Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, May 11, 2011

Laila 1

Suria kian terang
Bulan kongsi bayang
Kau jatuh seorang
Tuhan itu penyayang.

Ikon ‘Publish’ di sebelah bawah kiri ditekan. Tidak sampai seminit, ruangan blog itu kini dihiasi entry baru. Laila menarik senyum segaris. Selama 3 tahun dia berada di alam university ini, banyak yang telah dia pelajari. Bukan senang rupanya bila jauh di mata keluarga.

Mata dipejam rapat lalu nafas panjang ditarik, lama. Perlahan-lahan nafas dihela, Alhamdulillah, syukur aku punya kekuatan untuk teruskan hidup. Jari ibu diarahkan pada kekunci ‘Alt’ manakala jari telunjuk diletakkan pada ‘F4’, sekelip mata, browser Mozilla Firefox tadi kini diganti dengan paparan Wallpaper desktop.

“Laila, Ibu panggil makan.” Panggil satu suara disebalik pintu bilik yang tertutup rapat.

Laila bangun dari duduknya lalu langkah di atur ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. “Ibu masak apa?” Tanya Laila sebaik sahaja pintu bilik terbuka.

Qaisara mengenyit mata. “Surprise.”

Laila mencebik manja. “Mengada.” Pintu bilik ditutup perlahan. “Jomlah turun, lapar gila ni.” Ajak Laila.

Qaisara menjeling. “Ibu cakap, awak tu kalau tak diajak makan, sampai 100 tahun pun belum tentu nak keluar bilik.” Ejek Qaisara.

Laila tergelak perlahan. Faham sangat dengan perangai Kakaknya yang seorang itu. Di dalam hati, dia hanya mengiyakan kata Qaisara sebentar tadi. Dia hanya keluar dari biliknya apabila dipanggil makan sahaja.

******

Julai 2008

“Laila, phone kau bunyi tu!” Panggil Fifi kuat.

Laila yang sedang menyidai pakaian, mengalih pandang. “Siapa?”

Fifi mengangkat bahu. “Unknown number.”

Refleks keningnya berkerut. Unknown number? Langkah dipanjangkan menghala ke bilik. Handphone di atas meja study diambil. 017-4498999? Eh, siapa ni? Nasib tak terbaling handphone di tangan dek kerana terkejut.

“Hello.” Sapa Laila perlahan. Refleks Laila mengangkat keningnya apabila suara di sebelah sana milik seorang lelaki.

“Nak cari siapa ni?”  tanya Laila pelik. “Haa.. Laila ni. Awak ni siapa?”

Langkah di atur ke katil single. Wajah Fifi yang berkerut-kerut membuatkan Laila tergelak perlahan. “Oh, Hasif yang satu group masa orientasi. Haa kenapa?”

Mata Fifi terus bersinar apabila Laila menyebut nama Hasif tadi. Mulutnya bertanya tanpa suara ‘Siapa Hasif?’ hanya dijawab dengan senyuman oleh Laila. Fifi mencebik.

Laila menamatkan panggilan lalu handphone di letak di atas katil. “Hasif. Budak satu group masa orientasi hari tu. Dia ajak dinner.”

“Tu diaaa, baru sebulan dah dapat marka.” Ejek Fifi.

Laila tergelak perlahan. “Memandailah kau.” Balas Laila lalu bangun menuju ke locker milinya. “Fi, jom teman aku.” Ajak Laila sambil tangannya mengambil sehelai tee.

“Makan dekat?” tanya Fifi.

Laila tayang sengih panjang. “Kafe bawah je.”

Fifi mencebik. “Dating dekat kafe bawah je? Apa barang?”

Laila angkat bahu. “It’s a start.”

Fifi bangun dari katilnya. “It’s a start?”

“It’s a start for a new friendship.” Jawab Laila pendek.

Selepas itu, masing-masing hanya diam. Walau baru kenal sebulan, masing-masing sudah mula faham dengan perangai antara satu sama lain. Jika Laila, jawapan pendek menandakan dia sudah tamat dengan perbualan itu.

******

“Cooliooo.. mamat tadi handsome gila weh!” Fifi excited.

Laila menggeleng perlahan. Mereka baru balik dari makan malam. “Ada-ada je kau ni.” Tudung yang membalut kepala di buka lalu di sangkut pada kepala katil.

“Serious ni, Hasif tu handsome. Takdelah handsome mengalahkan Tom Cruise tapi muka dia boleh blah lah jugak.” Fifi masih excited. “Muka sedap mata memandang. Kot kahwin, bolehlah dapat anak handsome.” Fifi dah mula melalut.

Refleks Laila membaling bantal kea rah Fifi. “Ish, mengarut je kau.”

Fifi mencebik. “Kau ni, aku tengah excited, kacau daun pulak. Potonglah!” marah Fifi.

Laila yang sudah lengkap menukar baju menggeleng perlahan. “Haa.. aku excited lah sorang-sorang, aku nak solat. Assignment aku tu ha, dah melambai-lambai suruh aku siapkan.” Ujar Laila lalu menyinsing sedikit seluar tidurnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

Sesudah solat, baru Laila perasan kehadiran message di handphonenya. Oh, message dari Hasif. Terima kasih, katanya. Laila tersenyum panjang. Butang ‘Reply’ ditekan lalu text editor itu hanya di isi dengan symbol ‘=)’ sahaja.

******

Laila duduk dihadapan Hasif. Hingar-bingar di dalam restoran McDonald itu tidak dihiraukan. Wajah Hasif yang tidak lokek dengan senyuman itu dipandang tanpa jemu.

“Dah setahun kan kita kawan.” Hasif memulakan perbualan.

Laila mengiyakan dalam hati. Ye, tak sangka, sudah setahun usia persahabatan mereka. Tak terasa sungguh masa sudah berlalu. Kini, dia sudah bergelar pelajar Tahun Kedua. Alhamdulillah..

Laila menarik senyum segaris. “Terima kasih sudi jadi kawan saya.” Ujar Laila sambil tangannya mula membuka bungkusan burgernya.

“Laila..” Panggil Hasif lembut.

Laila mengangkat wajah memandang Hasif. “Hmm?”

“Saya rasa, saya dah mula sukakan awak.”

Laila yang sedang mengunyah terus kaku. Okey, mungkin mulutnya tidak ternganga masa ni tapi dia tahu Hasif mesti terkejut tengok matanya yang tengah terbeliak ni.

“Awak… Awak cakap apa?” tanya Laila gagap.

Hasif berdehem perlahan. “Saya.. Saya. Sukakan. Awak.” Ucap Hasif satu-satu.

Laila meletakkan burger yang dipegangnya tadi. “Awak, tolong jangan main-main.”

“Saya tak tipu awak. Betul ni, saya sukakan awak. Dah lama saya nak cakap, tapi saya takut awak tak dapat terima.” 

Laila tunduk memandang Fries yang bersepah di atas tray. “Sejak bila?”

“Sejak awak setuju keluar makan malam dengan saya.”

*******

Fifi yang baru pulang dari Perpustakaan terkejut mendengar tangisan halus. Refleks kepala diarahkan dekat katil milik Laila. Laila yang merengkot itu menarik perhatiannya.

“Laila.. kenapa ni?” Tanya Fifi. Penat yang belum hilang langsung tidak dihiraukan.

Laila terus bangun lalu duduk bersandarkan meja study. Ya, dia tahu dia Nampak sangat miserable. Dia tak malu dengan Fifi tapi dia malu dengan diri sendiri.

“Kenapa ni?” Tanya Fifi sekali lagi. Beg yang sejak tadi digalas, diletak di atas lantai. Tudung yang masih membalut kepala tidak dihiraukan.

Laila menggeleng perlahan. “Aku.. aku..” Air mata yang tadinya sudah kering, tumpah sekali lagi tanpa sempat di tahan.

Fifi menarik Laila ke dalam pelukan. “Menangislah. Aku ada dekat sini.”

Laila terus-terusan menangis di dalam pelukan Fifi. Peristiwa tadi samar-samar di ingatan. Apa yang dia ingat, dia dan Hasif lunch dekat McDonald..

Hasif berdehem perlahan. “Saya.. Saya. Sukakan. Awak.” Ucap Hasif satu-satu.

Laila meletakkan burger yang dipegangnya tadi. “Awak, tolong jangan main-main.”

“Saya tak tipu awak. Betul ni, saya sukakan awak. Dah lama saya nak cakap, tapi saya takut awak tak dapat terima.” 

Laila tunduk memandang Fries yang bersepah di atas tray. “Sejak bila?”

“Sejak awak setuju keluar makan malam dengan saya.”

Laila terdiam. Lama. Burger yang dikunyah tadi cuba ditelan walaupun payah. Eh Laila, kenapa nak terkejut? Bukan ke itu yang kau tunggu selama ni?

“Tapi, saya ada sesuatu nak cakap dekat awak.” Ujar Hasif apabila Laila terusan diam. “Sebenarnya, saya dah ada tunang.”

Tunang? Perkataan itu mampu membuat Laila tergamam. Tanparan hebat buatnya. “Tapi.. kenapa awak..”

“Ya, saya tahu saya layan awak baik. Memang pada mulanya, saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Tapi bila lama-lama, saya sedar, saya dah mula suka awak, saya dah mula sayang awak. Saya terus lupa status saya.” Potong Hasif laju.

“Dia tahu kewujudan saya?” Tanya Laila perlahan.

Hasif memejam celik matanya. “Dia belum tahu. Saya tak sampai hati nak bagitahu dia. Saya rasa saya sangat kejam kalau hubungan kami selama ni putus macam tu saja. Tapi, saya sayangkan awak.”

Laila menggeleng perlahan. “Awak tak perlu putuskan hubungan dengan dia.” Tisu di atas meja diambil lalu dikesat tangan yang kotor. “Mulai hari ini, kita anggap je kita tak pernah kenal. Saya rasa, itu yang terbaik.” Laila terus bangun dari duduknya.

“Laila.. saya sayangkan awak.”

“Enough!” Marah Laila kuat. Dia tahu kini mereka menjadi tumpuan di dalam McDonald tapi itu langsung tidak menghalang dia untuk meneruskan apa yang terbuku di hati. “Saya tak perlukan kawan yang sanggup menipu kawannya sendiri.”

“Dia tipu aku, Fifi.” Laila mula bersuara.

Belakang badan Laila di usap perlahan. “Apa dia buat?”

Laila menarik nafas panjang lalu dihela perlahan. “Dia milik orang, Fifi. Selama ni, aku berkawan dengan tunang orang, Fifi. Hinanya aku ni..”

Masakan Fifi mampu menayang riak slumber apabila perkataan ‘tunang orang’ itu menyapa telinganya. “Bila dia bagitahu kau?”

“Tadi.” Jawab Laila pendek. “Fi, sanggup dia bermain dengan perasaan aku. Atau, aku yang terlalu bodoh membiarkan dia mempermainkan aku?”

Fifi merenggangkan pelukan. “Laila, apa yang terjadi ni, bukannya salah kau. Kau cuma mangsa keadaan.”

“Tapi, aku sayang dia, Fi.” Sayu sahaja suara Laila.

Fifi hanya diam. Dia takut untuk berkata lagi. Dia bukannya pakar bila sampainya bab hati dan perasaan. Dia sendiri masih mencari teman yang sesuai. Masakan dia layak untuk member kata nasihat sepatah dua.

4 comments: