Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, November 24, 2010

hope 12

Aiman berdiri di pintu dapur sambil berpeluk tubuh. Gadis bert-shirt lengan panjang berwarna hitam yang leka membasuh pinggan mangkuk itu sudah semestinya tidak perasan akan kewujudannnya di situ. Aiman perasan, Wye sedikit kekok ketika di meja makan sebentar tadi.

Agak-agaknya kalau aku panggil dia, dia terkejut sampai tercampak pinggan tak? Monolog Aiman dalam hati. Aiman menjeling sekilas ke arah ruang tamu, Maknya sedang ralit menonton drama bersiri dari negara seberang; Cahaya.

Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus panjang. Bismillahirrahmanirrahim.. “Wye..” Panggil Aiman.

Wye yang sedang membasuh pinggan tadi sedikit terkejut. Pinggan yang masih berlumur dengan sabun tadi dipegang kejap. Nafas panjang ditarik berulang-kali bagi memperlahankan kadar degupan jantung yang seakan mahu melompat keluar dari badan.

“Hmm..” Jawab Wye perlahan sambil mata dipejam rapat. Tolonglah jangan cakap Aiman tengah berdiri sebelahnya sekarang ni.

“Kau marah aku lagi ke?” Tanya Aiman

Refleks Wye membuka matanya yang terpejam sedari tadi. Wye merasakan Aiman terlalu hampir dengan dengannya. Wye menjeling Aiman dengan ekor mata. BAM ! He’s too close!

Wye bergerak selangkah ke kanan. Ehhemm.. Eheemm.. “Tak” Jawab Wye pendek. Wye merungut dalam hati. Ishh.. kenapalah mulut ni jawab pendek sangat?!

Aiman bergerak ke belakang sedikit lalu menyandar pada counter dapur. “Kalau tak marah, kenapa kau macam nak lari je?” Tanya Aiman lagi.

Wye diam. Dalam kepala pelbagai jawapan telah siap dirangka elok tetapi apabila berhadapan dengan Aiman seperti ini, lidahnya automatic menjadi kelu.

Wye menghabiskan bilasan yang terakhir. “Takde siapa yang lari pun” Jawab Wye lambat-lambat.

Selesai pili air ditutup, Wye mengelap tangan yang basah pada kain yang memang tersedia digantung pada pintu cabinet dibawah sinki.

Aiman mengangkat kening sambil membuat muka kau-tak-angkat-call-tu-bukan-melarikan-diri-ke. Wye yang kini jaraknya hanya semeter darinya dipandang penuh minat.

“Tapi kau tak angkat pun call aku” Ujar Aiman apabila Wye hanya berdiam diri

Wye angkat bahu. “Tak sempat nak angkat” Jujur Wye. Memang pun, setiap kali Aiman call, dia tak pernah sempat nak pick up the phone.

Wye berdiri di muka pintu dapur. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. “Are we done yet?” Tanya Wye.

Wye menunggu jawapan Aiman penuh minat. Wajah Aiman yang kelihatan kusut itu ditenung tanpa jemu. “Aku ada banyak assignments nak kena buat, kalau kau takde benda nak cakap, I’m off” sambung Wye lagi. Bukan berniat sengaja mahu menipu tetapi dia tak betah lagi mahu berada dalam situasi yang agak jangggal ini.

“Don’t you miss us?” Tanya Aiman tanpa mengangkat wajahnya. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa perit untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini.

Wye yang baru sahaja ingin melangkah meninggalkan dapur terus terhenti. ‘Don’t you miss us?’ Orang buta hati je akan jawab ‘No’ tapi bukan senang nak mengaku apa yang ada dalam hati ni.

Nafas ditarik panjang. “Aku tak pernah sedetik pun lupakan kau” Jawab Wye jujur tanpa berpaling memandang Aiman. Dapat dirasakan pipinya mula menghangat lalu Wye cepat-cepat meninggalkan Aiman di dapur.

Aiman yang ditinggalkan Wye mula menarik senyum perlahan-lahan. Berbunga-bunga hatinya mendengar pengakuan Wye tadi. Bukan senang nak dengar pengakuan macam tu keluar dari mulut Wye. And yeah, I do think of you all the times too, Yisha!

*****

Wye menutup rapat pintu biliknya. Lama dia bersandar pada belakang pintu bagi menghilangkan debar. Jantung kini terasa seakan mahu keluar dari badan. Kalau dalam cerita cartoon tu, memang dah melompat-lompat jantung ni ha.

“Aku tak pernah sedetik pun lupakan kau”

Wye memejam matanya rapat-rapat apabila ayat yang diungkapkannya tadi bermain-main di mindanya. Haihhhh.. apalah sengal sangat sampai boleh cakap macam tu! Haaa, lepas ni confirm malu gila nak berdepan dengan Aiman. Silap haribulan, Aiman siap buat ulang tayang lagi. OH NO!

Wye beralih duduk di birai katil. Perlahan-lahan tudung di kepala dibuka. Rambut yang serabai langsung tidak menarik minatnya. Bantal di kepala katil dicapai lalu dipeluk erat lalu kepalanya ditekupkan pada bantal. Malunyaaaaaaaaaa !

Beep! Beep!

Handphone di atas katil berbunyi menandakan ada mesej masuk. Wye teragak-agak untuk membuka inboxnya. Tolonglah jangan mesej ni dari Aiman. Fuhhhhh!

I do think of you all the times too
-Aiman Kacak-

BAM! Wye rasa macam nak pengsan. Aiman ni ada superpower ke hape?!

Beep! Beep!

Lagi sekali handphone Wye berbunyi. Cepat sahaja jarinya menekan ‘Show’.

Psssstt.. Kau comel bila blushing :D
-Aiman Kacak-

Refleks Wye memegang pipinya. Panas! Haaaaaaaaaaaaa… malunya! Aiman ni jahat betullah.

“Eleh kau, jahat-jahat Aiman tu, kau sayang jugak” Ejek hati Wye.

Wye mengembungkan pipinya. “Mestilah sayang. Namanya pun Abang” Jawab Wye.

“Abang ke?” Ejek hatinya lagi

Wye menggelengkan kepalanya laju-laju berharap agar suara tadi pergi meninggalkannya. Wye tahu, kalau dia berperang dengan hatinya, mana mungkin dia akan menang. Sudah semestinya hatinya lebih mengetahui apa yang dirasanya kini. Kan?

Pap! Kuat Wye menepuk dahinya. “Skype JD tadi tak reply pun” Ujar Wye perlahan. Agak-agak dia dah offline ke?

Frust je Wye apabila mendapati JD dah pun Sign Out dari Skype. Haaa.. padan muka kau! Tu lah, tadi excited sangat bila Aiman ajak turun makan.

“Nak buat macam mana ni?” Tanya Wye sendiri sambil mengetuk-ngetuk perlahan dagunya. Hmm… Ahha !

*****

Aiman yang ralit menonton TV mengalih pandang apabila dia ternampak kelibat Wye di ruang tamu. Wye yang lengkap berpakaian sukan itu ditenung pelik.

“Nak pergi mana?” Tanya Aiman pelik. Heh, apa hal tiba-tiba si Wye ni nak pergi bersukan tanpanya?

Wye yang sedang menunduk mencari kasut sukannya di dalam almari mengalih pandang. “Jogging” Jawab Wye kemudian menyambung pencariannya. Heh, mana pulak kasut ni menyorok?!

Aiman bangun dari couch. “Jogging? Dengan siapa?” Aiman beriya-iya nak tahu.

Wye mengangkat bahunya. “Classmate” Jawab Wye “Kau tak kenal pun” Sambung Wye lagi.

Aiman mengecilkan matanya. Ishhh.. tak boleh jadi ni. “Lelaki?” ada sedikit berbaur cemburu pada nada suara Aiman

Ahha! Ada pun kasut! “A’ah” Jawab Wye sambil mengeluarkan kasutnya. Tapak kasut diketuk-ketuk pada lantai.

“Aku ikut!” Ujar Aiman tiba-tiba apabila dia menyedari ada sebuah kereta Peugeot berhenti di depan pagar rumahnya.

Wye yang sedang menyarung kasut tadi mengangkat kepala “Eh?” Wye pelik

“Kau cakap dengan kawan kau tu, tunggu 5 minit. Aku tukar baju kejap” Ujar Aiman lalu meninggalkan Wye.

“Aiman..!!” Jerit Wye kuat

“5 minit..!!” Jerit Aiman tanpa memandang Wye.

Aiman berlari naik ke tingkat atas. Huh, siapa pulak mamat drive Peugeot tu?! Bersuka ria pulak nak keluar jogging dengan Wye. Yang tak boleh blah, macam mana dia tak pernah kenal dengan mamat tu?! Sedangkan selama ini, semua kawan Wye, boleh dikatakan dia kenal. Is he the one? Aiman menggelengkan kepalanya berkali-kali. DAMN IT !

15 comments:

  1. haha.. bravo! you're back on track.
    lepas sms 'kau comel bila blushing' tu.. aku yg cair! aduhaii la.. haha

    ReplyDelete
  2. JD tolong jgn kacau line aiman...
    wye is for aiman ONLY...heee~

    cik bulan, i like this..."Aku tak pernah sedetik pun lupakan kau"...comel saja. ;)

    ReplyDelete
  3. oh..
    aiman rasa dia tergugat..
    cepat aiman kalu xnak wye terlepas..

    ReplyDelete
  4. yup..aiman perlu make move now so that wye tak terlepas pade org len..

    ReplyDelete
  5. Aiman kene cpt...klu x melepas laa...

    ReplyDelete
  6. aiman, pegang wye kuat2
    if not she will run away!

    ReplyDelete
  7. ngee~
    aiman,, make a move fast,,
    nanti wye terlepas..
    huhu

    ReplyDelete
  8. sorry lambat

    best2!! nak lagiiiii
    comel gle aiman! rawwwww


    -syazana

    ReplyDelete
  9. sweeeeeeeeeetttttttttt sgt.......... best sgttttttttt... apa lagi nak cakap eh? 'cepat sambung'boleh ke ckp cm 2...
    pic yisha tu amat lah comel..mmg comel lah klo dia blushing... like it so much...

    ReplyDelete
  10. aiman..
    less than three

    HAHA..

    ReplyDelete
  11. Aiman plz make a great move.
    Tu la ms mak ko nk minang Wye tuk ko ko tolak. Haa.. ni mai lak psaing yg nk rebut hati Wye. So, plz la terus terang rasa hati pd Wye. Chayok2x Aiman. Love Wye n Aiman for ever. ;D

    ReplyDelete
  12. Hee , aiman sudaa jealous .
    But , if wye n JD pon okay jgak ..
    ;DD

    ReplyDelete
  13. saya-suke-HOPE tp sy-lagi-suke-penulisnya..wink..~~

    hehehe

    ReplyDelete