Selepas solat Maghrib Arep turun ke tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu. “Ma, kek batik yang petang tadi tu ada lagi?” Tanya Arep pada Puan Aida yang duduk membelakanginya.
“Dalam peti ais.” Jawab Puan Aida tanpa menoleh pandang.
Langkahnya diubah menuju ke dapur. Bersinar-sinar matanya memandang kek batik yang di dalam bekas empat segi tu. Ini salah satu sebab kenapa dia suka balik rumah- free flow of foods.
“Simpankan sikit untuk Adra.” Sergah Puan Aida dari belakang.
Arep terus menoleh pandang. “Adra belum balik?” Lambat pulak kakak sorang ni selalunya jam enam petang dah terpacak depan pintu rumah.
Kerusi di meja makan ditarik. “Adra bagitahu dia balik lambat.” Puan Aida melabuhkan duduk. “Nak jumpa Fred katanya.”
“Babah outstation ke?”
“Hmm…” Jadual kerja suaminya tidak menentu. Kadang-kadang dalam seminggu hanya hari minggu saja di rumah. “Ma tengok Arep macam lain je malam ni. Bergaduh dengan makwe ke?”
Dia yang tengah mengunyah kek batik tu nasib tak tercekik. “Arep ada makwe ke?”
“Manalah Ma tahu.” Jawab Puan Aida selamba. Anak bujang sorang ni makin besar makin suka berahsia.
“Arep mana ada makwe lagi.” Sekeping lagi kek batik disuapkan ke dalam mulut. “Kalau dah ada mestilah Arep dah bawak jumpa, Ma.” Sambung Arep saja nak ambil hati mama tercinta.
“Amboii, dua beranak ni dating dekat dapur pulak.” Tegur satu suara dari muka pintu dapur. “Arep, kalau tak balik rumah hari-hari boleh tak? Boringlah Adra tengok muka Arep ni.”
Arep menjulingkan matanya ke atas. “Arep balik ni sebab nak teman Ma.” Arep tak nak kalah. “Kesian Ma duduk rumah sorang-sorang sebab Adra balik lambat.”
“You know what, I’m still her favourite child.” Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Arep. Sudu di tangan Arep terus diambil. “Ma, Fred kirim salam.” Ujar Adra sebelum menyuapkan kek batik ke dalam mulut. This is another level of sedap.
Waalaikumsalam. Jawab Puan Aida dalam hati. “Dapat ke cincinnya?”
“Tak.” Insiden sejam yang lepas kembali berulang tayang. “Fred terus takde mood sebab orang kedai tu tak nak layan dia.” Yang tunangnya tu pun satu hal juga, dah tahu nak pergi mall dia boleh pakai kain pelekat? Dia ingat orang kedai tu nak layan dia agaknya?
“Adra tu comot sangat kut.” Arep masih dalam mod menyakat.
“You know what, I’m not gonna fight with you tonight.” Monotoni sahaja suara Adra. “I’m hangry so just let me eat.”
Puan Aida memandang kedua anaknya bersilih ganti. “Takpelah lain kali boleh pergi beli cincin tu.” Pujuknya apabila wajah anak sulungnya dah memuncung.
“Fred nak balik esok.” Tunang kesayangan tu kerja di luar KL. “Dia balik lagi tiga bulan, kut.”
Puan Aida geleng kepala. “Itulah, masa Babah tanya nak postpone ke tak kamu cakap tak payah. Jalan je ikut pelan. Ni ha dah kelam-kabut.” Mulalah dia nak membebel ni.
“Cincin je yang belum beli lagi.” Adra tak nak kalah. “Tu seminggu sebelum majlis pun boleh beli, kan?” Adra tak jadi nak menyambung ayatnya apabila perasan raut wajah mama tersayang dah berubah. “Takpe, nanti Adra beli sendiri je nanti.”
“Macam mana Adra pilih Fred?” Arep terus tukar topik. Kalau dipanjangkan isu hantaran ni entah-entah sampai esok pun tak habis.
“He chose me.” Jawab Adra jujur. “We chose each other. I don’t know.” Jeda. “There’s one quote saying marry someone who is deeply interested in the deen, because that is who your children will follow.”
“Fred tu memang nampak macam kepala gila-gila.” Tanpa sedar bibirnya menarik senyum. “Tapi dia selalu ingatkan Adra apa yang betul dan apa yang salah.” Dia menoleh memandang Arep di sebelah. “And everything just seems to come naturally when you meet your soulmate. You don't have to force it.”
Arep mengulang ayat Adra dalam hati. Adakah dia dah jumpa pasangannya?
“Ni ada kena-mengena dengan Tash ke?”
Mendengarkan sebaris nama tu buatkan dadanya sesak. Laju dia menggeleng kepala. “Arep naik dululah.” Dia terus bangun dari duduknya. “Baru teringat ada assignment nak kena hantar esok.” Tak tunggu lama dia terus keluar dari dapur. Natasha. Sebaris nama yang sudah lama dia tak dengar. Tak, dia masih belum boleh lupakan Tash sepenuhya cuma dia sedaya-upaya tidak mahu terus hanyut dalam memori lama. He needs to move on and to move forward.
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment(s):
Post a Comment