Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Sunday, November 21, 2010

hope 11

Aiman memakir kereta Toyota Vios miliknya dibawah garaj berbumbung itu. Handbrake di tarik. Prapp! Nafas ditarik perlahan lalu dihembus panjang sebelum tangan dibawa meraup wajah. Perbualan telefon malam semalam terbayang di kepala..


“Mak, esok Aiman balik” Ujar Aiman

Yeah, dia kena balik. Sebab utama, mahu berjumpa Wye dan menyelesaikan apa yang belum selesai. Tak aman hidupnya di kampus jika otak kerap menerawang teringatkan Wye.

“Kau kenapa ni? Tiba-tiba telefon cakap nak balik” Mak Lang pelik dengan perangai anak terunanya itu.

“Alah, takde pape pun. Saje nak balik” Dalih Aiman.

“Ikut suka hati kau lah” Ujar Mak Lang. “Haa.. cuba kamu telefon Wye, dia ada cakap nak balik jugak” Sambung Mak Lang

“Okay”


Dan panggilan itu tamat. Ada juga dia menelefon Wye tetapi jelas panggilannya tidak dijawab. Mungkin Wye belum bersedia mahu berhadapan dengannya.

“Bismillahirrahmanirrahim..” Ucap Aiman lalu pintu kereta dibuka. Tolonglah usahanya kali ini berhasil. Penat memandu dari Johor masih belum hilang ni.

backpack di tempat duduk belakang dibawa keluar. Langkah diatur perlahan ke pintu utama. Alhamdulillah.. flip flop milik Wye ada di rak kasut.

Belum sempat kunci dicucuh pada tempat kunci, pintu rumah dibuka dari dalam. Aiman terkejut, begitu juga si pembuka tadi.

“Assalamualaikum..” Sapa Aiman setelah mereka berdua diam agak lama

Wye yang masih terkejut tadi terus tersedar. “Waalaikumussalam..” Jawab Wye perlahan sambil pintu dibuka seluas mungkin.

“Mak ada?” Tanya Aiman

Wye mengangguk. “Ada. Dekat dapur” Jawab Wye perlahan.

Aiman masuk tanpa perlu dipelawa. Wye hanya memandang Aiman jalan melepasinya. Hancur hatinya apabila Aiman tidak menghiraukannya. Ahh.. dia penatlah tu. Monolog Wye. Pintu kembali ditutup.

Wye kembali naik ke tingkat atas dimana biliknya berada. Ruang atas rumah Pak Lang sangatlah besar sampai boleh muat 5 buah bilik tidur dan satu ruang keluarga. Bilik Wye betul-betul berada di hujung anjung sebelah kanan manakala bilik Aiman di hujung anjung sebelah kiri.

*****

Wye menghempaskan badan ke arah tilam empuk milik katin Queen size itu. Buku ketiga dari Trilogy Twilight; Eclipse dijeling sekilas. Naik muak pulak baca buku tu, dah boleh hafal setiap dialog yang keluar dari mulut Edward mahupun Bella.
Ahha.. Baca buku Eclipse sampai boleh hafal, tapi buat latihan Calculus tak pernah habis satu buku pun. Wye mencebik. Alah.. student, biasalah tu.

“Aduh.. nak buat apa ni? Menyesal pulak tak ikut Dee balik” Rungut Wye sambil menarik perlahan rambutnya.

Laptop yang masih dalam Stand By mode itu dijeling sekilas. Online? Lagilah bosan. Paling-paling pun bukak Facebook takpun randomly search video dalam YouTube. Ah, bosan!

“Dee.. aku bosan” Rengek Wye apabila panggilannya disambut Dee

Dee disebelah sana hanya tergelak perlahan. “Hahaha.. Itulah kau, semalam ajak ikut aku pergi Genting, kau jual mahal sangat” Tempelak Dee

Wye rasa kalau Dee berada di depannya sekarang ni, mahu digeletek rakannya itu. Orang tengah bosan tahap hape ni, dia boleh buat lawak pulak!

“Weyh.. aku bosan sangat ni” Rungut Wye lagi

“Aiyoo.. kau dah cakap benda tu tadi” Ujar Dee sambil menepuk perlahan dahinya.

“Kau ni kenapa? Aku nak naik Solero Shot ni ha” Sambung Dee.

“Alaaa.. Hmm.. takpelah, enjoy your ride” Ujar Wye lalu terus menamatkan panggilan tanpa pamitan. Handphone dicampak perlahan.

Bantal empuk dikepala katil ditarik kasar lalu ditekup pada muka. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!! Bosannya…!! Rasa macam nak menjerit sampai keluar anak tekak ni ha.

“Online pun online lah” Wye dah give-up. Nak tengok movie, external hard disk miliknya pula tertinggal di dalam laci meja study di kolej.

Browser Mozilla Firefox menyapa pandangan. Icon Facebook di tab Bookmark di click. Haaa.. tengok, baru bukak dah bosan! 1 notification pun takde.

Pop! Pop! New message from Muhammad Mujahid!

Wye buat muka pelik. Erk? Kenapa si JD ni tiba-tiba je tegur aku dekat sini? Pop-out instant message ditekan.

Haii. Kau buat ap ha?
=)

Wye menarik senyum kecil. Mesti mamat ni pun bosan macam aku. Kalau tak, takdenya dia nak menegur aku dekat Facebook ni ha.

Hello. Takde wat ap

Reply Wye pendek. Browser Mozilla Firefox tadi di minimize sebelum icon Skype di Desktop di click. Offline message masuk bertalu-talu elok sahaja Wye online. Eh?

Ada 1 request dari JD. Refleks Wye menarik senyum. Approve je lah, tak luak pun kan?

Yisha Yusri: Weyh..

Tak sampai seminit messagenya di skype tadi di balas oleh JD.

JD: Kau balik ke?

Yisha Yusri: A’ah. Kau?

JD: Same here. Bosan plak dok sana.

Wye mengetuk-ngetuk permukaan mejanya. Alaaa.. si JD ni, cakaplah banyak-banyak sikit. Ni tanya soalan simple-simple, cubalah tanya kenapa binary number tu 1 dengan 0 je. Haihh..

JD: Kau rs tak selesa ke dgn aku?

Refleks Wye mengangkat keningnya apabila membaca message dari JD. Haa.. ni baru soalan yang mencabar minda.

Yisha Yusri: Eh? Kau kenapa tny soalan pelik ni?

JD: random

Refleks Wye mencebik. Iyelah tu random. Secubit pun tak percaya, okay!

Yisha Yusri: Aku ad ckp aku tak selesa dgn kau ke?

JD: tak

Yisha Yusri: Maka?

JD: hmm.. takd pape lah
Petang ni kau watpe?

Yisha Yusri: idk. Tak plan pape pun.

JD: nak tgk wyg?

Yisha Yusri: Aku tak tgk wyg. Sorry

JD: ohh.. nak pegi jogging?

Refleks Wye tergelak kecil membaca message JD tadi. Aduh… ada pulak diajak aku ni pergi jogging? Cakaplah nak jalan-jalan dekat taman ke, ada jugak logic. Aiyo!

Yisha Yusri: Sureeee… Meh la amek dekat rumah :p

JD: betul ni? Nnt aku tpacak dpn gate, kau taknak keluar pulak

Yisha Yusri: Hahahaha! Aku tak sekejam tu oke.
Hmmm.. boleh kot?

JD: tu statement ke soalan?

Belum sempat Wye mahu menaip jawapan, pintu biliknya diketuk dari luar.

“Mak panggil turun makan” Ujar suara di luar

Aiman! Yes, itu suara Aiman! “Haa.. oke” jawab Wye capat-cepat. Tudung yang digantung pada belakang pintu terus di tarik lalu di sarung.

Wye keluar dari bilik tidurnya tanpa sempat membalas apa-apa kepada JD. Langkah di atur ke tingkat bawah.

*****

JD mengetuk-ngetuk permukaan meja study miliknya. Lambat pulak si Wye ni reply. Kalau tadi cepat je. Hmm.. pending message kot.

Langkah di atur keluar dari bilik lalu mengala ke dapur. Air sejuk dari peti ais dibawa keluar lalu di tuang ke dalam mug yang hamper kosong itu. Lalu, langkah diatur kembali ke bilik study.

Paparan Skype dijeling sekiling. Hmmm.. aku tak sepatutnya mengharap. Sepatutnya memang boleh diagak response Wye. Takkanlah Wye tu nak keluar jogging dengan dia? Ajak keluar lunch pun tak pernah Wye tu nak.

11 comments:

  1. blum ada conversation atr wye dgn aiman...
    xsbr nk tngu for the next n3... :)

    ReplyDelete
  2. baik2 la cpt aiman ngan wye ni...

    ReplyDelete
  3. alaaaa..,
    mana aiman nih? sikit sgt scene tuh.
    hahha. demand ouh!! :p

    sambung hope 12 puhh-leaseee
    :D

    ReplyDelete
  4. sweet..kalau panjang sikit lagi mesti lagi best. hahahaha...anyway thanks bebyk cz hari2 post new entry. ada jgk purpose aku nak membuka laptop ni + dengan senyuman bila igt ada novel online perlu dibaca. hahaha..gian....

    ReplyDelete
  5. i dont want mujahid

    -syazana

    ReplyDelete
  6. oh..
    napela camtu aiman oi..

    ReplyDelete
  7. hhaaa..aiman je yg menang kan Wye..
    cepat je respons.
    JD.. there's your answer!

    ReplyDelete
  8. duh!aiman ni slow motion lak
    cpt2 le kang wye kena smbar karang

    ReplyDelete