“Excuse me... tumpang lalu.”
Bunyi derap langkah sayup kedengaran.
“Coming through...” Tanpa sedar, dia terus berganjak dari tempat dia berdiri- memberi laluan kepada empunya suara tadi.
Buk.
Buku di dalam pelukan terjatuh ke lantai. Badannya terdorong ke depan. Refleks, tangan kanan menahan pada dinding supaya dia tidak ikut jatuh.
“Shit.”
Laju dia menoleh ke arah pemilik suara garau tadi. Memicing matanya memandang jejaka yang sedang tunduk mengutip buku di atas lantai. “Ni jalan pakai mata ke pakai lutut?!”
“Jalan pakai kakilah.” Selamba jejaka tu menjawab. “Sorry, saya nak cepat.” Buku di tangan dihulurkan.
“Lepas tu janganlah sampai nak menyusahkan orang.” Getusnya bengang. Moodnya memang kurang baik pagi ni. Memang nasiblah mamat ni kena jerkah.
“Evangelina, kan?”
Terjongket sedikit kening kirinya mendengar nama sendiri disebut jejaka tadi. “You ada masalah ke dengan nama I?”
Jejaka tadi tergelak kecil. “I like your name.” Kepalanya digelengkan. “By the way, I’m Arep.” Bibirnya masih terlukis senyuman.
Eva geleng kepala sebelum dia kembali menaiki anak tangga untuk ke tingkat empat. Tanpa sedar, bibirnya menarik senyum pendek.
“See you in class!”
Senyuman di bibirnya terus mati. We’re classmates, huh? Sejujurnya, dia tak pernah ambil tahu dan kenal siapa rakan sekelasnya kecuali Dira. Dia tak perlukan kawan mahu pun kenalan untuk menambah rencah drama dalam hidupnya.
Nama aku Evangelina Abdullah. You can call me, Eva for short. Aku membesar dalam keluarga yang agak senang tapi belum masanya lagi untuk aku bercerita tentang latar belakang keluarga aku. Kalau bukan kerana sekeping surat tawaran yang diterima empat tahun lepas, dia takkan pernah tahu apa erti kebebasan.
Dan, setiap kebebasan itu ada bayarannya. Bayaran yang dia perlu tanggung sehingga sekarang. Bayaran yang akan sentiasa menghantui hidupnya. Setengah orang fikir tugas menghukum itu jatuh pada tangan manusia.
Ya, dia tahu bukan senang untuk dia hidup bebas tanpa pandangan jelik orang sekeliling. Sebab itulah saat dia buat keputusan untuk hidup bebas, dia tanamkan dalam diri untuk pekakkan telinga dengan cemuhan. Orang luar takkan pernah faham apa yang dia terpaksa lalui.
This is my story to tell- my hidden truth. This is about me, myself and my hidden truth. I ain't a saint, I’m full of flaws. Warning: this is not an easy ride, there will be bumps here and there. So please, fasten your seatbelt. Cause to be thrown out of the vehicle is so not cool, man.
0 comment(s):
Post a Comment