"Hai." Kerusi di hadapan gadis bertudung biru gelap tu ditarik.
"Assalamualaikum."
Dia tarik sengih. "Waalaikumsalam." Tangan kanan menggamit pelayan restoran yang berdiri sebelah tiang. "Teh Ais, satu." Mata beralih pada pada gelas air di atas meja. "Teh Ais dua lah."
"Siapa nak minum sampai dua?" Si gadis dah pelik.
"You laaa.." Akif letak tangan atas meja. "Kan dah pesan lain kali tak payah datang awal."
Adra julingkan mata. "I datang lambat setengah jam dah okey. You la lain kali datang awal."
Akif mencebik. "You lain kali cari port best sikitlah. Ni jauh-jauh, kan susah I nak datang."
"Alasan." Adra jeling sedas. Dah lah dia yang ajak keluar, aku pulak yang dia salahkan?
Akif tergelak kecil. "So, what's up?"
Adra angkat bahu. "Takde apa-apa yang up pun."
"Lempang jugak kau ni karang." Akif gumam geram.
"Takde apa yang best pun." Adra angkat bahu. "Benda sama je hari-hari."
"You sampai bila nak simpan degree you?" Kali ni Akif lebih serious.
"Apa.."
Akif bagi laluan dekat pelayan restoran letakkan dua gelas teh ais atas meja. "Dah dua tahun lah." Akif sambung lepas pelayan tadi beredar.
"I happy je hidup macam ni." Adra taknak kalah.
"Sampai bila?" Akif minum sedikit teh ais tadi. Fuhh lega dapat minum ais.
"Sampai.." Adra angkat bahu. "Malaslah fikir."
Akif geleng kepala. Nak cakap lebih-lebih, yang dekat depan ni, graduate oversea. First class lagi tu. "Degil, kan."
"Tau." Adra tayang sengih. Tak salah pun kan dia jadi cikgu tuisyen. Yes, gaji dia takdelah berkepuk macam Akif, at least dia ada duit poket jugak. Kan?
"Kenduri Ned bila?" Akif tukar topik. Malas nak panjang-panjangkan cerita yang takde kesudahan tu.
"Bulan sepuluh. End of october." Jeda. "Kalau tak silaplah."
"Pergi sekali, jom."
"Macam tak boleh pergi je." Adra main-main straw dalam gelas. "Jauhlah."
"Naik flight mana jauh." Akif tak nak kalah.
Adra mencebik. "You kerja gaji banyak, bolehlah cakap."
"Book tiket awal." Akif memang tak nak kalah. "I belikan sekali la eh. Senang."
"Tak payahlah. Nanti I beli sendiri."
"Degil."
"Tak payah ulang banyak kali lah." Adra menjelis sekilas. "Dah dapat tackle budak HR tu?"
Akif angkat-angkat kening. "Tuu..." Dan Akif mula bercerita, seperti biasa tanpa henti. Dan Adra, seperti biasa akan mendengar tanpa mencelah walau sepatah pun.
******
Adra menoleh ke belakang, dua-tiga kali. Berharap, orang yang ditunggu akan muncul.
"Kau tengok apa?" Lyn di sebelah dah pelik.
"Takde pape." Adra tampal senyum plastik.
"Kau tak bagitau dia, kan?"
Adra angkat bahu. "Aku ada cakap aku nak pergi KLIA hari ni."
"Lepas tu, dia cakap apa?"
"Dia takde cakap apa pun." Mesej yang dia hantar petang tadi pun Akif tak balas. Busy agaknya.
"Jom." Bahu Adra dicuit. "Orang dah panggil masuk tu."
Adra angguk kepala lambat-lambat. "Jom."
Dalam sibuk melangkah, jari ikut berlari laju di atas skrin handphone. Satu mesej panjang siap ditaip.
Nafas panjang ditarik dalam-dalam sebelum dihela perlahan. Butang 'send' ditekan. Selamat tinggal, Akif. Selamat tinggal, Malaysia.
******
Akif terpisat-pisat bangun daripada tidur. Penat betul hari ni. Itu yang lepas solat isyak tadi terus dia baring. Ingat nak baring sekejap, alek-alek terus tidur.
Laparlah pulak. Handphone yang diletakkan atas bantal diambil. 0100 Hours. Satu pagi dah?
Lambat-lambat Akif bangun daripada baring. Mana je nak cari kedai makan pagi-pagi macam ni? Ke tak payah makan?
Sekali lagi dia tengok handphone. Ada 3 mesej daripada Adra.
Adra
Jom teman pergi klia malam ni.
Adra
Are you coming?
Dan dua mesej tu dihantar pada jam 3 petang dan 10 malam. Satu lagi mesej dibuka. Berkerut keningnya melihat mesej panjang kiriman Adra tu.
Adra.
Hey, Akif. I nak bagitau something. Selama 7 tahun kita kawan, I tak pernah lagi jumpa orang yang macam you. 4 tahun kita duduk satu kampus, walaupun jarang jumpa, I tetap rasa you selalu ada dekat sebelah I. You cakap kalau betul-betul kawan, eventho orang tu takde dekat sebelah pun, kita boleh rasa dia macam ada je. And I rasa benda tu apabila berkawan dengan you. I know benda ni macam pelik je, but who cares right?
My flight's in 20 minutes. I tak rasa you sempat sampai sini. I cuma nak cakap, i like you. A lot. Doakan I dekat sini baik-baik je okay. I doakan you pun baik-baik je dekat sana. Gonna miss us. Gonna miss you. Tu je. Bye, Muhammad Akif Idlan. Take care!
Kerutan di dahi Akif makin bertambah. Dah pergi mana pulak dia ni? Takde bagitau pun. Tiba-tiba hilang macam tu je?
Apa aku nak buat ni. Hujung handphone diketuk-ketuk dekat dagu. Adra.. Adra.. you pergi mana sebenarnya? Sampai hati tinggalkan I dekat sini?
Hah! Lyn! Akif cari nombor telefon Lyn dalam contact list. Oke cun. Handphone dilekapkan ke telinga kiri. Masuk voice mail terus? Pergi mana pulak dia ni?
Mana nak cari ni? Kalau Adra, dia bukan jenis yang suka share benda dekat social network. Tapi kalau Lyn ...
Laju je jari menekan ikon Instagram. Tak payah penat scroll, dia terus cari account Lyn. Membulat mata tengok caption latest picture Lyn.
We're going back again to Penn State yaaawww !
Adra sambung belajar? Adra sambung belajar tapi tak bagitau dia? Sebab tu Adra tak cari kerja?
Adra, kenapa tinggalkan I macam tu je?
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Heya akak ! I loveee to read all of ur "bittersweet" stories. Hehe. Pstu I'm wondering, agak2 wujud x cerita ni. Klau lah wujud kannnn..rasa nak pegi kayangan ! *hiperbola* haha btw, nice story la sis n plis update hari2 kay.
ReplyDelete*sebelum ni silent reader je. N if u notice me at Twitter, QueenBee. Hehe :*
cik bulan hijau, sambung lagi tak?? sobbbssssss.................
ReplyDeleteBest!!!! Next please....
ReplyDeleteDah mcm order... hehehe
Really hoping fr the existence of adra 2. Currently waiting fr ur next entryy ^^
ReplyDeleteAlaa... mcm x best jek tergntung mcm tuh.... nak lg... nk lg.... ;p
ReplyDeleteadeh mcm tersekat didada plk. huhuhu. whether i never care to see the side bar or baru wujud, tak tau lah. rupa2nya ada buku hasil karya awak di versi cetak. n really i like your ideas and language,so simple and direct.rasa cool...entah macam mana nak describe feeling bila baca your novel. tapi...MEMANG TERBAIKKKK!!! sesuai untuk org yang suka simple tak serabut macam saya, tapi hasil awk ada fun n interesting. sama baca novel 'sweet sour' dr nasz. buku yang kekal di rak dan sentiasa dibelek(buku novel lain kebanyakkannya dah sy letak dlm storage box plastik cz rak dah penuh dan taknak anai2 kunyah),paling kurang time stress n bosan. sebab buku jenis awk tak bosan dibaca. hehe long speech nak tunjukkan bertapa sy appreciate your masterpieces.
ReplyDeletenak sambungan boleh???? terasa adra tu macam diri sendiri...haha
ReplyDeleteAdra 2 please....
ReplyDeletecik bulan u ni memang shj je bg kite rasa nk jerit kat awak suruh smbung lg
ReplyDeleteAuw! Airis sudah dalam tangan..happy,happy!! =) Nice story dear..
ReplyDeleteOmooo..best3..mohon sambung ler lagi cecepat..huhuhu.. :D
ReplyDeleteWah..best. .best..
ReplyDeleteade sambungn xni.. hehe. .
xsabar plak..adra pnyer pasal la Ni pergi snyap 2..hehe..
ad smbungan lg x??
ReplyDeleteawesome writing bulan hijau
ReplyDelete