Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, May 11, 2011

Laila 2

Mac 2010

Laila bersandar pada kepala kerusi bagi menghilang lelah. Kepala digerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan. Segenap ruang perpustakaan di pandang, lama. Sudah 6 bulan hubungannya dan Hasif berakhir. Walaupun hatinya masih berbekas luka, dia selalu mendoakan yang terbaik untuk Hasif. Mungkin, Hasif bukan jodohnya.

“Hai.” Tegur satu suara.

Laila yang sedang mengelamun terus terjaga. Figura seorang lelaki menyapa pandangan. “Ye?” tanya Laila perlahan. Well, dalam library kot, takkan nak cakap sampai sebatu boleh dengar.

“Laila kan?” tanya lelaki itu lagi.

Laila mengangguk perlahan. “Kita kenal ke?”

Lelaki tadi mengangkat bahu. “Kita sama kelas, Calculus.” Jawab lelaki tadi tenang.

Laila menggeleng perlahan. “Sorry, saya tak cam.”

Lelaki tadi terus menarik kerusi di hadapan Laila. “By the way, nama saya Aqil.” Ujarnya lalu terus duduk di hadapan Laila.

Laila menggaru kening yang tak gatal. “Ada pape yang saya boleh tolong ke?” Laila sedikit canggung.

Aqil menarik senyum. “Macam ni, saya rasa nak jadikan awak tutor saya. Boleh?”

Ternganga mulut Laila. “Hah?”

“Well, test hari tu saya fail. You got the highest marks kan?”

Laila mengangkat bahu. “Tak tahu. Apa kata, awak mintak tolong lecturer je.”

Aqil mula bermain-main dengan pen yang terdampar di atas meja. “Saya tak selesa nak consult lecturer. Kalau dengan member, lagi okay kot.”

Laila mulai resah. “Tapi..”

Belum sempat Laila mahu menghabiskan ayatnya, bahunya ditepuk perlahan. “Laila, jom balik.” Ajak Fifi.

Laila mula mengemas segala buku dan nota-notanya di atas meja. “Saya balik dulu.”

“Eh, saya tak habis cakap lagi.” Tegah Aqil.

Laila mengalih pandang. “Saya tak boleh. Apa kata, awak cari orang nama Aiman. He’s good too.”

Laila terus meninggalkan Aqil tanpa sempat Aqil meneruskan apa-apa. Di satu sudut kanan library, ada sekumpulan remaja lelaki yang sedang mentertawakan Aqil.

“Tak dapat de.” Ejek satu suara di belakang Aqil.

Aqil mendengus. “Ini baru mula”

“Budak tu tak layan lelaki de” Ejek satu suara lagi.

Aqil menumbuk meja, kuat. “Aku akan buat perempuan tu sujud dekat kaki aku.”

*****

“Kau kenal mamat tu?” Tanya Fifi

Laila menggeleng kepala. “Dia cakap dia satu kelas dengan kita. Kau kenal?”

“Kenal. Tapi aku sekadar tahu nama dia je lah. Apa dia nak dekat kau?”

Laila mengangkat bahu. “Jadi tutor dia.”

“Kau setuju?”

“Tak. Kau tahu kan, selepas peristiwa dulu tu, aku tak rasa aku boleh rapat dengan mana-mana lelaki.”

Fifi diam. Dia taknak luka yang selama ini semakin sembuh kembali berdarah. Walaupun bukan dia yang terpaksa menanggung setiap kesakitan itu, dia turut merasa sakit tersebut. Di depan matanya sendiri, Laila cuba bangun dari dunia gelapnya.

“Fi, hujung minggu ni, temankan aku tengok wayang.” Ajak Laila.

Mata Fifi terus bercahaya. “Nak tengok cerita apa?”

Laila tergelak perlahan. Fifi ni, pantang kalau diajak tengok wayang. Excited! “Entah. Belum decide lagi. Kita tengoklah macam mana nanti.”

Fifi mengangguk perlahan. “Malam ni, kita makan apa, Laila?”

Laila mengangkat bahu. “Aku tak rasa macam nak makan. Aku temankan kau je lah.”

*****

Laila rasa mahu menjerit sahaja apabila keluar dari bilik Pensyarah Calculus nya tadi. Aqil ni memang dah melampau! Macamlah dah takde budak lelaki mahu dijadikan sebagai tutor!

“Hello, cikgu.” Tegur satu suara di belakang Laila.

Laila berpusing ke belakang. “Awak nak apa sebenarnya ni?!” Marah Laila. Geram.

Aqil tergelak perlahan. “Bukan ke, Puan Maizatul dah terangkan semuanya dekat awak tadi?”

Laila mendengus geram. “Memanglah. Tapi, kenapa saya? Ramai lagi manusia hebat dekat luar tu.”

Aqil mengangkat bahu. Langkah di atur mendekati Laila. Aqil berhenti apabila jarak diantara mereka hanya dua kaki. “Sebab, saya sukakan awak.” Ujar Aqil perlahan lalu terus meninggalkan Laila.

Laila memejam celikkan matanya. Laila, jangan jadi bodoh! Jangan kau biar diri kau diperbodohkan lagi sekali.

“Oh, lagi satu. Tadi saya minta nombor telefon awak dari Puan Maizatul. Harap awak tak kisah.”

Laila memincingkan matanya. “Tolonglah jangan kacau hidup saya.”

Aqil berjalan merapati Laila. “Saya bukan nak menyusahkan hidup awak. Saya cuma nak kenal dengan awak.”

“Tapi saya…”

Belum sempat Laila mahu meneruskan ayatnya, Aqil terus meninggalkannya. Laila rasa nak cekik-cekik je si Aqil tu. Tiba-tiba handphone bergetar tanda ada mesej masuk.

+ Hey, awak marah comel.

Laila rasa macam nak campak je handphone tu dekat dinding. Biar pecah berderai. Biar si Aqil tu tak dapat hubungi dia lagi.

****

“Apa yang awak tak faham sebenarnya?” tanya Laila sambil tangannya laju membuka helaian buku rujukan Calculus setebal 2 inci itu.

Aqil menggaru keningnya. “Semua.”

Laila terkejut. “Hah?”

“SEMUA.” Tekan Aqil geram.

“Takkan satu pun tak faham? Basic pun?”

“Which part of ‘semua’ yang awak tak faham ni?”

Laila menjeling geram. Ek-eleh, kita tanya, kita pulak yang kena marah. Hempuk dengan buku tebal ni, baru tahu! Biar terus bingai sampai mati. Ish, Laila, kau ni tak baik tau!

30 minit kemudian..

“Boleh kita take five? Penatlah.” Ujar Aqil. Hah, padan muka kau!

Laila yang sedang menyiapkan soalan tutorial terus mengalih pandang. “Baru setengah jam, awak dah complain penat? Meh nak tengok berapa soalan yang awak dah buat.”

Helain test pad kini bertukar tangan. “Baru 3 soalan je?” Marah Laila. Ish, budak ni memang tak faham ke, saje buat-buat tak faham? “Hah, salah pulak tu.”

Aqil menggaru keningnya. “Salah?”

Laila menunjukkan helaian kertas A4 tadi di hadapan Aqil. “Haa.. semua salah.” Pen di tangan di larikan di atas kertas. “Apa kejadahnya awak integrate 2x jadi 2 ni?”

“Eh bukan macam tu ke?” Aqil dah blur. Okey, part blur ni memang betul bukan dibuat-buat.

Laila memicit perlahan batang hidungnya. Budak ni lahh.. “Kalau integrate 2x jadinya, x2 lah. Yang awak buat ni, differentiate.”

“Kan saya dah cakap, saya tak faham semua.” Marah Aqil. Kan dah terjatuh ego aku!

“Saya takdelah aspect sampai macam ni. Takkanlah basic pun awak tak tau?”

Aqil mencampak pen di tangan. “Sudahlah. Malas saya nak belajar kalau macam ni.” Marah Aqil lalu mula bangun dari duduknya.

Laila mula resah. “Eh, janganlah macam tu. Puan Maizatul dah amanahkan saya untuk ajar awak. Saya taknak jadi orang yang tak amanah.” Ujar Laila. “Hmm.. macam ni lah, biar saya ajar awak dari mula.”

*****

“Syok de belajar?” Ejek Saiful.

Refleks bantal ditangan melayang. Pap! Betul-betul kena batang hidung. Hah, padan muka! “Kau diamlah!” marah Aqil.

“Tu lah, konon nak mengayat cara lain. Alek-alek diri sendiri yang kena.” Ejek Amar pulak.

Aqil hanya diam. Memang tercalar egonya siang tadi. Tak ke malu? Kalau perkara basic mengenai calculus pun dia tak tahu. Mananya tak fail masa ujian tempoh hari. Tapi, macam ada satu perasaan halus yang menjetik hatinya sebentar tadi.

Sikap Laila yang lembut tadi menarik perhatiannya. Laila memang tak putus asa nak mengajar dia tadi. Memang scene bebal tadi, tidak dibuat-buat. Lahir dari hati. Cheh, konon!

“Aku taknak main lagi. Aku tak sampai hati.” Ujar Aqil. Terasa kejam pulak kalau dia mainkan Laila macam tu. Laila tu Nampak macam budak baik.

“Ek eleh, baru sehari, takkan dah jatuh cinta kot” ejek Saiful pula.

“Bukan masalah jatuh cinta. Laila tu budak baik lah.”

“Apa selama ni, budak yang kau ‘ayat’ semua tu tak baik?”

Aqil meraup mukanya. Ish, pening! “Laila ni, dia lain.” Aqil tidak pulak menghabiskan ayatnya. Ya, dia akui, Laila itu budak baik. Naïve.

+ Esok cancel lah. Sy ade extra kelas.

Handphone di tangan di pandang, lama. Entah kenapa, baru sehari dia luangkan masa dengan Laila, dia rasa lain macam. Macam ada sesuatu yang menjentik hatinya.

-  Ok

“Baru cakap, awek dah mesej. Ada chemistry, siot.” Ejek Saiful.

Aqil memandang lama ke arah Saiful dan Amran yang sedang mentertawakannya. Aqil terus bangun lalu keluar dari biliknya. Pintu bilik dihempas kuat. Puas hati aku!

*****

“Saya tengok, prestasi awak semakin meningkat.” Ujar Puan Maizatul.

Aqil tersengih malu. “Terima kasih, Puan.”

Puan Maizatul menggeleng perlahan. “Awak sepatutnya berterima kasih pada Laila, bukannya saya.”

Laila yang duduk di sebelah Aqil mula tak senang duduk.  Pipi dah rasa panas semacam. “Eh, saya bukannya buat apa pun. Aqil sendiri yang belajar.”

Laila dan Aqil keluar dari bilik Puan Maizatul. Laila berjalan laju meninggalkan Aqil di belakang.

“Laila..!” Panggil Aqil kuat sambil dia cuba mengejar Laila. “Terima kasih.” Ujar Aqil ikhlas.

“Sama-sama”

“Saya belanja awak makan?”

“Takpelah, terima kasih”

“Saya hantarkan awak sampai kolej?”

“Takpe, Fifi ada tunggu saya dekat library.”

“Haa.. kalau macam tu, biar saya je hantar korang balik. Boleh?”

Laila memperlahankan langkahnya. “Awak nak apa sebenarnya ni?”

“Saya cuma nak berkawan dengan awak.”

“Tapi saya…”

“Saya tahu, saya tak cukup baik nak berkawan dengan awak. Tapi, saya ikhlas.”

Laila menghela nafas berat. “Saya..”

“Macam ni lah, kalau awak berat hati nak terima saya sebagai kawan awak, awak anggap je saya ni macam anak murid awak. Boleh?”

“Tapi saya..”

Aqil menggaru keningnya. “Awak ni, dari tadi asyik tapi tapi. Awak ni gagap ke?”

Laila memincingkan matanya. “Dah awak asyik potong cakap saya je, macam mana saya nak cakap?” Marah Laila. Geram.

Aqil menarik sengih. “Hee. Sorry, cikgu. Jomlah, saya hantarkan awak balik kolej.”

“Saya dating dengan Fifi.”

“Iye, saya hantarkan awak dan Fifi balik.”

*****

“Laila, boleh aku tanya sikit?” Tanya Fifi.

Laila tergelak perlahan. “Kau ni, tanya je lah.”

Fifi berdehem perlahan. “Kau dengan si Aqil tu ada pape ke?”

Laila yang sedang menggosok baju terus mengalih pandang. “Kenapa kau cakap macam tu?”

Fifi resah. “Takdelah. Aku tengok kau dengan dia, macam ada pape. Aku taknak benda lam jadi balik.”

Laila menarik senyum. “Aku takde pape pun dengan dia. Lagipun, aku tolong ajarkan dia Calculus je.”

Laila meneruskan kerjanya yang terhenti tadi. Handphone di atas katil berkelip-kelip tanda ada mesej masuk.

+ dah makan?

Laila menarik senyum segaris. Aqil ni, kadang-kadang macam pelik sikit. Macam tahu-tahu je orang tengah mengumpat dia.

-  Belom.

+ kenapa tak makan lagi ?

- Malas nak turun

+ Nak sy belikan?

- Apa bezanya kalau awak beli dengan saya beli sendiri?

+ At least awak tak payah que =)

Laila menarik senyum segaris. “Fi, kau nak makan apa?”

“Eh, tadi cakap nak turun malam sikit.” Fifi pelik.

“Aqil cakap, dia nak belikan.”

Fifi menarik nafas berat. Haa, tengok tu. Baru tadi si Laila ni cakap diorang takde pape, ni dah sibuk nak belikan makanan pulak.

“Aku ikut kau je.” Jawab Fifi pendek.

Laila mengalih pandang. Laju sahaja jarinya menaip. Bibirnya pula, tak lenguh tersenyum sejak tadi. Laila, kau nak perkara dulu berulang kembali ke?

******

“Kau ni, Laila?” tanya satu suara.

Laila yang tadi tekun membaca novel mengalih pandang. “Ya, saya.”

Dua lelaki tadi menarik kerusi di hadapan Laila. “Kau kenal Aqil?” tanya si baju biru.

Laila mengangguk perlahan. “Kenapa?”

“Kau dengar sini baik-baik.” Ujar si baju hitam pula. “Kitorang nak bagitahu kau, si Aqil tu sebenarnya main-main je dengan kau.”

Laila mengerutkan keningnya. “Maaf, saya tak faham.”

Si baju biru tergelak kuat. “Kau jangan nak buat-buat tak faham. Macam lah kitorang tak tahu, kau sebenarnya dah jatuh hati dengan si Aqil tu kan?”

Laila menggeleng perlahan. “Apa yang awak berdua cakapkan ni?”

Kini giliran si baju hitam pula ketawa tetapi sedikit sinis bunyinya. “Kau tengok gambar ni.” Screen handphone di tunjukkan betul-betul di hadapan muka Laila. “Perempuan tu, awek dia.” Sambung si baju hitam. “Kitorang harap, kau faham apa yang kitorang cakapkan ni.”

Dua orang lelaki tadi beredar sebelum sempat Laila berkata-kata. Laila rasa dunianya kini bertukar kelam. Kenapa setiap kali bila dia punyai perasaan itu, akan ada perkara yang tidak enak terjadi?

“Laila, kenapa ni?” Tegur Aqil. Seingatnya sebelum dia ke tandas sebentar tadi, Laila baik-baik sahaja.

Laila menggeleng perlahan. “Takde pape.” Suara Laila mulai serak.

“Laila, kenapa ni?”

“Tolong tinggalkan saya sendirian.” Sayu sahaja suara Laila.

“Laila, apa salah saya?”

Laila menarik nafas panjang. “Kalau awak taknak pergi, saya sendiri akan pergi.”

Aqil menghela nafas berat. “Okay, okay. Saya akan pergi. Tapi sebelum, apa salah saya?”

Laila hanya menggeleng perlahan. “Just. Leave.”

******

“Fi, dia tipu aku.” Sapa Laila sebaik sahaja Fifi melangkah masuk ke dalam bilik.

Fifi terus mengalih pandang. Di tangan Laila, ada semangkuk besar ice cream vanilla. “Aqil?”

Laila menyudu ice cream ke dalam mulut. Laila hanya mengangguk perlahan. “Apa dosa aku?”

Fifi berjalan mendekati Laila yang duduk bersila di hadapan locker. Fifi turut bersila di hadapan Laila. “Kau tak buat apa-apa pun, Laila.”

“Tapi kenapa bila aku mula rasa selesa, ada saje benda nak meragut kegembiraan tu?” Tanya Laila sayu.

Belum sempat Fifi mahu membuka mulut, handphone milik Laila menjerit minta di angkat. Nama yang muncul di screen hanya dipandang tanpa perasaan.

“Kau taknak angkat?” tanya Fifi lembut lalu hanya dibalas dengan gelengan.

“Aku angkat eh?” tanya Fifi sekali lagi tetapi Laila hanya mengangkat bahu. Fifi terus menekan butang ‘Answer’.

“Laila, takde.” Sayup-sayup sahaja suara Fifi di telinga Laila. Fifi bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik.

“Apa yang kau dah buat dekat kawan aku tu ha?! Bukan ke aku dah pesan, kalau kau nak kawan dengan dia, kau jangan sakitkan hati dia!” Marah Fifi.

“Laila cakap, kau tipu dia. Baik kau cakap betul-betul dengan aku. Apa yang kau dah buat dekat dia?!” Sekali lagi suara Fifi memetir.

“Aku tak peduli dengan apa yang kau rasa. Kau nak suka dia ke, kau nak sayang dia ke, kau ingat aku kisah?!” Marah Fifi lagi.

“Fi..” Fifi terus mengalih pandang apabila suara serak Laila memanggilnya. “Biar aku cakap dengan dia.” Pinta Laila.

Fifi memandang Laila. “Betul ni?” handphone kini bertukar tangan.

“Hello. Aqil, saya ni, Laila. Awak tak perlu jelaskan apa-apa dekat saya. Apa yang saya nak cakap sekarang ni, saya harap persahabatan kita, sampai sini sahaja. Saya tak perlukan seorang kawan macam awak.” Ujar Laila panjang. “Pape pun, terima kasih sudi berkawan dengan saya walaupun tempohnya sangat pendek. Lepas ni, tolong jangan hubungi saya lagi. Assalamualaikum.” Pamit Laila lalu terus menamatkan panggilan.

“Laila.” Panggil Fifi.

Laila menggeleng perlahan. “Takpe, aku kuat. Aku, okay.” Jawab Laila perlahan lalu dia terus masuk ke dalam biliknya.

*****

Itu, kisahnya dulu. Kisah sewaktu dia masih mentah. Dimana, dia belum tahu apa erti ‘kasih sayang’ antara lelaki dan perempuan.

“No matter what happens, don't forget about people in your past. Some of them are the reason why you made it this far into the future.”

Ya, dia masih ingat kata-kata pujangga itu. Malah, dia berterima kasih pada dua lelaki itu. Kerana mereka, dia belajar erti hidup.

“Iskandar jadi datang?” tanya Mama sebaik sahaja dia sampai di meja makan.

Laila menarik senyum. “InsyaAllah.”

Laila menarik kerusi di hadapan Mamanya. Kata-kata Mama setahun yang lalu mula terngiang di telinganya. “Kadang-kadang, Allah temukan kita dengan orang salah sebelum kita ditemukan dengan orang yang betul. Nak tahu kenapa? Sebab, Allah sayangkan kita.”

Kata-kata Mama yang dia pegang sampai ke hari ini. Apabila dia bertemu dengan seseorang, dia sendiri akan pastikan, hubungan mereka tidak melangkaui dinding itu. Biarlah, masa menentukan segalanya. Mungkin selama ini, dia lupa, Allah sendiri dah tentukan siapa jodohnya. Jadi, buat apa dia mencari dalam gelap?


- TAMAT -

****
Maaf, ini cerita cliche. Tapi yang cliche inilah dikatakan kehidupan. =)

11 comments:

  1. wahhhh... sgt feel
    kdg bce rse geram, kdg2 snyum sorg2, last2 rse cm lapang e hati. Haha

    ReplyDelete
  2. it's cliche..yeah..but..finally kita tau..everything yg ALLAH dh janjikn utk kita..akn termakbul..krana ALLAH tk pernah mungkir..xperlu cri dlm gelap..it's no need for that..=)..nice stry..i luv this!!!!!

    ReplyDelete
  3. best..
    tapi di sudut hati saya berharap endingnya dengan Aqil ^^
    rasa sweet watak aqil tu
    dan macam rasa 2 watak tmbahan yang bgtau laila pasal gf aqil tu tpu ja..

    haha merepek je saya ni..

    anyway best ^^

    ReplyDelete
  4. sy ske penulisan awk..can't wait for the next entry..

    ReplyDelete
  5. gud job...sedeyh pon de gak haha..

    ReplyDelete
  6. nice cik bulan! harap2 awak berjaya publish novel. mesti best! hee ^^

    ReplyDelete
  7. nice cik bulan! semoge awak dpt publish sebuah novel yg best! can't wait! hee ^^

    ReplyDelete
  8. ~aqil n laila..
    sama mcm cikuwat n ciketam..
    comel je..
    tp knapa si aqil nih sengl thap tera ya.
    pd awlnya la...
    dan, knapa la kwan dia tuh.. haih..
    sian si laila

    ReplyDelete
  9. walaupun cik bulan kata ini cliche...sy amat gembira. haha..sebab cik bulan yang tulis. cewah~ hehe...serius, betul. ^^

    ReplyDelete
  10. saye suke!!!=D cerpen yg cik bulan tulis semuanya best2...

    ReplyDelete
  11. tapi kenapa x cerita lebih sket pasal iskandar tuu?? nak tahu :'(

    ReplyDelete