Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, August 13, 2009

color 2

Daniel dah berasap. Mana minah ni?? Semalam kecoh sangat nak gerak pukul 9. Ni, dah pukul 10, tak nampak bayang pun.

"Eh, Daniel buat apa dekat luar ni?" Nek Wan pelik

"Tunggu Ain, nak pergi pekan"

"Eh, tadi Ain cakap, Daniel tak jadi pergi pekan"

Daniel pelik. Bila masa pulak aku cakap??

"Ain mana, Nek Wan?"

"Katanya nak kemas tadika"

Nek Wan terus masuk rumah. Daniel capai kunci kereta. Ain, kalau jalan ni yang kau pilih, aku takde hal.

******

"Siapa punya kereta besar depan rumah kau tu, Ain?" tanya Dekna

"Perosak keamanan sejagat"

"Orang KL ke?"

"Pluto mari"

"Handsome?"

"Lembu Tok Wan lagi handsome"

Ain teruskan kerja mop lantai. Tiba-tiba hari ni angin rajin datang, so jangan sia-siakan.

"Ain, aku dengar bunyi enjin" ujar Dekna

Ain buat pekak.

"Ain..." panggil Dekna

Ain angkat kepala. Ain kerut kening bila Dekna buat muka kagum sambil tunjuk belakang. Ain kalih pandang.

"Get into my car, now" arah Daniel

"Pardon?"

Uuuuu~ minah kampung ni pandai speaking. Tapi kalau setakat 'pardon', nephew aku yang 5 tahun tu pun pandai.

"Kau suruh aku siap pukul 9" ujar Daniel satu nafas

"So?"

"Aku dah terpacak depan rumah sejam, kau boleh pulak melepak dekat tadika ni"

"Kau sure ke kau punctual?" Ain sinis

"Fine, aku lambat 5 minit. Takkan tak boleh tunggu?"

"Eh, hello~ kau yang nak keluar, aku pulak yang kena tunggu?!"

"5 minit je pun"

"5 minit je?! Tahu tak dalam 5 minit tu macam-macam boleh jadi?!"

Daniel dah bengang. Orang perempuan memang sangat complicated. Dengan slumber, Daniel tarik tangan Ain dan diseret ke kereta.

"Masuk" arah Daniel

"Taknak"

"Masuklah" tolak Daniel

Pintu kereta dihempas kuat-kuat. Ain dah berasap. Okey, orang lelaki memang disaster, dahlah baran tahap giga.

*******

Daniel jeling Ain. Minah ni memang suka pakai baju kurung ke??

"Apa jeling-jeling?!" tegur Ain

"Bila masa pulak aku jeling kau?"

"Ada aku cakap kau jeling aku ke?"

Daniel senyap. Okey, this Ain memang sangat annoying. Stereng kereta dipegang kejap.

"Lepas traffic light depan ni, ambil kanan" ujar Ain

"Haaa?" Daniel blur

"Stop this stupid car" arah Ain

Tak sampai 5 minit, kereta Lexus milik Daniel dah tersadai tepi jalan. Ain keluar dari tempatnya.

"Weyh, nak pergi mana?" tanya Daniel

"Bagi aku drive. Kau bawak kalah turtle" jawab Ain

"No. Way. Jangan. Harap"

Ain mencebik. Ingat aku harap sangat nak drive kereta kau ni ke??

"Taknak bagi aku drive, kau pergi sendiri" ugut Ain

EEEeeeee~ this girl kan, memang sangat mean.

*******

"Kau pergilah pusing-pusing dulu. Aku nak masuk kedai tu kejap" ujar Ain

"Buat apa kat situ?"

"Beli ikan"

Pergh~ kena perli sedas. Dah terang-terang minah ni tunjuk kedai kain, aku boleh tanya soalan bodoh pulak.

"kau jangan pergi mana-mana, nanti aku tinggal kau" ugut Daniel

"Kau tinggal, aku baliklah sendiri" Ain slumber

Eeeeee~ memanglah kau boleh balik sendiri. Yang masalahnya, aku ni. Mana nak reti balik sendiri.

"lagi sejam jumpa kat sini, takpun, kau cari je aku dalam kedai kain tu" ujar Ain

Daniel angguk je. Macam mana minah ni boleh hidup dekat kampung?? Pekan pun tak serupa pekan je. Nasib baik adalah jugak segala jenis fast food, dengan wayang.

"Taknak bagi no. phone kau ke?" tanya Daniel

angkat kening "Perlu ke? Aku rasa tak"

Ain terus tinggalkan Daniel. Pandai-pandailah kau jelajah pekan ni.

*******

Daniel usha kedai kain depan mata; Silk House.

"Excuse me, ada nampak tak girl with polka dots baju kurung?" tanya Daniel

senyum "Cik Ain ke?"

Huh?? "A'ah"

"Encik naik tingkat 2, Cik Ain ada dekat situ"

Daniel follow je instruction promoter tu. Okey, besar sangat ke mandat minah tu sampai promoter kedai pun kenal dia?

"Yes, sir. May I help you?"

senyum "I'm looking for a girl with polka dots baju kurung" jawab Daniel

"Cik Ain. Dia ada dekat depan tu, ladies department"

Daniel musykil. Banyak pulak duit minah ni. Takkan beli kain harga semeter nak cecah RM300??

"Kau suka polka dots"

Ain freeze. Okey, tu ayat penyata or ayat tanya??

"Tak sampai satu jam pun lagi, takkan dah habis pusing?" tanya Ain

mencebik "setakat pekan kecil macam ni, 10 minit dah habis pusing"

"So, any comment?"

"This. Place. Bosan"

Ain buat bodoh. Langkah diatur ke rak sebelah. Erm... banyak kain baru sampai ni.

"Famous kau, sampai semua orang kat sini kenal kau" ujar Daniel

senyum "Mandat aku besar"

"Silk House ni, kau punya ke?" tanya Daniel

"a'ah"

"Tipulah.."

"Memang aku tipu pun"

********

"Lama ke kau dekat sini?" tanya Ain

Mereka sekarang ni, on the way nak balik rumah. Lepas pergi pekan tadi, Ain tunjuk Daniel route nak pergi site project.

angkat bahu "Selagi resort tu tak siap, aku duduklah sini"

"Doa-doalah resort tu cepat siap, cepat sikit kau blah dari rumah aku tu" Ain slumber

"Ingat aku harap nak duduk rumah kau?"

mencebik "Kalau dah sampai merayu sakan, tu bukan mengharap ke?" perli Ain

Daniel diam. Cets, this girl memang suka cari pasal.

"Nak singgah mana-mana tak ni?" tanya Daniel

"Tadika"

"Nak buat apa? Dah petang ni"

"Kereta aku"

Tiba-tiba handset Ain vibrate tanda ada mesej masuk. Sender: Dekna

+ weyh, kat mne??

- otw blik umah

+ g date ek??

- nak ap ni??

+ two words for that guy

- Dia. annoying

+ Dia. Handsome


Ain mencebik lepas baca last mesej dari Dekna. Wajah Daniel dijeling sikit. Tak handsome pun... but he's kinda cute.

"Singgah kedai makan depan tu kejap" ujar Ain

"Nak buat apa?"

"Nak beli makanan untuk malam. Yelah, rumah tu sekarang ni dah ada putera raja, makanan kampung mana nak makan" perli Ain

*******

"Ain, dah lama tak makan sini" tegur Pak Mat

senyum "Sibuk, Pak Mat"

Pak Mat ni, tengah masak pun boleh borak-borak.

"Ain, lawa marka" puji Pak Mat

jeling Daniel "Ni bukan marka Ain, Pak Mat"

"Dah tu?"

"Ni, driver baru"

Daniel berasap. Ada ke patut muka handsome gilos ni, dia cakap driver??

"Nak makan apa ni?" tanya Pak Mat

"Macam biasalah. Nasi goreng kampung tiga, satu taknak pedas"

"Driver tu nak makan apa?"

Ain pandang Daniel sambil angkat kening. Mata Ain seolah-olah cakap jangan-mintak-chicken chop-dekat-sini.

"Nasi goreng ladna" jawab Daniel

15 minit lepas tu, makanan diorang siap. Time nak bayar..

"Meh aku bayar" Daniel gentle

"Tak payah, biar aku yang bayar"

"Simpan je duit kau tu"

"Ni duit Tok Wan"

Abang cashier tu dah pening. Yang lelaki sibuk nak bayar, yang perempuan pun sibuk nkak bayar jugak.

"Anggap je aku belanja kau sebab tunjuk jalan nak pergi pekan"

Ain give-up. Biaq pi lah, nak bayar sangat, bayarlah. Buat perabis saliva je gaduh dengan mamat ni.

12 comments:

  1. ceh bulan..
    xinform aku pon ade n3 baru..isk2..

    ain nieh sgt comey..haha..ganas2 mnje gtuh..
    so sweett..
    daniel asyik terkena je..ekeke..
    ske2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. huh..
    memeng sengal..
    gud luck sis..

    ReplyDelete
  3. ain n danial memula jumpa dah gado2...
    alahai....

    memang best nih cik bulan...

    apa2 pun all the best for your coming test!

    ReplyDelete
  4. okay..relax aje membacanya..hehe

    ReplyDelete
  5. ain, u got my full-respect la weh! haha

    ReplyDelete
  6. geezzzz....i like this story
    seronok habis
    neway good luck utk test yg berderet2 tu k
    =)

    ReplyDelete
  7. best!!!
    bulan..
    gudluck for ur xm k. ;)

    umi~

    ReplyDelete
  8. very da cute la couple nie...
    hahahahha

    ReplyDelete
  9. adoyaiii.nak gelak je bace.
    comelcomel
    -na'dz

    ReplyDelete