Hai, nama aku Puteri Laila Majnun Perwangi Sandaran Hati. Oke, aku tipu je! HAHA. Nama aku, Safiyyah binti Abdullah. Ini peringatan, jangan panggil aku Safi, Yaya atau entah apa-apa nama yang bunyinya sangat manja!
“Opie!” Nana tarik kerusi bertentangan dengan Opie. “Hape je, termenung sana-sini ni?” Gelas berisi teh ais yang masih berbaki separuh itu ditarik, lalu tanpa pamitan terus sahaja disedut air coklat susu itu.
“Hape je, yang tak reti nak bagi salam ni?” Opie dah keluar aura mari-menjadi-ustazah-untuk-lima-saat.
Nana tarik sengih panjang. “Assalamualaikum, Safiyyah!” Kaki ditarik menjadi sila di atas kerusi.
Opie mencebik. “Waalaikumussalam.” Marah tu marah jugak, tapi salam tu wajib jawab ye. “Mana je kau pergi ni?” Tak pasal-pasal, aku yang kena buat presentation sorang-sorang. Cheh!
“Biasalah, overslept.” Fail berwarna hijau muda yang terbentang di atas meja, ditutup. “Makan, dah?”
“Dah.” Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Galaxy Mini di dalam backpack dikeluarkan, laju sahaja tangannya menaip.
“Mesej Jibek lagi?”
Opie menarik senyum segaris. “Kenapa?”
Nana menghela nafas berat. “Sampai bila nak mesej dia?”
“Sampai dia terbukak hati nak terima aku.”
“Sudah-sudahlah mengharap, Opie.” Dari zaman sekolah, sampailah dah masuk universiti, Opie ‘gagah’ gila tunggu si Jibek ni.
“Tak salah mengharap, Nana.” Galaxy Mini kembali disumbatkan ke dalam poket hadapan backpack. “InsyaAllah, lama-kelamaan dia dapat terima aku.”
Nana menongkat dagu dengan tangan kanan. “Long-distance relationship macam ni, susahlah Opie.”
Opie tunduk menekur permukaan meja. Betul apa yang Nana cakapkan tu, long-distance relationship memang susah. Sudah terang-terang jarak masa mereka berbeza. “Nana, kenapa kau tak suka Jibek tu?” Kepala diangkat memandang Nana.
“Ada aku cakap, aku tak suka Jibek?”
“Action speaks louder than word, Na.” Fringe yang menutup pandangan diselak kasar. “Spill it out, Na.”
Nana menarik nafas panjang. “Jibek tu, dia macam buat tak heran je dengan kau. Tapi, kau still layan dia baik-baik. Kadang-kadang, aku rasa macam kau ni..”
“Terhegeh-hegeh?” Potong Opie laju.
“Opie, dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni.” Nana dah rasa serba-salah. “Kalau betul Jibek tu rasa apa yang kau rasa, dia takkan buat kau terkapai-kapai macam ni.”
“Aku percaya, satu hari nanti, Jibek akan terima aku.” Fail dimasukkan ke dalam backpack. “Aku gerak dulu.” Backpack disangkutkan ke bahu.
Nana hanya mampu memandang bayangan Opie yang semakin lama menghilang. Nafas berat dihela, lemah. Opie, aku taknak kau terluka.
******
Backpack kelabu-merah itu diletakkan di atas meja study. Terus sahaja badannya dihenyakkan ke atas tilam separa empuk. Bilah-bilah kipas yang laju berputar di siling, dipandang lama.
“Opie, sampai bila kau nak kejar aku?”
Opie tergelak kecil. “Bila masa pulak aku kejar kau?”
“Opie..”
Opie duduk bersandar pada kepala katil. “Jibek, aku tak paksa kau untuk terima aku. Aku cuma..”
“Tapi cara kau tu, aku lemas!” Potong Jibek keras.
Bibir bawah digigit kuat bagi menghilangkan rasa sebak yang mulai muncul. “Sorry, aku taktau.”
“Opie, you need to stop this.”
“Salah ke aku sukakan kau?” Suara Opie sudah mula bergetar.
“Opie..”
“Salah ke, Jibek?”
“Tak.”
“Habis tu?”
“Aku belum bersedia.”
“It’s okay, take your time.” Jari telunjuk dibawa menyeka bawah mata. “Jibek, aku kena offline ni. Esok ada kelas pagi.” Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.
“Hmm.. okay.”
Adakah perasaan suka yang menjengah hatinya ini, salah? Dia sendiri tidak sedar bila masa perasaan suka ini menjengah hatinya.
******
“Hoi, senyum lebar nampak!” Bahu Jibek ditepuk dari belakang.
“Kau main sergah-sergah ni, apa hal?” Nasib tak tercampak iPhone ditangan kanannya. “Report kau, dah siap?”
“Opie mesej, kan?”
Jibek menjulingkan matanya. “Amende kau merepek ni.”
“Eleh, taknak mengaku!” Tempelak Amar. “Opie sorang je boleh buat kau sengih macam kerang busuk ni.” Dalam tempoh dua tahun, Amar dah faham sangat dengan kerenah si Jibek ni.
“Report kau, dah siap ke belum?” Jibek cuba tukar topic.
“Siapa yang mesej kau tadi?”
Jibek mengerut dahi. “Mak aku.”
Ringan sahaja Amar nak hentak kepala si Jibek ni dengan buku Mircob setebal dua inci tu. “Kau jangan nak menipu aku.” iPhone milik Jibek di atas meja study itu dijeling penuh makna.
“Amaaaarrr!!”
Amar sudah berlari ke ruang tamu, jarinya cekap menari-nari di atas screen iPhone itu. “Hah, kan betul aku cakap!” Screen yang memaparkan bubble-talk itu diunjukkan pada Jibek. “Susah betul nak mengaku.”
“Yang kau memekak malam-malam buta ni, kenapa Amar?” Faris yang sedang menyiapkan assignment mengalih pandang.
Amar berdiri sambil mencekak pinggang. “Jibek ni ha, susah betul nak mengaku.”
Faris menjungkitkan kening kirinya. “Opie mesej?” Faris sudah tersengih panjang.
Refleks Jibek menepuk dahinya, kuat. “Apa salahnya kalau Opie tu mesej aku?” Sungguhlah dia tak faham, kenapa Faris mahupun Amar terlalu excited kalau si Opie tu mesej.
“Salah tu memanglah tak salah.” Faris memusingkan badannya memandang Jibek. “Kau sebenarnya, sukakan Opie tu kan.”
Jibek mengerut dahi. “Bila masanya, pulak?”
“Kalau kau tak suka dia, kenapa kau still layan segala mesej dia?” Amar sudah duduk bersila di atas lantai.
Jibek mengangkat bahu. “Dia kawan aku, apa salahnya kalau aku reply mesej dia.” Memang betul pun Opie tu kawan dia dari sekolah menengah lagi.
Faris menjungkitkan kening kirinya. “Kawan?”
“Ye, kawan.”
“Tapi kau sanggup bayar roaming mahal-mahal semata-mata nak reply mesej dia?” Faris dah keluar aura sarcasm.
“Habis tu, takkan dia pulak nak habis credit semata-mata nak mesej nombor US aku.” Jibek taknak kalah.
Faris mencebik. “Kau sanggup beli credit skype semata-mata nak call dia tu?”
“Aku call family aku jugak apa.” Jibek still taknak kalah.
“Kau sanggup online masa kelas Microb semata-mata nak skype dengan dia tu?” Amar pula mencelah.
Jibek dah mati kutu. “Bak meh sini telefon aku tu.” Tapak tangan dihulurkan di hadapan Amar.
“Selagi kau tak jawab, aku takkan bagi.” iPhone milik Jibek dah selamat dimasukkan ke dalam seluar Bermuda yang dipakainya.
“Amar!” Jibek dah geram.
“Susah sangat ke nak mengaku perasaan kau tu?” Potong Faris.
“Korang tak faham perasaan aku!”
“Apa yang kitorang tak fahamnya?” Tanya Amar dan Faris, serentak. “Cuba, explain. Bagi kitorang faham.”
Jibek menarik nafas panjang. “Aku dengan Opie, dah kawan lama.”
“So?” Potong Amar laju.
Jibek duduk bersandar pada kaki sofa. “Aku taknak rosakkan friendship kitorang selama ni.”
“Yang kau cakap pasal belum bersedia tu, apa kes pulak?” Beberapa hari lepas, Faris ada terdengar perbualan telefon di antara Jibek dan Opie.
“Mana kau tau?” Jibek pelik.
“Jawab je lah soalan Faris tu.” Potong Amar laju.
Jibek menggaru pelipis kirinya. “Aku cakap macam tu sebab, aku taknak dia terus tunggu aku. Aku tak rasa long-distance relationship macam ni akan bertahan.”
Refleks Faris menepuk dahinya. “Duhhh.. kau bukannya budak-budak lagilah, Jibek. Umur kau dah 21 tahun, oke!”
“Apa yang kau cakap tu, tak mengubah apa-apa pun. Kan?” Tanya Amar sambil menjeling Faris.
Jibek menggeleng lambat-lambat. “Opie tu, she’s stubborn lah. Apa aku cakap, semuanya dia taknak dengar. Macamlah ada seorang lelaki je dalam dunia ni.”
“Kalau aku cakap kau ni bodoh, macam tak kena pulak since kau boleh fly datang US ni.” Faris mengetuk-ngetuk dagunya. “Apa kata, kau luahkan je apa yang kau rasa dekat si Opie tu.”
Membulat terus mata Jibek. “Gila!” Punyalah dia suruh si Opie tu lupakan dia, takkanlah alek-alek dia pulak nak luahkan perasaan. Memang gila!
“Bukan suruh kau directly approach, lah.” Faris menarik sila ke atas kerusi. “Bagilah, lagu.”
Jibek mengerut dahi. “Kau ingat, ni zaman Agogo ke nak main bagi-bagi lagu?” Faris ni pun, bagilah idea bernas sikit.
“Weh, kenapa kau ni bengap sangat?” Amar dah geram. “Sekarang ni kan, dah ada Facebook. Kau post je lah lagu dekat wall kau.”
“Habis tu, macam mana dia nak tahu lagu tu untuk dia?” Takkanlah nak tulis ‘this song is specially dedicated to Safiyyah Abdullah.’ Memang buat kerja gila!
“Macam ni …”
******
“Nana, boleh tak kalau aku nak approach je Jibek tu?” Tanya Opie tanpa mengalih pandang ke arah Nana.
Nana mengalih pandang ke arah Opie yang sedang mengadah siling itu. “Kenapa?”
Opie mengangkat bahu. “Random.”
“Kau cakap, dia belum bersedia? Kalau kau approach, tak ke macam memaksa dia?”
Opie memeluk erat-erat bantal peluk. “Aku rasa, sikit masa lagi, aku boleh gila lah.”
“Dia buat kau gila?”
“Bukan dia. Tapi aku sendiri yang buat aku jadi gila.”
“Huh?” Nana tak faham. Badannya dipusingkan supaya menghadap Opie. “Apa kau merepek ni, Opie?”
Opie bangun dari baringnya. “Hati aku ni, setiap kali terfikirkan dia, rasa macam nak meletup. Selagi boleh tahan ni, aku tahanlah tapi kalau dah lama-lama, aku tak jamin boleh tahan.”
“Habis tu, kau ingat kalau approach dia tu, boleh selesai semua masalah?” Sungguhlah Nana tak faham dengan si Opie ni. Apa yang yang dia suka sangat dekat si Jibek tu entah.
Opie mengangkat bahu. “At least, aku dah takde simpan beban.” Kena reject ke hape, Opie memang letak tepi.
“Kau nak buat apa?”
Opie menarik senyum penuh makna. “Aku nak bagi dia, lagu.”
“Lagu?”
Opie mengangguk lambat-lambat. “Yupp, lagu.”
“Lagu apa?”
Opie mengenyitkan matanya. “Rahsia.” Opie kembali baring memandang bilah kipas, dalam kepala sibuk memikirkan lagu apa yang patut dia berikan kepada Jibek.
“Opie, assignment kau dah siap ke?”
“Nanti malam, aku buatlah.” Jawab Opie malas-malas.
Nana menggeleng. “Opie, it’s already eleven. Malam kau pukul berapa?”
Membulat terus mata Opie. “What?!” Jam di pergelangan tangan dipandang lama. “Kenapa kau tak tegur aku, awal-awal?” Rungut Opie sambil mengeluarkan beberapa helai kertas dari perut fail berwarna oren itu.
“Dah kau tu sibuk tersengih sana, tersengih sini. Malaslah aku nak kacau.” Nana kembali memusingkan badannya.
“Kau ni memanglah, Nana.” Rungut Opie sambil menyelak kasar helaian buku rujukan Numerical Analysis itu.
******
Jibek bangun awal pagi hari ni, semata-mata nak ikut plan yang dirangka oleh Faris siang semalam. Kalau tak jadi plan ni, memang dia boleh hentak kepala bagi pecah sebab malu punya pasal.
Terketar-ketar jarinya menaip bait-bait yang sudah tersusun rapi di dalam kotak fikirannya. Attachment file sudah berjaya di-upload. Mintak-mintaklah, si Opie tu bukak email dia hari ni. Fuhhh..
Bismillahirrahmanirrahim. Butang send, ditekan.
******
Opie membuka ruangan emailnya. Laju sahaja jari-jemarinya menari di atas papan kekunci laptopnya itu. Attachment file masih loading. Kepalanya ligat berfikir ayat apa lagi mahu diletakkan di dalam ruangan kosong itu.
Elok sahaja attachment file berjaya di-upload, laju sahaja jarinya menekan butang ‘send’. Bismillahirrahmanirrahim. Mintak-mintaklah si Jibek tu bukak email dia hari ni. Fuhhh..
*to be continued ..
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
woot woottttt..
ReplyDeletelong distance relationship meyh??
nice.. =)
haha~ comel ^^
ReplyDeletehahaha..mcm comel je mereke berdue neh..cpt2 smbg cik bulanhijau =)
ReplyDeletewaaa... ldr, nice! xsbr nk tggu smbungn :)
ReplyDelete_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
huk3..
ReplyDeletememasing hntr lgu ni ape kes??
cptlah smbung lg!! heeeee
ReplyDeletenak lagiiiiiiii
ReplyDeletePerghhh pedih.
ReplyDeletehaha.. cik bulan meroyan..
ReplyDeleteske2...
ngee~
ReplyDeletenak lgi..nk lgi..mcm besh jew..huu..
suka banyak2!!!
ReplyDeletecomel!!!!nak lagi...2-2 kasi lagu yg same ke...?
ReplyDeletewah..
ReplyDeletecepat2 sambung ye....
x sabar....
(^___^)