Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, February 15, 2014

Yang Di Sini

"Hai." Jia masuk ke dalam kereta.

"Hai." Mika hanya kerling sekilas. Gear ditukar. Lambat-lambat kereta merah tu beredar dari bahu jalan.

"Nak makan kat mana?"

Mika jongket bahu. "You pilihlah." Lengan kanan didaratkan dekat pintu.

"Bukan you yang ajak keluar ke?" Ni yang malas ni. Dia yang ajak keluar, aku pulak yang kena fikir.

"You je la pilih." Jawab Mika malas-malas.

Jia pandang ke atas. Malaslah nak melayan dia ni. Jia buat tak tahu. Dia pandang ke luar tingkap.

Jia hela nafas berat. Makin lama berkawan dengan orang sebelah ni, makin bosan pulak rasa. Kalau dulu memang suka-sayang, tapi sekarang?

Mika kerling ke sebelah. Okey, buat dah perangai tu. Takpelah, nanti pujuk. Pedal minyak ditekan, laju kereta merah tu membelah highway.

******

Dia membuang pandang ke luar restoran. Bosan. Orang kat depan ni sibuk main phone. Kalau nak main phone baik tak payah jumpa. Buat perabih duit minyak je.

"Dena."

Takde sahutan.

"Dena." Suara dikuatkan sedikit. "Dena!"

"I tak pekak lagilah Iqmal." Dena angkat sedikit muka dari iPhone di tangan. "Apa?"

"You yang ajak I keluar. Ni you sibuk main phone kenapa?"

"Salah?"

"Kalau nak main phone, baik tak payah jumpalah." Iqmal tolak kerusi ke belakang. Aku dah penat jadi tunggul.

"You nak pergi mana?"

"Balik."

"Heyy.. food kita belum sampai lagi."

"You makanlah sorang." Sekeping not seratus dikeluarkan dari dalam dompet. "Ajak kawan twitter you sekali makan." Duit tadi diletakkan di atas meja.

"Iqmal.!" Mencerlung mata Dena pandang Iqmal. "You jangan nak buat perangai eh."

Iqmal angkat bahu. "I just.. did." Tak tunggu lama, dia terus meninggalkan meja di tepi dinding tu. Aku dah penat jadi tunggul. Dah penat ikut cakap dia. Aku dah penat.

*******

Jia jalan lambat-lambat di belakang Mika. Sesekali telunjuk kanan dibawa membetulkan lipatan tudung. Hais.

Mika menoleh ke belakang. "You ada nak singgah mana-mana?"

Jia angguk kepala. "Ladies."

"Okay." Memang dia orang tengah berdiri depan lorong nak ke tandas pun. "I tunggu sini la."

"Okay."

"Nak I pegang beg?"

Jia pandang Mika kemudian beralih ke sling bag. "Takpelah." Dia terus melangkah menuju ke tandas.

Selepas beberapa minit, Jia keluar dari tandas. Mata meliar mencari kelibat Mika. Tadi bukan kata nak tunggu sini?

Samsung dikeluarkan dari dalam sling bag. Baru sahaja dia nak lekapkan phone ke telinga..

Pap!

Membulat mata Jia memandang Samsung yang dah selamat atas lantai tu. Siapa yang jalan  tak pakai mata ni?!

Jia angkat kepala. Besar kecik besar kecik je dia tengok mamat yang berdiri dekat depan ni. Nak tercegat macam patung je ke?

"Sorry."

Terjongket sedikit kening kiri Jia. Aik, boleh dengar ke aku mengutuk dia?

"Tak perasan tadi." Dia tunduk mengambil Samsung di atas lantai tu. "Tengah cari barang." Samsung dihulurkan kepada gadis bertudung biru gelap tu.

"Lain kali jalan tu mata pandang depanlah." Samsung bertukar tangan.

"Phone okay tak?" Pelik dia tengok gadis bertudung biru gelap tu terus simpan handphone dalam beg.

Jia angkat bahu. "Okey kot." Biarlah handphone ni pun dah berzaman memang mintak tukar pun. Sambung Jia dalam hati.

"In case rosak..." Dia keluarkan dompet dari poket belakang. "Call I. Nanti I ganti balik." Sekeping kad dihulurkan kepada gadis tadi.

"Ohhh.." Kad berlatar belakang hitam tu diambil. "Kaaaayy.." Sambung Jia.

"Okaylah, I gerak dulu."

"Okay."

"Kalau ada pape, call terus." Pesannya lagi sekali.

"Will do." Jia angguk kepala.

Tanpa pamitan lagi, jejaka berbaju-T polo tu terus melangkah meninggalkan Jia. Jia pandang kad di tangan.

Zain Iqmal
Project Manager
Axis Sdn. Bhd.

Jia angkat kepala. Muda lagi dah jadi Project Manager? Patutlah lepak je nak bayar balik kalau phone aku rosak.

"Siapa tu?" Tegur satu suara garau.

"Salesman Diamond." Laju Jia menjawab.

"Dia nak apa?"

Jia angkat bahu. "Jual penapis air tu la." Kad nama tadi dimasukkan ke dalam sling bag.

"Siap bagi kad?"

"Dia kata nanti boleh dapat diskaun kalau beli dengan dia." Laju je Jia menjawab. "You pergi mana? Tadi kata nak tunggu sini?"

Mika tarik sengih. "For you." Beg kertas warna putih di tangan kanan dihulurkan kepada Jia.

"Birthday I bukan bulan depan ke?" Nak pujuklah ni kononnya?

Mika tergelak kecil. "Sorrylah, I dah lama tak spend time dengan you." Beg kertas masih belum bertukar tangan. "Tetiba hari ni I spoiledkan mood you pulak."

"Tak payah kot beli hadiah mahal-mahal gini." Kalau orang lain mesti dah menjerit suka dapat handbag berjenama. Tapi Jia?

"Takpelah, nanti duit I jadi duit you jugak apa." Yeaaahh, Mika and his charming smile memang tak boleh dipisahkan.

"Thank you." Okay, this is awkward. Bukan Mika tak pernah belikan hadiah, selalu sangat dah. Tapi macam dah rosakkan plan je ni.

"You ada nak singgah mana-mana?" Beg kertas tadi diletakkan di sisi.

"Balik, jom." Penatlah hari ni banyak kerja kat pejabat.

Mika tarik senyum segaris. "Okay, jom I hantar you balik." Beg kertas warna putih tadi beralih ke tangan kiri pulak.

Lambat-lambat Jia ikut langkah Mika dari belakang. Macam mana nak cakap ni? Makin lama simpan, makin sesak jantung aku ni ha. Tapi kalau cakap sekarang, macam jahat pulak. Cakap salah, tak cakap pun salah. Haiya!

*******

"Iqmal!" Pintu pejabat ditolak kasar.

Iqmal menjengah dari sebalik monitor. "Apa bising-bising ni, Dena?" Mentang-mentanglah ni company ayahanda dia, sesuka hati dia je ni nak main terjah-terjah gaya koboi masuk kelab?

"You tanya I?!" Mata Dena dah mencerlung marah.

Iqmal bangun dari kerusi. Lambat-lambat dia melangkah menghampiri Dena. Sempat lagi dia tarik sengih memandang pekerja-pekerja yang duk terjengah-terjengah tu. "Malulah sikit." Pintu di belakang Dena ditutup.

"Habis tu you tak malu?!"

"Pakai baju nak malu apa." Iqmal tergelak kecil. Dia berlalu duduk di atas kerusi tadi.

"You jangan main-mainlah, Iqmal." Dena diri mencekak pinggang di hadapan Iqmal.

"Apa?"

"You dumped I...." Berkerut dahi Dena. "You boleh tanya lagi apa?!"

"Ohh.."

"Oh?!"

"I penatlah nak berlakon depan Tan Sri." Jeda. "Selama ni pun you bukan suka dekat I pun, kan?" Kening kiri dijongketkan.

"Tapi kenapa hari ni?!"

"Kenapa dengan hari ni?" Ada beza ke kalau break hari ni ke esok ke semalam ke?

"Hari ni valentine's lah!"

"Aaaaa..." Iqmal dah angguk-angguk kepala. "I tak sambut, so I tak tahu."

"I hate you!"

Iqmal hanya angkat bahu. Ingat kalau cakap macam tu, aku nak pujuklah? Tak kuasa.

"Urghhh!!" Tak tunggu lama, Dena terus keluar dari bilik Iqmal. Berdentum pintu dihempas.

Iqmal tergelak kecil. Kepala digelengkan. Selama ni, dia dengan Dena berlakon je jadi pasangan kekasih. Itu pun, sebab Dena taknak Tan Sri kenenkan dia dengan orang lain. Iqmal pun pelik macam mana dia boleh oke je dengan cadangan Dena tu. Hadoii.. aku pun sama-sama biol agaknya.

******

Jia duduk sorang di meja tepi dinding tu. Kiri-kanan penuh dengan pasangan bercinta. Hmm.. Valentine's kan?

"Hai." Ada satu suara menegur.

Jia dah kerut-kerut kening. Lambat-lambat dia angkat kepala. Bertambah kerutan di dahi.

"Remember me?"

Mata Jia naik-turun memandang jejaka yang berdiri di depannya tu. Ni salah satu cara nak prank orang ke apa?

"Ingat tak, minggu lepas.. I langgar you lepastu phone you jatuh tu?" Iqmal sungguh-sungguh. "Ingat tak?"

"Aaaa... ingat-ingat." Projek manager muda ni rupanya. Pakai kemeja nampak lain. Macam lagi macho? Haha.

"Sorang je ke? Boleh I join?"

Jia tarik senyum. "Duduklah." At least ada orang teman makan malam ni. Takdelah bosan makan sorang.

Iqmal tarik kerusi di hadapan gadis bertudung corak abstrak tu. "Iqmal."

Zain Iqmal. Sambung Jia dalam hati. "Jia."

"Selalu datang sini?"

Jia angkat bahu. "Seminggu sekali." Jeda. "Wajib."

"Eh, samalah." Iqmal tergelak kecil. "Tak pernah nampak pun sebelum ni."

Jia hanya tarik senyum segaris. I pun tak pernah nampak you.

"Jia.." Ada satu suara garau menegur.

Jia toleh ke sebelah kiri. Macam nak terkeluar bola mata tengok Mika yang berdiri sebelah meja. "Mika."

"You mintak putus dengan I sebab mamat Diamond ni?"

"Bukanlah.." jawab Jia malas-malas.

"Habis tu you buat apa dekat sini dengan dia?" Suara Mika dah gaya macam nak telan orang.

Iqmal dah terpinga-pinga. Siapa yang mamat ni panggil mamat Diamond tu? Aku ke? Apa kena-mengena aku dalam hal ni?

"Makanlah."

"Jia, please.. " Mika dah keluar gaya nak memujuk.

Jia geleng kepala. "I dah tak boleh nak menipu diri I sendiri, Mika." Lambat-lambat Jia menjawab. "I tak boleh nak teruskan rancangan family kita ni."

"Tapi Jia.."

"Keputusan I muktamad." Tegas Jia. "Lepas ni you boleh bahagia dengan Dena."

"Jia.."

"Dena Tan Sri Nordin?"

Serentak, dua pasang mata menoleh memandang Iqmal. Jia dah berkerut kening. Mika dah gaya macam nak melayangkan penumbuk.

"You kenal Dena?" Jia pelik.

"She's my..." Iqmal garu kening. "Ex?"

"Macam mana Dena boleh tersangkut dengan salesman macam kau?" Mika dah keluar aura kerek.

Iqmal angkat bahu. "Dia rasa salesman macam aku ni lagi handsome daripada.." mata Iqmal turun naik memandang lelaki bernama Mika tu. "Lelaki kaya macam kau."

"Kau.." Mika dah genggam penumbuk.

"Mika, you baliklah." Celah Jia. "Nak gaduh dekat tempat lainlah. I nak makan ni." Sambung Jia.

Mika mendengus keras. Tanpa pamitan, dia terus berlalu meninggalkan meja di tepi dinding tu.

"Pakwe you panggil I salesman Diamond?" Kening kiri Iqmal dah terjongket tinggi.

Jia angkat bahu. "I cakap kat dia, you salesman Diamond." Jia tarik sengih.

"Bila masa dia nampak I?"

"Masa you langgar I tu.." Jeda. "I cakap you nak jual penapis air dekat I." Bibir bawah digigit. Jia tarik sengih.

"Sikit punya handsome I malam tu.. you boleh cakap I salesman?"

"Kalau I cakap you langgar I, nanti dia banyak tanya. I malas nak jawab." Jawab Jia slumber.

"You dengan dia.."

"Dah putus." Laju Jia memotong. "Well.. family arrangement ginilah."

"Tak suka dia?"

Jia angkat bahu. "Dia anggap I macam adik je." Jia angkat muka pandang Iqmal. "Macam mana you boleh kenal Dena?"

"Kitorang ni konon-konon couple." Jeda. "Apabila dapat tahu dia ada orang lain, cepat-cepatlah I angkat kaki."

"Konon-konon?"

"Cerita lama." Iqmal malas nak bukak cerita lama. Cerita dah basi. "So... you nak makan apa?" Buku menu yang dah lama atas meja dibuka.

Jia angkat bahu. "I selalu makan Hainanese Chicken Chop."

"You tiru I eh."

"Manede." Jia cebik bibir. "Air?"

"Chai Latte." Jawab Iqmal tanpa tengok menu.

"Eh, tiru!"

Iqmal tergelak kecil. "Jodoh eh kita ni?"

"Yela kot..." Perlahan je suara Jia.

"Parents you kesah tak dapat menantu salesman?"

Jia angkat bahu. "Umi cakap as long as tak tinggal solat, umi okey je."

"Your dad?"

"As long as boleh tanggung makan-minum-pakai I..” Jia sengetkan kepala ke kiri. “Takde ciri-ciri pendera..” Dia sengetkan pulak kepala ke kanan. “And bukan sweet talker.”

“Yang last sekali tu susah.” Serious je suara Iqmal.

Terjongket sikit kening kiri Jia. “Sweet talker ke?”

“Nak try?”

Jia hanya angkat bahu. Try me ah, mister. Tengok sikit boleh ke tak cairkan aku.

“I thought happiness started with an H. Why does mine start with U?”

Jia mencebik. “Cliché.”

“Kejap.” Iqmal menoleh ke sebelah, memandang waiter yang lengkap dengan kemeja dan slack tu. “Two Hainanese Chicken Chop. And..” Dia pandang Jia. Dia kembali pandang waiter tadi. “Two Chai Latte.” Selesai membuat pesanan, Iqmal kembali pandang Jia.

“Nak try lagi sekali, boleh?”

“Silakan.” Jia beralih duduk menyandar.

Iqmal pandang dinding. “In French, you don’t really say “I miss you”..” Iqmal pandang Jia. “You say “tu me manques” which is closer to “You’re missing from me”. You are a part of me, you are essential to my being. And I cannot function without you.”

Jia angkat bahu. “Panjang sangat.” Jeda. “Susah nak fokus.”

Hais! “Okeylah, okeylah. I bukan sweet talker pun.”

“Haa.. kalau mengaku daripada tadi kan senang.” Jia tarik sengih keji. “You buat apa datang sini sorang-sorang?”

“Dah biasa datang.” Memang pun, dia selalu datang sini dengan Dena. Dah terbiasa, susah nak hilang. “You tu?”

Jia angkat bahu. “Semua orang takde dekat rumah.” Jeda. “And I kena cari makanan sendiri.”

“Masaklah..”

“I balik kerja pun dah pukul enam setengah okey. Nak redah jammed segala tu, balik rumah terus melepak je la.”

“Lambatnya balik.”

“Kerja bank, kan.”

“Susahlah macam ni..” Iqmal ketuk-ketuk jari atas meja. “I kalau boleh nak wife yang masakkan I dinner.”

“Oh eh..” Jia angkat bahu.

“Tapi kalau you, I boleh kautim lagi lah.”

“I tak suka masak.” Jia saje main tarik tali.

“Takpe, I suka masak.”

“So, you masaklah.”

“Kalau you punya fasal, I memang takde hal.”

“I tak suka makan pedas.”

“Noted.”

“I tak makan makanan yang pelik-pelik ni.”

“Noted.” Iqmal angguk kepala.

“I…”

“I setuju je semua.”

Jia tergelak kecil. “Over betul.”

“Bolehlah ni, kan?”

“Apa yang boleh?”

“Masuk meminang you?”

“Apa kataaa..” Jia letak lengan atas meja. “Kita kenal-kenal dulu. Lepastu kita tengok macam mana.”

Iqmal tarik senyum segaris. “Okey.”

Jia tarik senyum. “Okey.”

Serentak, Jia dan Iqmal benamkan mata pisau dan garfu dekat isi ayam yang colour fuhlamak gila tempting tu. Satu saat, dua saat... satu minit.. masing-masing hanya diam tanpa suara. 



12 comments:

  1. Again, nice job done. Bile nk sambung novel ni?

    ReplyDelete
  2. nice n simple. well done,xnak munculkan dena time dinner dorg jgk ke? hehe

    ReplyDelete
  3. ska suka! tapi ni cerpen je kan

    ReplyDelete
  4. X sweet tp nice (sambil thumbs up)... hee

    ReplyDelete
  5. simple tp sgt sweet..

    ReplyDelete
  6. sweet... if and only if its happen to me...haha...
    baca tulisan awak ni buiat saya berangan tau...
    hahaha
    NICE!!!!

    ReplyDelete
  7. yang ni kena sambungggg hehe

    ReplyDelete