Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, January 16, 2010

color 31

Tubuh kaku di dalam bilik serba putih itu menyesakkan nafas Ain. Ya Allah.. besarnya dugaan yang Kau turunkan kepada hambaMu ini. Perlahan-lahan langkah di atur ke katil itu, tubuh kaku Daniel jelas di cornea mata.

"Awak..." panggil Ain

Namun Daniel hanya kaku. Air mata yang sedari tadi ditahan, gugur jua.

Telefon bimbit di atas meja solek itu kembali memekak. Ain cepat-cepat menekan butang answer. Suara wanita yang cukup asing menyapa telinga.

"Assalamualaikum, Puan Ain?"

"Waalaikumussalam.. Ye, saya bercakap" jawab Ain

Dan berita yang dikhabarkan oleh nurse tadi mampu membuatkan Ain jatuh terjelepuk. Daniel accident, sekarang ni Daniel ada dekat GH.


"Awak, macam mana boleh jadi macam ni?"

Ain tahu dia bagai bercakap dengan dinding, tapi dia tak kisah. Apa yang dia tahu sekarang ini, dia mahu Daniel sedar.

"Awak, macam mana saya nak bagitahu dorang semua?" rintih Ain

Tangan Daniel yang sejuk bak ais itu digenggam perlahan.

"Awak, bangunlah..." rayu Ain

Dan Ain terlena di sisi Daniel tanpa sedar.

*****

"Koma selalunya terjadi kepada mangsa kemalangan jalan raya. Akibat kecederaan otak, bahagian yang mengawal fungsi juga tidak dapat menjalankan tugas" ujar Dr. Fakri

Ain yang mendengar hanya mampu diam tanpa suara.

"Ada sesetengah pesakit koma setelah mengalami trauma ditambah pula kecederaan tisu otak yang teruk dan keretakan tempurung kepala. Tapi bagi kes suami puan, apa yang dapat saya kenalpasti, dia koma mungkin kepalanya terhantuk kuat semasa kemalangan semalam" jelas Dr Fakri lagi.

"Suami saya boleh sembuh ke, Doktor?" tanya Ain

tarik nafas "InsyaAllah, ini semua bergantung kepada pesakit juga"

"Ada cara yang boleh membantu suami saya kembali sedar?"

angguk "Ada beberapa cara, antaranya ialah awak boleh cuba bercakap dengan pesakit. Walaupun pesakit tidak dapat memberi respon apa-apa, pesakit mungkin dapat mendengar suara awak. Cuba bercerita dengannya, ceritakan tentang kenangan-kenangan manis yang kamu lalui"

"berkesan ke cara tu, Doktor?"

senyum "saya tahu, suami awak tu kuat semangatnya. Kalau awak kerap bercakap dengannya, InsyaAllah, cepatlah dia sedar"

tarik nafas "terima kasih, Doktor" ucap Ain

senyum "Sama-sama"

******

Hari berganti hari, Ain tetap menjadi pengunjung setia melawat Daniel. Ain tahu, Daniel amat memerlukannya tika ini.

"Awak, saya datang lagi hari ni" sapa Ain

AIn tahu, Daniel tidak mungkin dapat menyahut sapaannya, tapi dia tahu, Daniel mampu mendengarnya.

"Mereka semua kirim salam dekat awak, diorang pesan cepat-cepat sedar" celoteh Ain

Ipod yang tersimpan elok di dalam handbag dikeluarkan. Lalu, berkumandang ayat-ayat suci Al-Quran. Muzik mampu menggetarkan minda si pesakit, itu pesanan dari seorang rakan di tempat kerjanya.

"Ain.." panggil satu suara

Ain yang leka membaca novel terus angkat kepala. Jelas Dr. Fakri sedang elok berdiri di hadapannya.

"Dr. Fakri.."

senyum "Dah breakfast?" tanya Dr. Fakri ramah

angguk "Sebelum datang sini tadi"

"Erm.. saya baru ingat nak ajak awak breakfast. Tapi, takpelah"

"ohhh..." itu je yang terkeluar dari mulut Ain

"Kalau kita lunch sama?"

senyum "insyaAllah.."

Bukannya mahu berlagak sombong, Ain tidak mahu memberi harapan kepada Dr. Fakri. Sudah beberapa kali Dr. Fakri memberi hint mengenai perasaannya terhadap Ain.

"Saya minta diri dulu" Dr Fakri frust

Ain hanya mengangguk dan senyuman dihadiahkan buat Dr. Fakri. Maafkan aku, hati dan cinta aku hanya milik Daniel Isyraq.

******

"Ibu, bila Ayah nak sihat?" tanya Qaliesya

senyum "Ibu pun tak tahu sayang.. Kita kena selalu doakan Ayah capat sembuh"

"Adik rindu Ayah"

Ain tahan air matanya dari gugur. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan anak-anaknya.

"Ibu pun rindu Ayah, sayang"

"Ibu, Ilham nak teman Ayah malam ni, boleh?" pohon Ilham

senyum "Esokkan Abang nak sekolah.."

mendengus "Ilham nak teman jugak" putus Ilham

tarik nafas "Abang, janganlah macam ni. Abang kan kena pergi sekolah, Ayah mesti tak suka kalau dapat tahu Ilham tak pergi sekolah" pujuk Ain

"Tapi, Ilham rindu Ayah Ilham"

Ain terus menarik Ilham ke dalam pelukannya. Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk menempuh dugaanMu ini..

******

"Jika ini dinamakan cinta, aku isytiharkan pada dunia, hanya kau ku cinta, biar kau jadi pelangi, pelangi aku buat selamanya..." luah Ain

gelak "Ingat tak, awak ucap ayat ni masa awak merajuk dengan saya dulu? Awak ingat saya keluar date dengan lelaki lain, padahal saya keluar dengan Najwa" Ain tukar topic

"Saya tak tahu pulak, awak ni ada bakat jadi Don Juan" ujar Ain

tarik nafas "Semalam, saya scan baby kita. Baby boy katanya.. tak kisahlah boy or girl, janji dia sihat kan?"

"Saya dah pilih several names, tapi macam tak lengkap je kalau awak tak bagi idea" sambung Ain

gelak "Abang dengan Adik bergaduh sakan nak pilih nama untuk adik diorang ni, nasib baik tak main tarik-tarik rambut je semalam"

"Adek nak guna nama Qaisy, Abang pulak nak guna nama Muhammad Ikhwan. Masing-masing nak guna initial letter nama diorang"

tarik nafas "and saya ingat nak letak nama Aiman Darwisy. Sedap tak nama tu? Sehari suntuk saya fikir nak letak baby kita ni nama apa" celoteh Ain

Nafas di tarik dalam-dalam, seolah mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku dihati ini. Jemari Daniel digenggam erat-erat.

"Awak, ingat tak lagi, dulu awak janji takkan tinggalkan saya?" tanya Ain

jemari Daniel digenggam erat seakan tidak sanggup untuk berpisah dengan Daniel lagi.

"Tapi, sekarang? Awak dah jauh dari saya" rintih Ain

"Bangunlah, sayang.. Saya tak cukup kuat lagi untuk menunggu.."

Ain mungkin kuat dihadapan ahli keluarganya tapi bila berduaan dengan Daniel, dia rapuh. Dia bukannya Nabi yang tahan dengan semua dugaan Allah, dia juga manusia yang lemah.

"Awak, please....." rayu Ain lagi

Daniel seolah-olah gembira dalam dunianya kini. Dunia ciptaannya sendiri yang terlalu indah untuk digambarkan melalui kata-kata. Hanya Daniel, Ain, Qaliesya dan Ilham sahaja yang wujud dalam dunia ciptaanya.

"Sayang, anak-anak kita perlukan awak" rayu Ain

Air mata yang laju mengalir dipipinya dibiarkan sahaja. Tiada gunanya jika air mata itu dikesat atau tidak, Daniel tetap akan terbaring kaku.

"I need you too, sayang.." luah Ain

Ain menyembamkan mukanya. Di situ, air matanya kembali laju mengalir.

Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya.
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu berduka,
Allah telah mengira titisan air matamu.

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah setia disisimu.
Bila kau cuba segalanya tapi tak tahu tujuan,
Allah ada penyelesaian.
Bila yang tak bererti buat mu kecewa dan keliru,
Allah adalah jawapannya.

12 comments:

  1. sedih nya..
    ksian ain.
    hope2 lar daniel sedar dri koma...

    ReplyDelete
  2. salam..

    cik bulan napa jd gini,... siannya dorang.. daniel cpat la bangun jgn tinggalkan mereka..
    plsss nk dorang hapi..

    ReplyDelete
  3. gamaknye next episode daniel tu bangun ke tak?hope bangun la. cepat ye postkan next episode. esok ke lusa ke postkan. tak sanggup nak tunggu.

    ReplyDelete
  4. lorhhhh time2 cmtu pn ade org nk flirt ain...
    ske pantun last tuh

    ReplyDelete
  5. waaaaa....sambong2...
    taknak cdey2..nk happy......

    ReplyDelete
  6. hohohho...
    sdihnya part ni...
    nak daniel bngun....
    best2x...

    ReplyDelete
  7. sedeynya part nehh...isk3

    btw,cik bulan..i amek words yg last skali tu eh..
    nk wat entry kt my blog..credit to u la.

    ReplyDelete
  8. cedihnyeee....
    sape punya angkara ni..

    ReplyDelete
  9. Dr Fakri nak masuk line lak..
    x kan dia x tau Daniel tu husband Ain..
    manusia, manusia..

    ReplyDelete
  10. ~ngee...!! sedey r,, time2 cam nie plak fikri nk gorat ain,, apa laa.. ain tu isteri org.. harap2 laa daniel x ape2...

    ReplyDelete