Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Sunday, October 5, 2014

Untuk Jatuh Cinta,

Mereka duduk di atas bangku batu yang berdepan dengan tasik. Si gadis duduk bersila dengan kepala tunduk menekur jari di atas riba. Si jejaka duduk dengan tangan menongkat ke belakang, kepala mendongak menengadah langit dengan mata tertutup rapat.

"Kenapa aku?" Perlahan sahaja suara si gadis. Kepala masih tunduk menekur jari. Lagaknya seperti baru sahaja tumbuh jari baharu. "Sejak bila?" Dia bertanya lagi apabila si jejaka hanya diam.

Si jejaka menarik senyum. Lambat-lambat mata dibuka, dia mengubah posisi duduk supaya lebih senang memandang si gadis di sebelah.

"Anggap je lah aku tak pernah tanya soalan tadi." Kaki sudah melunjur ke bawah, bersiap sedia untuk bangun daripada duduk.

"Sangat cliche kalau aku cakap dari mata turun ke hati.." Dia tergelak kecil, mata tepat memandang sisi kanan wajah si gadis. "I don't really bother when it starts," Jeda. "Because i don't need a reason to like you."

"Yeah, right." Mata dijulingkan ke atas. "Ayat kau lagi cliche daripada dari mata turun ke hati tu."

Kaki kiri ditarik menjadi sila di atas bangku. "Aku bukan budak kecik yang perlu kenal dulu lepastu baru boleh jatuh cinta. Dan aku tak nak buang masa untuk kenal kau dulu kalau aku boleh jatuh cinta dan kenal dalam masa yang sama."

"Okayy.. that creeps me out."

"Aku serious ni."

"Aku pun." Dia beranikan memandang si jejaka di sebelah. "Sekarang ni kita nak buat apa?"

"Kenapa tanya?"

Angkat bahu. "Sebab aku pun tak nak buang masa tunggu untuk jatuh cinta."

5 comments: