Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Sunday, February 21, 2021

Prolog i

LOKE BETULKAN LETAK punggung di atas kerusi. Lenguh juga pinggang ni duduk lama-lama di atas kerusi yang tak empuk. Matanya sesekali mencuri pandang ke arah gadis bertudung hitam yang duduk selang satu meja di hadapannya. Daripada pemerhatiannya gadis tu nampak tekun betul. Sedari tadi langsung tak angkat kepala dari memandang skrin komputer riba.

Sesekali Loke tunduk juga memandang kertas nota di atas meja. Entah apa yang diconteng sedari tadi. Dia sendiri tak faham dan tak boleh baca tulisan sendiri.

“Sejak bila kau tukar profession ni?”

Loke yang tengah menulis tu terus terhenti- keras sekejap badannya kerana terkejut disergah macam tu. Lambat-lambat dia menoleh ke arah datangnya suara tadi. “Nasib baiklah aku ni takde sakit jantung kalau tak, memang dah pengsan dekat sini.” Pandailah nak cover malu.

“Kau tu sejak bila entah suka datang library.” Reykal tarik kerusi di hadapan Loke. “Boleh kenyang ke kalau kau duk usyar je budak tu?”

Loke terus kerling jam di pergelangan kiri- dah hampir pukul satu petang patutlah perut ni berbunyi aje dari tadi. “Kenapa kau tak mesej je ajak makan?”

Reykal ketuk skrin telefon Samsung di atas meja. “Twice.”

Loke terus kemas buku dan komputer riba di atas meja. “Jomlah, makan.”

“Tak nak ajak awek tu makan sekali?” Macamlah Reykal tak tahu kenapa Loke rajin datang ke perpustakaan sekarang ni. Tad itu sajelah nak tanya kut dapat jawapan jujur.

Loke hanya geleng kepala. Barang di atas meja disumbat terus ke dalam beg galas. Bukan baru sehari-dua dia perhatikan gadis bertudung hitam tu tapi nak buat macam mana dia ni memang tak pandai nak main tegur-tegur hai-assalamualaikum-boleh-kita-berkenalan.

 

 *********

 

"It takes a strong heart to fall in love"

Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.

Or, I'm one click away via Whatsapp.

0 comment(s):

Post a Comment