Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Friday, May 20, 2011

Beautiful Night 3

Aufa menyebak anak rambut yang berjuntaian di dahi. Sesekali dia menjeling jejaka yang duduk di hadapannya. Aufa menggaru kening yang tak gatal. Puan Leha di sebelah enak sahaja menikmati ais krim. Aufa mengeluh perlahan, bosan pulak bila masing-masing diam macam ni. Dah serupa duduk dalam kalangan orang bisu pun ada.

“Kamu berdua ni, hari tu cakap nak kenal-kenal. Ni dah jumpa, senyap pulak.” Tegur Cik Anom.

Puan Leha menggeleng perlahan. Budak-budak ni malu agaknya. “Eh Anom, jom teman aku pergi kedai depan tu. Lawa pulak aku tengok barang-barang dalam tu.” Puan Leha mahu memberi ruang kepada Aufa dan Aqil untuk saling mengenali.

Membulat mata Aufa apabila Puan Leha bersuara. Aufa berpaling memandang Puan Leha disebelah. “What the?” Aufa bertanya tanpa suara. Aufa macam nak menjerit bila Cik Anom tu mengangguk lalu tanpa sebarang isyarat, Puan Leha dan Cik Anom terus bangun meninggalkan mereka.

Aufa dah tak keruan. Kepalanya berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan. Sesekali jari-jemari dilarikan dicelah-celah rambut. Belakang tangan dibawa ke dahi. Aduh, yang berpeluh dalam air-cond ni apa pasal pulak? Aufa terus memandang jejaka di hadapannya apabila jejaka tadi berdehem perlahan.

“Hari ni, panas.” Aqil menjalankan tugas untuk bersuara.

Aufa mengangkat kening kirinya, tinggi. Asdfgh betul mamat ni. Apa barang cakap pasal cuaca? “A’ah, biasalah sekarang ni kan musim pembakaran secara terbuka.” Hambek, sekali dengan aku layan cakap pasal cuaca!

Aqil berdehem kecil. “Nama saya, Aqil. Muhammad Aqil.” Matanya sesekali mencuri pandang gadis yang duduk di hadapannya. Raut wajah gadis itu, manis sekali. Ditambah pula dengan solekan tipis, menambahkan lagi kejelitaan gadis itu. “Aqil. A-q-i-l.” Sengaja dia mengeja namanya satu-satu, biar jelas lagi terang!

Aufa mencebik. Ek-eleh, siap nak eja nama pulak mamat ni. “Aufa. Nurul Aufa. A-u-f-a.”

Aqil menggaru kening kirinya. Nak cakap apa ni? “Ibu cakap, awak study lagi. Betul?” Sungguhlah Aqil takde modal untuk diborakkan.

Aufa mengangguk seraya tersenyum. Entah kenapa, hari ni dia murah pula dengan senyuman. “A’ah, tengah cuti semester sekarang ni.” Aufa mengacau-ngacau air di dalam gelas tinggi itu. Mata menekur permukaan meja kayu. Ini yang susah bila berjumpa dengan orang yang dia tak kenal, mulut ni macam kena gam, otak automatik tak boleh berfikir.

Aqil mengangguk perlahan. “Buat course apa?”

“Undang-undang. Tapi sekarang tengah buat professional degree, LLB dekat UiTM Shah Alam.” Haa.. panjang betul jawapan dia bagi.

“Ohhhhhh.” Aqil memandang segenap ruang restoran. “Sekarang tengah kuliah?”

“Tak. Tengah cuti semester.” Aufa menggaru kening kirinya. Bukan tadi dah cakap ke yang tengah cuti? 
“Boleh tak, kalau awak straight to the point aje?” Sungguhlah, dia tak berminat nak berlama-lama dengan Aqil ni ha.

Aqil kembali bersandar pada kepala kerusi. Nak soalan direct? Boleh, boleh. “Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”

“Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?” Aufa cuba mencongak dalam kepala. Macam takde. “Awak salah orang ni.”

“Habis tu, kalau bukan sebab nak kahwin dengan saya, kenapa pulak awak ada dekat sini?”
Aufa menjungkit bahu. “Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak.” Jeda. “Kenapa awak ada dekat sini hari ni?”

“Ibu saya cakap, saya kena kahwin dengan awak.” Jujur Aqil menjawab. “So, berbalik kepada soalan saya tadi. Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”

Berkerut-kerut dahi Aufa memandang Aqil. “Saya rasa awak dah salah faham. Saya belum setuju lagi nak kahwin dengan awak.” Hati-hati Aufa menyusun ayatnya. Walaupun dia memang nak sangat kahwin, takdelah sampai terus cakap setuju.

“Kalaulah awak setuju nak kahwin dengan saya.” Aqil cuba berkompromi. “Kenapa?” Ini sudah kali ketiga dia tanya soalan yang sama, kalau si Aufa ni tak jawab jugak, mahunya dia bagi pelempang bisu terus.

Aufa tunduk menekur jari di atas riba. Macam mana nak jawab ni? “Hmmm.” Aufa pandang Aqil selama tiga saat. “Saya mahukan perubahan. Anjakan paradigma.”

“Awak sudi melakukan perubahan tu dengan saya?” Sedikit kerek Aqil bertanya. “Awak yakin dengan saya?”

Aufa menjulingkan matanya mengadah siling restoran. “Bila masanya aku kata nak berubah dengan dia ni?” Gumam Aufa perlahan. “InsyaAllah, saya yakin dengan siapa pun pasangan saya.”

“Awak takde pakwe ke?” Aqil tengok si Aufa ni bukannya tak cantik, takkanlah takde teman lagi.

“Kalau saya ada pakwe, takdelah saya ada depan awak sekarang ni.” Hah, aura kerek Aufa dah sampai! “Awak tanya saya, awak tu takkanlah takde lagi?” Umur dah banyak pun takde makwe lagi ke?

“Kalau saya ada makwe, takdelah saya setuju nak jumpa awak hari ni.” Aqil bermain-main dengan kunci kereta di atas meja. “Kenapa awak takde pakwe? Awak memilih sangat eyh?”

Terjungkit sedikit kening kiri Aufa memandang Aqil. Hamboihh.. sedapnya mengata aku. Kot lah Bruno Mars ada depan mata, dah lama aku ajak dia kahwin! “Saya tak minat.”

“Awak tak minat lelaki?” Laju Aqil memotong cakap Aufa. “Nabi tak mengaku umat nanti.”

“Encik Aqil, sila jaga sikit eyh mulut awak tu.” Ada jugak yang kena pelempang bisu dengan aku ni nanti. “Saya tak minat couple-couple ni. I’m looking for a husband not a boyfriend.”

“Kenapa tak minat?” Ini kali pertama Aqil dengar ada orang tak minat couple-couple.
Membulat mata Aufa memandang Aqil. “Awak ni kenapa? Semua benda pun nak tanya!” Aufa bengang.

“Everything happens for a reason. Every action has a reaction.” Slumber sahaja Aqil menjawab. “So, kenapa?” Aqil sudah duduk berpeluk tubuh.

“Dari sekolah lagi, saya memang tak pernah berminat nak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki. Kalau setakat berkawan tu, bolehlah. Kalau saya nak bercinta pun, saya nak bercinta lepas kahwin.”

“Bercinta lepas kahwin? Macam orang dulu-dulu? Tak kenal lepas tu kahwin, happily ever after. Macam tu?” Jengkel sahaja suara Aqil. “Mana wujud lagi benda tu dalam zaman teknologi ni.”

Aufa berdehem perlahan. “Allah dah tetapkan semua hambaNya hidup berpasang-pasangan. Berpasangan ni macam couple tapi melalui ikatan yang sah. Nikah.” Senyum manis ditampal.

Bam! Aqil rasa macam nak menyorok dalam tanah aje sekarang ni. Aufa si budak yang belum habis belajar ni boleh bagi hujah yang buat dia terbisu.

“Awak ada apa-apa lagi nak cakap?”

“Awak nak kahwin dengan saya? Kalau nak, esok saya hantar rombongan meminang.”

Membulat mata Aufa memandang Aqil. Apa gila mamat ni? “Bagi saya masa untuk fikir dulu.” Aufa menyangkutkan sling bag ke bahu. “Saya balik dululah kalau macam tu.”

“Haa.. baliklah, baliklah.” Dah serupa menghalau aje si Aqil. “Nanti tolong kirim salam dekat bakal mak mentua saya eyh.” Aqil sudah tersengih-sengih.

Aufa mencebik. “InsyaAllah.” Aufa bangun dari duduknya. “Assalamualaikum.” Pamit Aufa sebelum melangkah meninggalkan Aqil. Dia nak balik, nak tenangkan fikiran. Alang-alang boleh buat istiharakh sekali.