye mencebik. Transparent lah sangat. Alaaaa.. Aiman tu Abang je. ABANG je okay! “Tapi….. betul jugak apa yang kau cakap tu” Ngaku Wye malu-malu. Zappp! Automatik darah menyerbu naik ke muka.
Wye menutup pipinya yang mula memerah. Blusher Simply Siti pun tak merah macam ni weh! Lately ni, macam allergic sikit dengar nama Aiman. Bila dengar je, automatic pipi rasa panas semacam. Pelik kan?
*****
Aiman jadi tak focus dalam kelas. Dalam kepala ni asyik ingatkan Nurul Yisha Muhammad Yusri tu je. Dari pagi tadi, pandang apa pun nampak Wye. Pandang muka lecturernya PM Abu tu pun nampak macam Wye. Hahahahahaha !
Faliq yang sedang makan, perasan Aiman dari tadi dok tersengih-sengih tak tentu hala. “Kau sengih-sengih macam tu, buat aku meremang weh” tegur Faliq
Automatik Aiman tersedar dari dunianya sebentar tadi. “Haa?” Aiman masih blur.
Faliq yang baru selesai menghabiskan makan tengah harinya memandang Aiman sekilas. “Semenjak balik dari KL ni, kau asyik sengih je” Ujar Faliq. “Yang aku belajar dulu, senyum tu sedekah. Sengih tu tak tahulah pulak” Sambung Faliq
Aiman menggaru keningnya. Aduhh, parah dah aku ni! “Obvious sangat ke?” Aiman musykil.
Faliq rasa macam nak ketuk kepala Aiman dengan buku setebal 2 inci. “Kalau tak obvious, aku tak tanya weh” Perli Faliq.
Aiman menarik sila lalu bersandar pada dinding. “Aku rasa macam nak suruh Mak aku pinang Wye tu sekarang jugak” Luah Aiman jujur.
Dah lama fikirkan pasal mahu meminang Wye, tapi Aiman takut Wye akan lari darinya. Bukannya apa, hubungan mereka sudah akrab seperti abang dan adik.
Faliq memetik jarinya. Tap! “Brilliant!” Puji Faliq. “Aku nak jadi pengapit kau” Sambung Faliq lagi.
Aiman menggeleng perlahan. Kawan aku seorang ni lahh.. nak cakap tak pandai, budak dean’s list every semester, tapi boleh pulak dia fikir pendek macam tu?!
“Benda nikah kahwin ni, bukan benda kecik weh” Ujar Aiman tenang.
Bukan senang nak kahwin dengan anak dara orang. Nak kena pikul tanggungjawab lagi, mana nak fikir pasal makan-minum-pakai, dan banyaklah lagi benda nak kene fikir.
Faliq mengangkat bahu. “Ikut suka hang lah labuuuuu..” Ujar Faliq lalu bangun menuju ke bilik mandi untuk mencuci tangannya yang semakin kering.
Aiman memandang kosong dinding di hadapannya. Matanya terkedip-kedip mengenangkan apa yang menimpanya sekarang ini. Dia pun tak sure bila dah start sukakan Wye atau lebih tepat cintakan Wye. Apa yang dia tahu, Wye memang sangat special.
*****
JD mengintai Wye dari sebalik rak-rak buku. Takde kerja betul, boleh pulak dia mengekor je Wye sehari ni. JD cepat-cepat berpura-pura mencari buku apabila ternampak Wye menghampirinya.
“Ehem.. ehem..” Tegur satu suara.
JD berpaling ke belakang. Macam nak tercekik je chewing gum bila nampak Wye berdiri di depannya. “Eh… Hai” Ujar jadi sedikit gagap.
Wye menarik senyum segaris. “Aku ni ada cantik macam Megan Fox ke?” Tanya Wye tiba-tiba.
JD mengangkat kening 3 saat. “Huh?” JD buat-buat tak faham walaupun faham sangat dengan soalan Wye tu.
Wye mencebik. “Kenapa kau ikut aku sepanjang hari ni?” Tanya Wye straight forward.
Gulp! Haaa.. sekarang memang tercekik chewing gum. “Hmmm….” JD terus kelu. Ah, damn!
Wye menggeleng perlahan. “Sungguhlah kau ni menyeramkan” Ujar Wye.
“Kau lagi cantik dari Megan Fox” Ujar JD jujur.
Zap! Darah menyerbu naik ke muka dan menyebabkan tindak balas di mana pipi mula memerah macam kena air panas.
“Errrr…” Kini giliran Wye pula mendiamkan diri. Wye menggaru pelipisnya.
Tanpa pamitan, JD terus meninggalkan Wye. Ohho, she’s blushing! JD menarik senyum sepanjang keluar dari perpustakaan.
Wye yang masih terkejut kembali sedar selepas kelibat JD hilang dari pandangan. He really freaks me out!
*****
Aiman memandang kosong laptop yang sedari tadi menyala. Apa nak buat ni? Satu kerja pun tak jalan. Assignments dah menimbun, tapi satu pun tak terbuat. Dalam kepala otak ni dok fikir pasal Wye je.
Aiman mengambil handphonenya di atas katil. Nombor handphone milik Wye di dail.
Tutt.. Tutt.. Tutt.. Tutt..
Selepas 4 deringan, panggilannya di jawab oleh Wye. Suara Wye yang sedikit perlahan berjaya membuat Aiman pelik.
“Dekat mana ni?” terjah Aiman tanpa salam.
“Library” Bisik Wye.
“Ohh. Takpelah kalau gitu”
“Eh, kejap-kejap” Tegah Wye.
Aiman menjeling jam di pergelangan tangan. Dah pukul 4 petang, Wye tak balik lagi ke? Lama betul bertapa dekat library.
“Haa.. ada apa?” Suara Wye kembali normal.
“Dekat luar library?” Soalan Wye di jawab dengan soalan oleh Aiman.
Wye mengangguk. “A’ah”
“Lahhh..” Aiman sedikit kesal. Takkan sebab nak jawab panggilannya, Wye sanggup keluar dari library.
“Kenapa call ni?” Tanya Wye sedikit pelik.
Aiman tergelak kecil. “Aku call pun pelik ke?” Tanya Aiman. Seingatnya, dia memang selalu menelefon Wye.
Kini giliran Wye pulak tergelak. “Takdelah, selalu kau call malam”
Aiman menggaru keningnya. “Minggu depan study week kan?” Tanya Aiman.
“Takdelah, study week lagi 2 minggu tapi kelas semua dah habis” Terang Wye.
Aiman mengangguk. “So, study week balik rumah?”
Wye menjeling sneaker pada kaki. “Balik kot”
Aiman menghela nafas panjang. “Any last request sebelum kau exam? Tandori ke? Oreo Cheese ke? Movie marathon ke? Pergi Genting ke?” Tanya Aiman prihatin.
Wye mengetuk-ngetuk dagunya. Wuwuwu.. Masa ni lah nak kebas duit Aiman! “Kalau aku mintak ni, kau boleh ke tunaikan?” Tanya Wye sedikit musykil.
“Kalau kau mintak banglo sebijik, memanglah aku tak mampu nak tunaikan” Jawab Aiman.
Wye mencebik. “Takpelah, kau focus lah dekat study. Lagipun, mesti banyak benda nak settle, kau kan tengah final year”
Aiman mengangguk faham. Betullah tu, dia memang tengah final year tapi berlagak macam budak first year. Orang lain sibuk buat assignment, dia pulak sibuk fikir benda lain.
“Tapi kalau kau nak belanja aku tandori lagi satu round pun, apa salahnya” Ujar Wye tiba-tiba
Automatik Aiman menarik senyum. “Okay, jumpa masa kau study week” Putus Aiman tanpa ragu.
“Okaylah, aku kena sambung buat assignment” Pamit Wye. “Thanks for calling, Assalamualaikum” Ujar Wye sebelum menamatkan panggilan
Orang ramai yang lalu-lalang langsung tidak menarik minat Wye. Wye menarik senyum panjang mengingatkan apa yang berlaku di antaranya dan JD sebentar tadi.
Tanpa Wye sedari, ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh. JD menarik senyum segaris. Walaupun hanya dapat melihat Wye dari jauh, itu sudah memadai dari tiada langsung!
*****
Wye berdiri di hadapan cermin sambil mengemaskan lipatan tudungnya. Dee yang baru selesai mengaji di pandang sekilas.
“Nak pergi library mana?” tanya Dee sambil melipat telekung lalu digantung pada hanger.
Wye yang sedang memasukkan buku ke dalam bag terus mengalih pandang. “Kita pergi library yang dekat Fakulti Bussiness tu nak?” Wye meminta pendapat Dee.
Dee mengetuk dagunya. Hmm.. “Boleh jugak. Takut dekat fakulti kita tu penuh, payah pulak nak patah-patah balik” ujar Dee.
Wye mengangguk perlahan. Nak buat macam mana, library di fakultinya tu memang kecik kalau nak dibandingkan dengan library di Fakulti Bussiness tu.
Dee meletakkan tudung berwarna kelabu di atas kepala lalu dipinkan elok di bawah dagu. “Nak makan sekarang ke? Ke nak tunggu balik library je?” tanya Dee sambil menjeling jam di pergelangan tangan.
Wye mengangkat backpack lalu digalas pada bahu. “Aku macam kenyang lagi ni, tapi kalau kau nak makan dulu pun takpe, aku temankan je”
Kini giliran Dee pula menggalas backpacknya. “Takpe lah, kita makan balik nanti je lah. Satgi kalau perut kenyang, mengantuk pulak”
Wye mengangguk perlahan. Betul jugak tu, lagi-lagi kalau duduk dalam library yang sejuk tu, memang ubat tidur semulajadi !
Sebelum keluar dari bilik, Wye sempat mengambil Mentos di dalam laci meja study. Haaa.. Mentos adalah ubat yang agak mujarab bagi penyakit mengantuk!
*****
Wye dan Dee mendaki setiap anak tangga library. Fuhhhh.. akhirnya sampai jugak tingkat 3! Wye menjengah kepala untuk melihat kapasiti di tingkat 3. Ohhooo.. ramainya orang!
“Ramai ke?” tanya Dee pelik melihat muka Wye yang berkerut-kerut tu.
Wye menggerakkan kepalanya ke kanan dan ke kiri. “Agaklah”
Kini giliran Dee pula menjenguk. Wow! Almost full. “Moh le kita masuk, orang pandang pelik je bila kita tercegat macam Tugu Negara ni” ajak Dee.
Wye mengikut langkah Dee. Sampai sahaja di bahagian tengah library, mereka berpecah mencari meja masing-masing. Dee lebih gemar duduk di meja yang berbentuk seperti kubikel manakala Wye lebih selesa duduk di meja besar.
Wye duduk di meja belakang sekali. Kerusi yang menghadap dinding belakang di tarik. Wye menadah tangan membaca doa sebelum belajar lalu buku setebal 2 inci yang bertulis ‘Digital System’ oleh Tocci itu diselak.
Tok! Tok!
Wye mengangkat kepala apabila tepi mejanya diketuk perlahan. Apa kejadahnya kacau aku ak study ni?! Kening kiri diangkat tinggi.
“Yes?” tanya Wye bengang.
JD menarik sengih. “Aku nak duduk sini boleh?”
Wye mengangkat keningnya lagi sekali. “Tak boleh” jawab Wye pendek.
Eh! Eh! Wye rasa macam nak menjerit bila JD dengan slumbernya melabuhnya punggung duduk di mejanya. Apa tak faham bahasa ke?!
“Kau jangan risau, aku tak kacau kau study pun” ujar JD sebelum Wye sempat membuka mulut.
Wye mendengus perlahan. Eeeeeee.. tak tenanglah aku nak belajar! Wye menarik muka cemberut. Helaian buku setebal 2 inci itu diselak kasar.
“Kau memang suka subject Digital eh?” tanya JD cuba menghidupkan suasana.
Wye mendekatkan jari telunjuk kiri ke bibirnya sambil tangan kanan menyelak-nyelak helaian muka surat. Diam! Diam!
JD mengangkat bahu. “Okay, aku diam”
Wye menarik senyum mendengar ayat yang keluar dari mulut JD. Hahahaahah!
lagi lagi! tak sabar nak tunggu ending nehh. hehe :)
ReplyDeleteauwww...
ReplyDeleteaiman sila bertindak sebelum JD masuk line.terima kasih.
=)
to Aiman: Jgn tngu lama2, nti lama2...wye kena kebas dgn JD.
ReplyDeleteHa...time tu bru nk melopong..
Bulan, best2! =)
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :DD
ReplyDeletehe's really scary man
ReplyDelete-syazana
boleh tak lau tak nak JD?
ReplyDeletehuhu
tak nak. tak nak.