Irham memandang qwerty keyboard sambil dalam kepala sibuk memikirkan apa yang nak ditaip. Dari duduk melunjur kaki, dia beralih menarik sila lalu bersandar pada kepala katil.
+ Minggu depan saya pegi KL.
Mesej pendek dihantar. Siapa gadis bertuah tu? Leeya. Haa.. eja nama nak glamour je kan? Well, itulah manusia zaman sekarang, selagi boleh, nak diglamourkan nama.
Beep! Beep!
-You main-main je kan?
Irham mengangkat kening kirinya. Haa, ni lah perempuan. Bila orang serious tahap nak ke tali gantung, dia boleh tak percaya pulak. Tapi bila kita main-main take as a joke, dia pulak ambil hati macam baru lepas datang bulan buat pertama kali.
+ Betullah. My father ada keje sikit dekat KL.
Irham meletakkan handphone di sisi kiri. Leeya, gadis yang dikenali beberapa bulan yang lalu melalui laman web social, Peacebook. Peacebook, adik-beradik diri dengan Facebook tapi tak ramai pun orang yang tahu pasal laman web social ni.
*****
Siapa kata, hubungan jarak jauh tak boleh berjaya? Hidup je dia dengan hubungan jarak jauhnya ini, at least bertahanlah jugak untuk 6 bulan. HAHA. Dia di Johor Bahru manakala Leeya di Kuala Lumpur. Jarak jauh jugak tu kan? Kalau naik kereta, adalah dalam 4 jam.
Irham : school’s over !!
Leeya : oh yeahh oh yeah !!
To: Leeya
Subject: Bla Bla Bla
Message: SPM dah habis. Tapi tak tahu nak buat apa. BOSAN DUDUK RUMAH.
You pulak, apa cer ?
To: Irham
Subject: Bla Bla Bla
Message: Yeeeeeeeeeeehaaa ! macam tak percaya kan SPM’s over.
Huh, rasa macam nak lempang diri sendiri je. HAHA.
Saya pun bosan jugak dekat rumah.
+ dah sebulan SPM habis, saya still menganggur dekat rumah.
-*high five!
+ nak datang KL lah, nak jumpa you =)
-betul ni?
+ HAHA just kidding
-*not talking.
Berkenalan di alam maya, memang sedikit kelakar bagi sesetengah orang. Jodoh tu kan ketentuan Allah. Dari berbalas komen di Peacebook, mereka beralih pulak membalas message di kotak inbox. Dan entah kenapa, hormone menggatal-kucing-siam ni datang, berjaya pulak dia memiliki nombor telefon milik Leeya.
Dan, peluang yang bergolek di depan mata memang tak boleh disia-siakan. Kebetulan, Ayah ada meeting dekat somewhere around KL dan kata Ayah, bolehlah pergi family holiday sekali. Iyelah, nak kata dia gatal ke hape ke, tak kisahlah! Setakat mesej dan berwebcam, mana nak sama dengan jumpa face-to-face kan? Kalau webcam, mana nak nampak jerawat dekat muka. HAHA
****
Irham sedikit blur, terasa diriku seperti sangat jakun-dan-slow. Stesen LRT Terminal Putra yang terletak di Gombak dipandang lama. Matahari yang sudah terpacak di atas kepala langsung tidak dihiraukan. Oh gini ke rupa train station?
“Haa.. you dekat mana ni? Saya dah sampai.” ujar Irham sejurus panggilan dijawab.
“You pergi kedai yang dekat tepi tu, saya ada dekat situ.”
Irham melangkah masuk ke dalam terminal. Irham memandang ke kanan, oh ada kedai serbaneka. Irham pandang depan pulak, ada tempat mesin beli tiket dan dekat tiang tengah tu ada mesin ATM Maybank.
“Okey, dah dekat dalam ni. Mana you?”
“Saya kat dalam kedai lah, you dekat mana?”
Irham menggaru pelipis kiri. Aku tanya dia, dia tanya aku balik pulak! Irham memulakan misi-mari-mencari-Leeya-di-dalam-kedai tapi rambut si Leeya tu pun dia tak nampak! Yang ada dalam kedai tu, abang bangla jaga kaunter. Eh?
“You dekat Terminal Putra kan?” tanya Irham sejurus ternampak papan tanda ‘TERMINAL PUTRA’ di depan mata. Kaki mula melangkah keluar dari kedai serbaneka tadi.
“Eh? Saya dekat Taman Melati lah.” jawab Leeya.
Irham mendengus kuat. “Bongoklah pakcik teksi tu, dia drop saya dekat Terminal Putra pulak!” marah Irham.
“Hmmm.. takpelah, jumpa dekat Melati je lah. You naik je train tu macam biasa.”
Irham menamatkan panggilan telefon. Dalam hati ni, dah berbakul sumpah seranah ditujukan khas buat pakcik bawak teksi tadi tu. Aku suruh hantar pergi Terminal Melati, dia hantar pergi Terminal Putra pulak!
Wallet dalam poket belakang seluar jean dikeluarkan. Not-not berwarna biru dijeling sekilas. Papan tanda besar di atas kepala dipandang lama. Nak pergi KLCC, harga tiket RM2.10. Aiseh, duit syiling takdelah pulak!
Irham masuk ke dalam kedai serbaneka tadi. Abang yang jaga kaunter tu tarik senyum segaris, ceh kononnya nak menjayakan kempem ‘Senyum Sedunia’ lah tu. Apa eh nak beli? Gula-gula yang tersusun di depan kaunter dipandang lama. Leeya suka makan gula-gula apa eh?
“Lollipop pun boleh lah. Perempuan suka lollipop kan?” tanya Irham kepada dirinya sendiri.
Selesai membayar harga lollipop, Irham terus menuju ke kaunter tiket. Pergh, poket wa sekarang ni memang beratlah kan, macam bawak emas segantang!
“KLCC, satu.” ujar Irham sambil tersenyum kepada kakak cun yang jaga kaunter tu.
“RM2.10”
Not RM1 dikeluarkan dari wallet, tak lupa jugak duit syiling 50 sen dalam poket sebelah kanan. “Terima kasih.” Tiket berwarna hijau kekuningan tadi bertukar tangan. Irham tercengang apabila kakak cun yang jaga kaunter tadi pulangkan duit baki 40 sen. Pelipis kiri digaru lagi. Aiseh, makin beratlah poket aku ni!
Irham berjalan ke arah mesin tiket di sebelah kanan. Ah, sudah! Tiket ni nak cucuk dekat celah mana pulak?! Banyak betul lubang! Depan ada lubang, dekat atas pun ada lubang. Irham menjeling pakcik di kaunter sebelah. Oh, kena swap dekat atas ni..
Irham menarik sengih. Hehe.. Takdelah jakun mana aku ni. “Eh? Tutup pulak!” Irham pelik apabila besi penghadang tadi tertutup ketika dia baru nak melangkah.
“Masuk dekat sini, kot.” Irham memasukkan tiket ke dalam lubang atas. Actually, dia tak tahu pun yang lubang tu untuk tiket keluar. HAHA.
“Dek, dek, tiket tu masuk dekat sini.” Tegur satu pakcik bermisai-pakai-baju-macam-pak guard sambil menunjuk ke arah lubang yang betul.
“Eh, tak boleh pun.” Irham pelik. Pakcik ni nak pedajalkan aku ke?
“Terbalik tu.” Tegur pakcik tadi.
Irham menarik sengih. Heee.. “Tak boleh pun, Pakcik.” Irham tension je. Pakcik ni, tegur orang macamlah hebat sangat.
“Bukan terbalik macam tu, macam ni ha.” Pakcik tu terus terbalikkan tiket yang dipegang Irham tadi.
“Eh, ada arrow lah!” Irham dah keluar suara jakun dia. Tu lah, kena bagi cadangan supaya JB pun ada train macam ni, so takdelah golongan jakun-jakun lagi dalam Malaysia.
“Terima kasih, pakcik.” pamit Irham sambil menarik sengih malu. Pakcik tadi tu syok pulak gelakkan dia sampai merah muka. Chett!
Selepas berjaya menembusi tempat tiket tadi, Irham berjalan menuju ke escalator lalu naik ke tingkat atas. Papan tanda yang menunjukkan laluan keretapi menjamah mata. Eh ada dua pulak? Mana satu nak naik ni? Sebelah kiri ada KLCC, sebelah kanan pun ada KLCC. Aduh!
*****
Irham melangkah keluar dari gerabak keretapi apabila sampai di Terminal Taman Melati. Well, wa kan lelaki gentle, mestilah kena sambut awek! Bleerrghhh!
“Irham..!!” jerit satu suara dari arah sebelah kanan.
Irham terus menoleh ke kanan. Pergh, nasib tak teleng kepala aku ni ha. Refleks senyum merekah terbit di bibir apabila figura Leeya menjamah mata. “Leeya..!!” Irham terus melangkah mendapatkan Leeya.
Irham pandang Leeya dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Okey, sama cun macam dalam webcam. HAHA.
“Oh, saya ada hadiah untuk you.” Lollipop yang dibeli tadi dihulur betul-betul di hadapan muka Leeya.
Leeya menarik senyum manis. “Haaa.. sweetnya you!” Lollipop bertukar tangan lalu terus dimasukkan ke dalam handbag.
Irham sedikit bangga. Bukan nak cakap apa kan, wa ni memang sweet sejak azali lagi. Terima kasih buat Mama yang dah melahirkannya dan Ayah yang telah menurunkan gene ‘sweet’ lebih-lebih lagi untuk memikat perempuan. Ewah!
“Kesian you kena tunggu lama. Sorrylah.. Tadi saya suruh pakcik cab tu hantar pergi Melati, tapi dia pekak kot tu yang hantar pergi Putra.” ujar Irham dengan suara yang sengaja dilirihkan. Takkan nak cerita perkara sebenar dekat Leeya pulak kan, buat malu aku jugak nanti.
Leeya menggeleng sambil tersenyum manis. “Alah, takpe. Lagipun, tak lama pun saya tunggu.”
*****
Irham melangkah keluar dari gerabak keretapi diikuti Leeya dibelakangnya. Oh, macam ni rupanya budak-budak KL pergi KLCC. Senang je, naik train terus je gedebuk sampai betul-betul dalam KLCC.
Irham jalan beriringan dengan Leeya di sebelah kanan. Pergh, ramai gila manusia dekat KLCC ni. Apa budak-budak ni tak sekolah ke?!
“Eh, kenapa tiket ni tak keluar pun?” Irham sedikit pelik. Kenapa tiket ni tak keluar balik? Tadi dekat Terminal Putra, elok je dia keluar balik.
Leeya dibelakang Irham tergelak kecil. “You, tiket tu memang tak keluar lah.”
Irham berjalan melepasi palang penghadang untuk member laluan kepada Leeya. “Tadi dekat Terminal Putra, dia keluar balik je.”
Leeya tergelak kecil sambil melangkah menghampiri Irham. “Memanglah. Tapi tiket tu boleh pakai sekali je. Sebab tu, dia tak keluar balik.”
Membulat mulut Irham mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Leeya. “Oh.” Tu je yang mampu Irham cakap, nak cover malu bhai.!
*****
Irham dan Leeya menaiki escalator. Walaweh, ramai gila orang dekat food court! Jam di pergelangan tangan dijeling. Oh, patutlah, tengah lunch break!
“Yo, Bro. Kau dekat mana?” tanya Irham. Dia keluar ni, bukannya berdua je dengan Leeya. Mereka keluar bertiga. Lagi seorang, memang kawan sekolah Irham, namanya Ayie.
“Kau dekat mana?” tanya Ayie di sebelah sana.
“Aku depan wayang ni dengan Leeya sekali.” Leeya di sebelah dipandang sekilas. Alah, comel betul awek aku ni.
“Aku pun dekat wayang lah ni.”
Berkerut dahi Irham. Dekat wayang jugak? “Mana kau? Aku tak nampak pun.” Irham sedikit menjingkit bagi menambah ketinggian. Aiseh, mana pulak si Ayie ni?!
“Aku ada ni, betul-betul depan tempat beratur nak beli tiket.”
Irham menggaru pelipisnya. “Mana weh? Tak nampak pun!” Irham sedikit bengang.
“Kau dekat wayang mana ni?”
Irham mengangkat kening 3 saat. “Wayang KLCC lah. Kau?” Amende si Ayie ni tanya soalan yang dah tahu jawapan?
“Wayang Pavilion.”
Automatik Irham menepuk dahinya. “Kau buat apa dekat Pavilion, weh?” Bukan ke si Ayie ni suruh pergi KLCC ke semalam?
“Duh, kata nak tengok wayang.”
Irham mendengus. “Dah tu, kau suruh aku pergi KLCC ni nak buat apa pulak?!”
“Weh, Bro. Kau keluar dari KLCC tu, terus nampak Pavilion terpacak depan mata.”
Irham menggaru keningnya. “Oh, yeke?”
“Hmm.. iyelah. Cepatlah weh, aku dah macam Tugu Negara je ni.”
“Haaaa.. aku datanglah ni.”
Irham menamatkan panggilan. Aduh, nak cakap apa dekat Leeya ni? Takkan nak cakap, Ayie suruh pergi Pavilion sebenarnya tapi pakwe you ni tak tahu yang Pavilion tu dekat dengan KLCC. Pergh, sumpah lepas cakap aku mintak clash!
“Mana kawan you tu?” tanya Leeya apabila Irham menamatkan panggilan.
Irham menggaru kening kirinya. “Dia suruh pergi Pavilion. Dia ada dekat situ.”
*****
Irham dan Leeya keluar dari KLCC. Mana Pavilion yang kononnya dekat tu? Aku tak nampak pun! Ayie ni tipu aku ke?
“You pernah pergi Pavilion?” tanya Leeya.
Irham menggaru keningnya. Nak cakap apa ni? “Haaa.. pernah. Tapi saya pergi dengan family lah. Takde pulak naik-baik train macam ni.” Dalih Irham.
Leeya mengangguk perlahan. “Haa.. tu Pavilion.” Tunjuk Leeya ke satu arah.
Irham mengalih pandang. “Oh dekat je. Patutlah Ayie suruh naik train pergi KLCC tadi.”
“Eh, belum sampai lagi. Jauh lagi ni.” ujar Leeya dengan nada sedikit pelik.
Irham menelan liur. Weh, Irham, kau jangan nak malukan diri sendiri boleh tak? Dah lah kau tipu Leeya kononnya pernah pergi Pavilion, ni jangan nak memperbodohkan diri sendiri pulak. Buat malu kaum je, weh!
Irham memilih untuk diam. Okey, lebih baik diam daripada dia cuba untuk memperbodohkan dirinya lagi. Satgi, kantoi tak pernah pergi Pavilion. Leeya di sebelah dijeling sekilas. Nasib kau lah Leeya oi, dapat pakwe orang jakun macam aku ni.
*Story based on someone's experience. Sekian, terima kasih =)
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan,
ReplyDeletemotip buat cerpen tergantung nak kena cubit ke?
oke, teruskan proceed kepada e-novel plak!
haddoiii! :))
ReplyDeletetp kan irham tu cm comel je
haha,xtw knapa..:DD
lawak giler kott
ReplyDeletegelak2 je bace
haha
bwt la ending sket. ok?
-syazana
kelako je. kena la sambung cam ni, tergantung tanpa tali nih. huhuhu
ReplyDeletekekekekkek...i am laughing~~~
ReplyDeletehuwahahahah..citer sangat lawak...
tapi dah abis ke?
and ak rasa macam nak cari betul ke peacebook ni wujud dan x ramai org tahu...hehehe
cite kau buat ak confuse.
ReplyDeletekalau tak silap,pavi bukan dpn klcc kan???
errrkk..
tgk.ak dah confused..
cetsss..
sy dlu mse mule2 nak nek tren sme cm irham ni..
ReplyDeletehahaha.. :D
insyaAllah.,akn ad train di jb 1 hri nnti..tgh dlm p'siapan..huu..
ReplyDeletetrain laju pun akn ad.,but..still dlm p'bincgn..
HAHHAHA kenapa rasa macam sebijik je ngn momo ni?HEHE
ReplyDeletehehe kite same la irham..nak2 time na gune kad tuh..lucu sungguh
ReplyDeleteadoiii lawak2 kat part jakun 2..
ReplyDeletesumpah lawak..
tp nya awat tergantung...
bagi la smbung lg..
xpuas aty tergantung cam 2 jer :)
-kaMI-
weh korang nk tau..
ReplyDeletename awek aku leeya..
tapi ,masalah nye..
dia yang jakun =.=
tp comel ^.^
ehh ! ? irham ye kakk ? sampai hati . haha. like like !
ReplyDeleteha3.. nasib ar~
ReplyDeletei'm expecting something more. tak mau la buat cerpen tergantung. bikin gua frust der. tape2. next cerpen ade lg.
ReplyDeleteehh..?? hepi ending ke sad ending ni? hahahhaa... peaceBook.com 2 mmg ada kan? tapi tmpat jual buku.. hahahahaa =D
ReplyDelete