Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, November 25, 2009

color 18

Kejadian di restaurant tempoh hari masih mengganggu fikiran Ain. Kenapa dia muncul sekarang? Kenapa tak muncul 6 tahun yang lepas?

"Ain, kenapa ni?" tegur Mummy

geleng kepala "Takde pape"

"Dari tadi Mummy tengok, Ain asyik termenung je. Ain ada masalah ke?"

senyum "Ain okey, Mummy"

tepuk bahu Ain "Mummy masuk dalam dulu, nak tidurkan si Qaliesya tu"

angguk "Assalamualaikum, Mummy" ujar Ain

"Waalaikumussalam, jangan tidur lambat-lambat sangat"

Ain tarik nafas dalam-dalam. Ya Allah, jika benar kami ditakdirkan untuk bersama, pertemukanlah kami semula. Amin..

*****

"Kau kenapa, bro?" Farouq pelik

"Takde pape"

mencebik "Dah 2 hari aku tengok kau termenung je, ada problem ke?"

Mug di tangan dipusing-pusing sambil nafas ditarik dalam-dalam. Kepala didongakkan memandang taburan bintang di langit. Hidupnya tidak seindah taburan bintang di langit.

"Ilham"

kerut dahi "kenapa dengan Ilham" Farouq pelik

"He asked about his Mama"

"Then, kau jawab apa?"

senyum kelat "Outstation"

"Sampai bila kau nak guna alasan yang sama? Budak tu makin lama makin membesar"

tarik nafas "Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku terus terang pun, bukannya dia faham"

tepuk bahu Daniel "Bro, aku akan sentiasa support kau"

"Aku kesiankan Ilham"

tarik nafas "Takpe, atleast die tahu dia still ada Ayah yang sayangkan dia"

"I need someone to be his Mama" luah Daniel

petik jari "Aku ada idea"

"Amende?"

"Kahwin lagi satu?"

Daniel dah buat muka. Apa dia ingat nak kahwin lagi satu tu senang macam pilih ikan dekat pasar borong ke?

"Calon pun takde, ada hati nak pasang satu lagi" gumam Daniel

petik jari "Kita buat iklan nak? 'Seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri isteri pilihan tersebut, sila hubungi...."

Tak sempat Farouq nak habiskan ayat, satu bantal melayang betul-betul tepat kena mukanya. Ouch..!

"Woi, main kasar nampak?!" Farouq bengang

"Kau tu bagi idea yang logic sikit boleh tak?! Gaya macam nak cari maid je"

Daniel bertambah bengang. Mana pernah dibuat orang nak cari wife, buat iklan. Kalau tahu dek Ibu dengan Ayah, memang haru.

mencebik "Aku dah bagi idea bernas, kira okeylah tu" rungut Farouq

"bernas hangguk kau" marah Daniel

Farouq tarik muka. Ek eleh~ Aku dah bagi idea tu pun kira baguslah tu dari aku dok diam mengalahkan statue.

"I'm off. Esok ada meeting" ujar Daniel tiba-tiba

Langkah diatur perlahan ke arah bilik tidur utama. Ufth~ buat kusut otak je fikir benda luar alam macam ni.

"Weyh, aku tidur mana malam ni?" jerit Farouq

angkat bahu "Pandai-pandailah kau nak hidup. Rumah ni banyak bilik kosong, takpun kau tidur je atas couch tu" Jawab Daniel tanpa memandang Farouq.

Daniel meneruskan langkah ke bilik tidur utama. Now, masa untuk tidur. Hopefully, bila bangun je tidur, semua masalah dah lenyap.

****

Meja makan tu just ada Ain, Mummy dengan Daddy je. Qaliesya mana? Qaliesya demam, tu lah padahnya bila main hujan tak ingat dunia.

"Qaliesya tu betul ke taknak pergi clinic?" Daddy risau

angguk "Macamlah Daddy tak kenal dengan budak kecik tu"

Qaliesya tu memang takut pergi clinic sebab takut kena injection. Hahaha. Kelakarlah makcik sorang tu.

"Nanti Ain singgah tadika bagitahu cikgu dia" pesan Mummy

angguk "Okey"

Suapan nasi goreng yang terhenti tadi disambung semula. Di dalam kepada sibuk mencongak agenda yang bakal dia tempuhi hari ni.

"Ain dah lambat ni, gerak dulu" ujar Ain

*****

Ilham duduk tercongok depan pintu pagar sekolah tu. Naik penat kepala toleh kiri-kanan-kiri-kanan cari Qaliesya. Dia tak datang sekolah ke?

"Hai, Ilham kan?" tegur satu suara

Ilham kalih pandang. "Aunty ni..."

"Ibu Qaliesya" jawab Ain

"Qaliesya tak datang hari ni?"

geleng "Dia demam"

"Eh, tu Ayah Ilham dah sampai" tunjuk Ilham

Saat tu, Ain rasa macam nak ghaibkan diri je. Ya Allah, tolonglah jangan bagi dia datang sini or keluar dari kereta.

"Ilham, balik jom" ajak Daniel

Ya Allah, suara tu sangat dekat. Ain tahu mesti saat ni, Daniel berada betul-betul di belakangnya.

"Ayah, ni lah Ibu kawan Ilham tu" Ilham excited

Ain senyum kelat. Nak-taknak digagahkan juga badannya dipusing menghadap manusia yang berdiri di belakangnya kini.

"Hai.." tegur Ain

Serta-merta Daniel freeze. Oh my~ Apa yang Ain buat dekat sini?

"Errr... hai" Daniel gagap

"Tak sangka kita jumpa balik" ujar Ain

angguk "Yeah..." speechless

Ilham dah buat muka pelik. Apakah? Diorang kenal? Ain diam. Daniel Diam. Ilham muka kelam.

"Got to go" celah Ain

Daniel just angguk je, still speechless. Ain berlalu ke keretanya.

*****

"Ufth..!!" rungut Ain

Rasa macam nak hantuk je kepala dekat steering. After 6 years tak jumpa, dia cakap 'hai' je?! Ufth..!! Loser..!! Big Loser..!!

tok tok tok..

Ain kalih pandang. Daniel berdiri disebelah luar and he's smiling. Cermin tingkap diturunkan sambil pernafasan yang terganggu tadi diperbetulkan.

"Yes?" tanya Ain

"Err.. Kau. Busy?"

"Why?"

"Nak ajak lunch"

Ain tahan senyum dalam hati. At last..

"Not today, maybe next time" jawab Ain

Ufth..!! rasa macam nak tampar je mulut ni. Kenapa jawab benda lain padahal dalam kepala otak ni tengah fikir benda lain?

angguk "Okey, next time" Daniel frust

Baru je beberapa tapak melangkah, Daniel patah balik.

"Your phone number, please" pinta Daniel

"019.876.2345"

kerut kening "still pakai number ni?" Daniel pelik

senyum "I'm a loyal person"

mencebik "Whatever. Chow dulu, bye"

"Bye"

Ain dah senyum sampai ke telinga. Ain, cut that crap. He's someone's husband..!!

*****

"Bro, aku dah jumpa dia" Daniel excited

kerut dahi "Siapa?" Farouq pelik

senyum "Ain. Ain Natasya"

"Haa?? Kat mana? Bila? Dia macam mana sekarang?"

"Tadi, dekat sekolah Ilham"

"cun tak? cun tak?" Farouq pulak excited

"Kau sibuk apa kes?"

"Eh, aku kan secret admirer dia"

Serentak dengan itu, melayang sebatang pen. Pap.. Tepat-tepat kena dahi Farouq. Ouch..!!

"Woi..!!" marah Farouq

"Lain kali, cakap tu serupa bikin sikit"

"Apa kau nak buat sekarang ni? Tackle dia balik?" tanya Farouq

geleng "Ish, isteri orang tu"

Takpelah, tak dapat kahwin dengan Ain, dapat kawan pun jadilah..

*****

Terkejut apabila handsetnya menjerit minta diangkat. Calling; Unknown number.

"Hello?" jawab Ain

"Hey, aku ni"

"Aku? siapa aku?" Ain blur

Suara dihujung talian dah gelak guling-guling. Lawaklah dia ni..

"Daniel. Daniel Isyraq"

"Oooohhh..."

Ain dah gigit bantal di dalam pelukan. Malunya..!! Muka pun macam nak kena simbah dengan sambal sotong Mak Kiah.

"Kau tengah buat apa?" tanya Daniel

"Dreaming"

Refleks Ain menampar mulutnya perlahan. Kantoi..!!

"Pardon?"

"Gardening"

"Malam-malam macam ni?" Daniel pelik

angguk laju-laju "A'ah. Senang sikit nak buat kerja, tak panas" redah jela..

"Baru nak ajak kau pekena teh tarik" ujar Daniel

"Bila?"

"Now?"

Ain jeling jam; pukul 9.00 malam. Erm.. awal lagi. Nak ke taknak?

"Boleh ke?" tanya Daniel

"Erm... Errrr..."

"Kalau tak boleh..."

"Eh, boleh-boleh" potong Ain cepat-cepat "Kat mana?"

"You choose the place, aku tak tahu kau duduk mana"

ketuk dagu "Restaurant Suria?"

"Yang area-area tadika tu ke?" tanya Daniel

angguk "a'ah. Okey ke?"

"Okey je"

"Erm.. jumpa kat sana nanti"

Baru je Ain nak letak phone...

"Eh, Ain.." panggil Daniel

"Yes.."

"Jangan lupa bawak Iqram sekali" pesan Daniel

"Bye"

Ain terus letak phone. Harap-harap Qaliesya tak tidur lagi.

"Qaliesya..!!!" panggil Ain

Langkah diatur ke bilik tidur Qaliesya; kosong. Maybe dekat bawah kot, lepak-lepak dengan Tok Mummy dia tu.

"Qaliesya..!!"

Langkah diatur ke tingkat bawah.

"Qaliesya..!!"

Sampai je ruang tamu, Ain nampak Qaliesya tengah tengok cartoon. Patutlah orang panggil sampai nak terkeluar anak tekak pun tak dengar, khusyuk sangatlah tu.

"Hey, princess" tegur Ain

Qaliesya kalih pandang sambil buat muka tak puas hati. Eeeee.. suka kacau orang nak tengok tv..!!

"Jon teman Ibu, nak?"

"Pergi mana?"

"Keluar minum dengan kawan Ibu"

"Taknaklah, nanti Tok Mummy marah"

"Alaaaa.. jomlah" pujuk Ain

"Haagen Daaz for a week" Qaliesya demand

kerut kening "Baskin Robbins tak boleh ke?"

geleng kepala "Nope. Only Haagen Daaz accepted"

Ain dah picit-picit kepala. Aduhai.. makcik kecik ni demand betul. Ingat Haagen Daaz tu boleh dapat 3-RM10 ke?

"Okeylah.." Ain surrender

Qaliesya dah senyum sampai ke telinga. Yay Yay..!!

"Qaliesya naik atas tukar baju kejap"

Ain follow Qaliesya dari belakang. Erm.. ikut perangai siapalah si Qaliesya ni. Demanding mengalahkan Prime Minister je gamaknya.

*****

Sampai je depan Restaurant Suria, jantung Ain dah macam nak terkeluar. Pergh~ Cuak giler..!! Tolonglah jangan sampai malukan diri sendiri nanti.

"Ibu, taknak turun ke?" tanya Qaliesya

"Haaa..?? Jom-jom"

Ain pimpin tangan Qaliesya. Dari jauh lagi dah nampak Daniel yang tengah lambai-lambai tangan tu.

"Ilham..!!" jerit Qaliesya

Ain dah malu. Apa kes buat drama jejak kasih ni? Orang yang kat dalam restaurant tu pun dah buat muka pelik-kelam.

"Shhhhh... Qaliesya, malulah orang tengok" tegur Ain

sengih "Excited ni, Ibu"

"Hey, you made it" tegur Daniel

senyum "Yeah. Dah lama sampai?"

"Adalah dalam half an hour"

Ain tarik kerusi depan Daniel. Malam ni, Daniel pakai green polo tee with jeans. Erm, simple but nice.

"Dah lama ke kau dekat KL?" mukadimah Daniel

"Erm...dah 6 tahun"

"Iqram sihat?"

Baru Daniel perasan yang Iqram takde malam ni.

senyum kelat "Abang Iqram dah takde"

"Ooo.. sorry, aku tak tahu"

"Naaa.."

Mereka kembali sepi. Masing-masing tak tahu nak borak pasal apa. Ain dah main ketuk-ketuk jari atas meja, Daniel pulak macam happy je tengok bola.

"Aku pergi ladies kejap" celah Ain tiba-tiba

Sepeninggalan Ain, Daniel khusyuk tengok Qaliesya. Ermm.. macam copy-paste Ain je si Qaliesya ni.

"Qaliesya.." panggil Daniel

Qaliesya kalih pandang dari mangkuk ABC ke muka Daniel sambil buat muka yes-uncle-nak-apa.

"Qaliesya tinggal dengan siapa sekarang?"

"Tok Mummy dengan Tok Daddy dengan Ibu"

Ufth. Berapa banyak denganlah..

"Qaliesya nak Ayah tak?"

Qaliesya buat muka gaya kena suluh spotlight "Nak. Nak..!!"

senyum "Suruhlah Ibu kahwin lagi satu"

mencebik "Ibu taknak"

"Kenapa Ibu taknak?" Daniel korek rahsia

angkat bahu "Tok Mummy cakap, Ibu sayang Ayah lagi kot"

Daniel angguk tanda faham. Yela, siapa tak sayang suami kan even mereka kahwin bukan atas suka sama suka.

"Qaliesya suka picnic tak?"

angguk laju-laju "Suka-suka. Ibu selalu bawak Qaliesya pergi picnic kalau Ibu free"

Baru je Daniel nak bukak mulut, Ain dah terpacak depan mata.

"Rancaknya borak, cakap pasal apa je ni?" tanya Ain

"Ibu, minggu ni kita pergi picnic nak?" ajak Qaliesya

kerut dahi "Bukan baru minggu lepas ke kita pergi?"

mencebik "Alaaaa... jomlah.."

"Kitorang nak pergi Genting minggu ni, why don't you join us?" ajak Daniel

"Nak-nak..!!" Qaliesya buat muka tak malu

Ain dah geram. Ni lah perangai Qaliesya yang paling dia geram, suka sangat buat muka tak tahu malu.

"So? Nak join tak?" tanya Daniel

Ain tak tahu nak jawab apa. Minggu ni, Mummy dengan Daddy nak balik Lorong Kubur ziarah kubur Tok Wan dengan Nek Wan, takkanlah dia nak pergi bergumbira pulak..

"Bolehlah, Ibu.." rengek Qaliesya

"Nantilah, aku discuss dengan in-laws aku dulu"

senyum "Kalau jadi, kau roger-rogerlah aku" ujar Daniel

"InsyaAllah.."

Ain jeling jam. Oh My~ Dah nak pukul 12.

"Eh, dah malam sangat ni, aku balik dululah" putus Ain

"A'ah, tak sedar pulak, cepat betul masa berlalu"

Ain tolak kerusi. Baru Ain perasan yang Qaliesya dah tertidur. Erm.. siapa pulak nak angkat makcik kecik ni?

"Eh, biar aku angkat Qaliesya" offer Daniel

"Ilham tu?" tunjuk Ain

"Takpe, dia good boy"

Daniel kejutkan Ilham, nasib baik Ilham ni tak banyak kerenah.

"Ilham masuk kereta dulu, Ayah nak hantar Qaliesya dengan Aunty Ain kejap"

Ilham angguk je sambil tangannya mencapai kunci kereta atas meja. Tengah mamailah tu..

"Masuk kereta tu jangan lupa lock tau" pesan Daniel

Ilham angguk lagi.

"Eh, takpe ke kau biarkan Ilham tu sorang-sorang?" Ain dah risau

senyum "Takpe, dia kan dah besar"

Daniel dukung Qaliesya lalu langkah diatur ke arah Rexton color putih tu.

"Thanks" ucap Ain

senyum "No sweat"

"Aku balik dulu"

"Okey. Drive elok-eloh, dah malam sangat ni" pesan Daniel

angguk "Ai ai, Sir"

Enjin kereta dihidupkan. Dengan lafaz Bismillah Ain mengundurkan kereta dari petak parking.

"Jumpa lagi" ujar Daniel

"InsyaAllah"

"Good night"

"Good night too"

"Gonna miss you" luah Daniel

senyum "Cut that crap"

Ain terus menaikkan cermin tingkap. Kalau dilayan Daniel tu, mahu tak balik rumah pulak.


**sorry, this entry quite boring

9 comments:

  1. tak boring la n3 ni .. best apa

    ReplyDelete
  2. weh,,
    mama ilham gi mane deyhh??

    ReplyDelete
  3. yes2...
    da jmpeeeee..
    ngaaaaaaa..
    aku arap la si ilham n qaliesya nie yg satukan daniel n ain..
    aaaaaaaaa...
    ske la this n3 nek..
    aku bce rushing nieh..tak smpt nk hayati..mau outing.nnty aku hayati btol2 blk..
    ekekeke..smbung2 lagik..

    ReplyDelete
  4. wah seronoknye... nti jgn lupa sambg next n3 cepat2 + ksi lgi panjang...
    semoga masih ada jodoh antara ain + denial.. boleh jd keluarga bhgia gitu... bestttt bangat

    ReplyDelete
  5. tetrnye2..mne la mak si ilham ni pergi..
    da cerai @ blom..?? kawin 1 lg mksudnye xcerai kn??hehe..confius mode~

    ReplyDelete
  6. hehe...
    xde boring nyer....
    seronok...
    ain daa jumpe ngan daniel blik...
    pikat ain blik daniel....
    erm...
    cm ne ngan status mama ilham ngan daniel..??
    terangkn please...!!
    nk daniel pikat ain smule...

    ReplyDelete