Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Friday, February 26, 2021

Hai, saya J(odoh) - 4

TALI PINGGANG KELEDAR dikemaskan. Lilo sandarkan belakang badannya pada kerusi pesawat. Nafas panjang ditarik berulang kali dengan harapan degup jantungnya yang laju sebentar tadi boleh reda. Peluh dingin di dahi diseka dengan belakang tangan. Ah, sudah. Dalam perut kapal terbang yang sejuk ni pun kau boleh berpeluh, Lilo?

“Babe, are you okay?” Bisik Ika perlahan. Risau pula dia apabila Lilo banyak diam sedari tadi.

Lilo hanya angguk kepala. Mulut ni terasa berat nak menjawab. Tuhan aje yang tahu macam mana terkejutnya dia apabila terpandangkan kelibat Loke di kaunter check-in tadi. Dan yang lagi buat dia terkejut adalah rupanya-rupanya Luqman dan Rey yang di dalam grup WhatsApp percutian mereka ini adalah Loke dan Reykal. Kenapa selama ni dia tak pernah terdetik untuk lihat gambar profil mereka?

Tapi kenapa Loke boleh buat macam tak ada apa-apa pun? Eh, tapi memang takde pape pun. Kan? Tapi… kenapa Loke nampak selamba je? Dia memang dah tahu ke yang kitorang akan pergi bercuti bersama?

**********

LOKE TURUNKAN LARAS tempat duduknya supaya lebih selesa. Sesekali dia cuba untuk mengintai Lilo yang duduk di kerusi di hadapannya itu tapi … tak nampak apa-apa pun. Aik, sedih ke Luqman?

Loke kerling Reykal yang duduk di sebelahnya itu. Kenapa mamat ni boleh selamba je? Dia memang dah tahu ke Lilo ada sekali? Tapi kenapa Reykal tak bagitahu aku pun?

Terkejut betul dia tadi apabila ternampak Lilo yang sedang bergelak-ketawa dengan Ika. Tapi nasib baiklah dia boleh kawal lagi reaksi wajahnya tadi. Kena control macho, babe. Padahal jantung ni kalau boleh melompat keluar dari badan, memang dah terkeluar agaknya.

*********

 

"It takes a strong heart to fall in love"

Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.

Or, I'm one click away via Whatsapp.

 

0 comment(s):

Post a Comment