Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Monday, December 6, 2010

Slipper 1

Bilik Multimedia atau lebih dikenali sebagai Cyber Cafe Sekolah agak lengang hari ni. Mungkin kerana ramai pelajar yang tekun study sebab Peperiksaan Akhir Tahun dah dekat. Tapi tak pula bagi pelajar perempuan yang duduk di PC nombor 5 itu.

“Aina ! Aina ! Aina ! Your time is over” Ujar satu suara garau.

Gadis yang berada di PC nombor 5 tadi agak tersentak. Chooyy betullah mamat pengawas baju purple ni! Tak tahu ke aku tengah syok layan Facebook ha?! Monolog gadis berbaju kurung putih tadi.

Aina mengherot-herotkan mulutnya seolah mengejek pengawas baju purple tu. I can’t hear you…!! Aina sengaja memekakkan telinganya.

Faiz tadi mula bengang apabila ada pelajar yang melanggar peraturan. Kalau ikutkan, setiap pelajar hanya diberikan masa 1 jam sahaja untuk menggunakan computer di bilik cyber. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melaksanakan tugas dengan amanah sebagai pengawas cyber.

Tok! Tok!

Aina mengangkat wajahnya dari PC sambil mengangkat kening. “Yes?” Tanya Aina berbaur kerek.

Pengawas tadi menunjuk ke arah jam di pergelangan tangan. Aina berpura-pura tidak faham. Sengaja air muka dibekukan.

“Masa 1 jam awak dah tamat” Ujar pengawas tadi.

Aina mengangkat kening kanannya pula. Ececece !! Sebenarnya, nak berlagak sebab dia boleh angkat kedua-dua belah keningnya. “Alahh lepaklah, bukannya ada orang pun” Ujar Aina berani.

Kini giliran Faiz pula mengangkat keningnya. Haaa, ingat kau sorang je boleh angkat-angkat kening?! “Takde orang ke, ada orang ke, 1 jam tetap 1 jam” Tegas Faiz

Aina membeliakkan matanya. Geramnyeeee !! “Fine!” Suara Aina mula naik satu oktaf.

*****

Jarum jam sudah menunjukkan jam 4.30 petang. Faiz memicit-micit tengkuknya yang sedikit lenguh. Ahhhh.. penatnya! Faiz bangun dari kaunter yang terletak di hadapan pintu masuk Bilik Cyber.

Sudah menjadi tugasnya untuk memastikan setiap PC di tutup dengan sempurna sebelum dia meninggalkan Bilik Cyber.

“Eh?” Faiz sedikit pelik apabila ada pelajar yang tertinggal Kad Pelajar di sisi meja. Kad Pelajar tadi diterbalikkan, jelas tertulis; Ainaa bt. Azmi. Kad Pelajar tadi diterbalikkan semula, gambar seorang gadis menyapa pandangan.


“Eh, ni bukan budak perempuan yang kerek tadi ke?” Soal Faiz pelik.

Faiz tenung kad pelajar tu lama-lama. Hmmm.. comel pulak budak ni bila tengok lama-lama! Tapi kalau dia senyum, mesti lagi comel takdelah asyik tayang muka cemberut tu je. Monolog Faiz.

“Macam mana ni eh? Takkan nak simpan pulak?” Faiz bingung. Kad Pelajar tadi diketuk-ketuk pada telapak tangan.

Jam dipergelangan tangan di jelling sekilas. “Budak-budak prep pun mesti dah balik” Ujar Faiz. “Ah, takpelah! Simpankan je lah, esok-esok kalau jumpa boleh terus pulangkan” sambung Faiz.

Kad Pelajar milik Aina disimpan elok ke dalam wallet miliknya. Agak-agak budak ni sedar ke tak, kad dia hilang?

*****

Faiz mula berlari-lari anak apabila ternampak gadis empunya Kad Pelajar yang tertinggal di Bilik Cyber semalam. Urghh, laju pulak minah pengawas ni jalan!

“Wehh!!” Panggil Faiz kuat tetapi langsung tiada respon dari Pengawas perempuan tu.

Faiz berhenti untuk mengambil nafas. Fuhhh! Fuhhh! Nafas dihembus kuat. “Wehh, Ainaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!” Panggil Faiz panjang.

Ainaa yang terdengar seseorang memanggilnya terus berpusing ke belakang. Wajah Pengawas Cyber yang menyakitkan hatinya semalam menyapa pandangan.

Kening kirinya diangkat tinggi. “Mana kau tahu nama aku?!” Tanya Ainaa pelik.

Pengawas Cyber tadi berjalan perlahan-lahan menghampirinya lalu wallet dari poket belakang dikeluarkan. Wallet kulit berwarna hitam tadi dibuka sebelum sekeping kad dikeluarkan. “Nah, kau tertinggal semalam” Ujar Faiz tanpa perlu menjawab soalan Ainaa tadi

Kad Pelajar tadi bertukar tangan. Berkerut kening Ainaa. Eh bila masa pulak aku tinggal dekat Bilik Cyber? Ainaa pelik.

“Eh, kau stalk aku ke?” Tanya Ainaa pelik. Seingatnya Kad Pelajar miliknya sudah dimasukkan ke dalam poket baju sekolahnya sebelum meninggalkan Bilik Cyber semalam.

Faiz mengangkat keningnya. “Apa kau ingat kau ni Eva Mendes ke?” Tanya Faiz berbaur kerek.

Ainaa mendengus kuat. Urghh! Buang masa je layan manusia macam mamat sengal nI! Tanpa pamitan, Ainaa terus meninggalkan Faiz.

“You’re welcome!” Jerit Faiz kuat. Eh minah ni, orang dah tolong bukan nak cakap ‘Terima Kasih’. Tak mengenang budi betullah!

*****

Faiz menanggalkan kasutnya lalu masuk ke dalam Bilik Cyber. Wuuuu, penuhnya! Sesak matanya apabila ramai sangat pelajar yang mengunjungi Bilik Cyber pada hari ini. Automatik Faiz menarik senyum apabila rakannya, Amran mengangkat kepala memandangnya.

“Aku solat kejap tadi” Jelas Faiz

Amran menarik senyum segaris. “Takde hal” Ujar Amran.

Bukannya selalu si Faiz ni datang lambat ketika bertugas. Setakat 5-10 minit tu, kira halal je! Amran bangun dari kerusinya. “Kau take over kejap, aku nak solat kejap” Ujar Amran.

Faiz mengangguk tanpa angkur. Kerusi milik Amran tadi didudukinya. Baru sahaja Faiz mahu memasukkan kata laluan miliknya, ada 2 orang Pengawas masuk ke dalam Bilik Cyber.

Faiz mengalih pandangan dari screen monitor ke arah 2 orang Pengawas tadi. Cekap sahaja mereka berdua mengimbas Kad Pelajar milik mereka. Setiap pelajar yang mahu menggunakan Bilik Cyber ini perlu mengimbas Kad Pelajar mereka untuk direkodkan ke dalam system.

Faiz mencuri pandang ke arah Ainaa, jelas sekali Ainaa langsung tidak menghiraukannya. Eh budak ni, hari-hari datang bilik ni, takde kerja lain gamaknya?! Monolog Faiz

1 jam kemudian..

2 Pop-out message muncul di screen computer menandakan sudah tamat masa buat sesetengah pelajar. Pop-out message tadi di buka.

“Ainaa bt. Azmi, PC nombor 4. Nurul Ain bt. Abdullah, PC nombor 10” Panggil Faiz lantang.

Refleks semua pelajar di dalam Bilik Cyber mengalih pandang ke arah Faiz. Faiz menarik senyum. “Dah habis masa” Ujar Faiz.

Dari meja kaunter, Faiz dapat mendengar dengan jelas bunyi seretan kerusi. Faiz menjeling gadis yang berjalan meninggalkan meja nombor 10. Eh seorang je bangun?

“PC nombor 4, masa dah habis!” Tegas Amran pula. Eh eh minah Pengawas ni boleh buat tak tahu je?

Kerusi ditolak ke belakang. Faiz berjalan menghampiri meja bernombor 4 tadi. Permukaan meja diketuk perlahan sebelum mendapat respon dari Ainaa.

Ainaa mendengus perlahan. “Kejaplah, 5 minit je lagi” Ujar Ainaa.

Faiz menggeleng perlahan. “Ramai lagilah nak guna computer ni” Tegur Faiz apabila ada 2 orang pelajar yang sudah tertidur ketika menunggu giliran mereka.

Ainaa membetulkan duduknya. “Boleh sabar tak?” Tanya Ainaa bengang lalu mula mengemas alat tulisnya.

“Orang berbudi, kita berbahasa” Ujar Faiz tiba-tiba

Ainaa yang sedang menyarung kasut sekolah mengalih pandang. Apa mamat ni nak sebenarnya?! “Kau cakap dengan aku?” Tanya Ainaa sambil menunding jari ke mukanya.

Faiz mengangguk perlahan. “Aku just nak ingatkan, bila orang tu dah berbudi dengan kita, kita ni kenalah hargai sikit” Tegur Faiz lagi dengan nada perlahan.

Ainaa mencebik. Whatever! Ainaa menjeling kasut sekolah berwarna hitam di tepi pintu. Oh yeahhhh! Ainaa mula mendapat idea jahat.

Ainaa mengangkat kasut hitam tersebut lalu diletakkan di atas tembok. “Weh” Panggil Ainaa.

Faiz yang pada mulanya mahu masuk ke dalam Bilik Cyber agak terkejut apabila kasut sekolahnya kini berada di tangan Ainaa. “Kau nak buat apa dengan kasut aku tu?” Tanya Faiz pelik.

Tanpa sebarang kata, Ainaa terus mencampak kasut milik Faiz ke bawah. Terbeliak mata Faiz melihat kasutnya jatuh dari Tingkat 4. Oh damn !

Ainaa menepuk-nepuk tapak tangannya ibarat membuang habuk. “Terima kasih” Ujar Ainaa sebelum meninggalkan Faiz.

*****

Ainaa menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Fuhhhh! Penat gila hari ni. Selepas waktu rehat tadi, ke hulu ke hilir jumpa cikgu lah, jumpa Ketua Exco Pengawas lah, jumpa Pengetua sebab nak dapatkan tanda tangan lah..

“Penat gila, weh” Suara Nurul mematikan lamunan Ainaa.

Ainaa mengangguk tanpa suara. Bilah-bilah kipas yang berputar dengan kadar maksimum di pandang penuh minat.

“Kau jumpa Azrul tadi kenapa?” Tanya Nurul sambil mengubah pembaringannya menghadap Ainaa.

Ainaa sengih jahat. “Adalahhhhh..” Ainaa sengaja meleret-leretkan perkataan ‘lah’.

Nurul beralih duduk di sebelah Ainaa yang tengah berbaring. Pap! Lengan Ainaa ditepuk. “Cakaplah, weh” Desak Nurul.

Ainaa baring dari pembaringannya lalu duduk bersandar pada dinding. “Ada kerja sikit” Ainaa masih mahu berahsia.

Nurul mencebik. “Kau nak dajalkan siapa ni, weh?” Tembak Nurul.

Ainaa gelak. “Mamat Pengawas Cyber tu” Jawab Ainaa jujur. “Tapi lepaklah, benda kecik je aku suruh Azrul buat” Sambung Ainaa.

Nurul menggeleng perlahan. Dah boleh agak, mesti ada benda si Ainaa ni suruh Azrul buat. Kalau tak, jangan haraplah Ainaa nak berjumpa dengan Azrul tu. Oh, Azrul tu adik tiri si Ainaa ni.

“Jangan sampai kena tangkap, weh” Pesan Nurul.

Ainaa mengangguk tanda faham. Alaaah, benda yang dia suruh Azrul buat tu, bukannya jenayah besar pun. Ainaa suruh si Azrul tu buang semua, ulang suara ye, SEMUA kasut dan slipper milik Pengawas Cyber tu.

*****

Ainaa keluar dari Bilik Cyber dengan perasaan yang sangat bengang. Mamat tu memang nak kena! Ainaa mengangkat kasut hitam milik Faiz, lalu tidak sampai 3 saat, kasut Faiz berjaya dilayangkan ke bawah. Hah, PADAN MUKA!

“Woi” Sergah Faiz.

Ainaa berpusing menghadap Faiz sambil menarik senyum sinis. “Kau cakap dengan aku?”

Faiz keluar dari Bilik Cyber lalu menjenguk ke bawah. “Kau buang kasut aku” Ujar Faiz tegas.

Ainaa mengangkat keningnya. “Kasut kau ke tu?” Tanya Ainaa walaupun dia sudah tahu jawapannya.

Faiz mendengus kuat. Kalau ikutkan hatinya yang panas, mahu sahaja ditumbuk muka Ainaa ni. “Apa masalah kau sebenarnya ni?!” Tanya Faiz bengang.

Ainaa mengangkat bahu. “Macam seronok je buang kasut kau” Jawab Ainaa dengan nada sinis.

Faiz mula menggenggam penumbuk. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepas lambat-lambat. Cool Faiz, cool. Takkan nak bergaduh dengan perempuan pulak.

Ainaa berjalan beberapa tapak menghampiri Faiz. “Kasut kau tu memang layak kena buang je” Ujar Ainaa seolah-olah berbisik.

Tanpa sebarang pamitan, Ainaa terus meninggalkan Faiz. Puas hatinya dapat membuang kasut Faiz. Mungkin sikapnya agak kebudak-budakkan tetapi itu sahaja caranya nak lepaskan perasaan geramnya.

Faiz memandang langit. Perghhhh.. dah gelap! Faiz menyarung slipper milik Amran lalu dia berlari turun ke tingkat bawah. Nanti, tak pasal-pasal kasutnya basah pulak!

*****

Semenjak hari itu, setiap kali keluar dari Bilik Cyber, Ainaa akan melemparkan kasut hitam milik Faiz ke bawah. Macam dah jadi habit pulak. Hahaha!

Amran menepuk perlahan bahu Faiz. “Sabar je lah, weh” Ujar Amran

Faiz menarik senyum 3 saat. “Sebab sabarlah aku tak cepuk muka perempuan tu” Jawab Faiz jujur. Kalau ikutkan kepala anginnya, memang dah lama dia berniat nak melayangkan penumbuk ke muka Ainaa tetapi disabarkan hatinya.

“Lepas ni, kau bawa je masuk kasut tu. Nanti kena buang lagi dengan minah tu” Pesan Amran.

Faiz menarik senyum sinis. “Aku nak tengok, sampai bila minah tu nak buang kasut aku” Ujar Faiz tenang. “Lama-lama nanti, penatlah minah tu” sambung Faiz.

11 comments:

  1. HA HA HA,comel je c
    aina nih.. :D

    ReplyDelete
  2. slipper? hehe..good start la..smbung2

    ReplyDelete
  3. new story from bulanhijau.
    woot woot :D
    thumbs up

    ReplyDelete
  4. coollllllllllll...hehehe yg ni yg terbaru eh? caya lah.

    ReplyDelete
  5. huwah!
    cik bulan, permualaan yang sgt2 interesting. ehe. nak minta cepat sambung pun, cik haliban x sambung citer cik haliban. apapun, chaiyok!!!

    ReplyDelete
  6. wow! hope hilang. slipper ganti!

    ReplyDelete
  7. comel2...buang je kasut faiz tu..hahaha

    ReplyDelete
  8. apeehaal laa ainaa tuu
    aku side faiz hehe
    bulan faiz hensem x?

    -syazana

    ReplyDelete